Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa rakyat supaya usah takut dengan ugutan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang menyatakan semua pemandu dan pemilik kenderaan yang dikatakan memiliki saman tertunggak akan disenarai hitam dan dihalang daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu bermula 1/3/2011.
Ini adalah kerana sebagai seorang penjawat awam, Ketua Pengarah JPJ tersebut, Datuk Solah Mat Hassan tidak sepatutnya mengugut rakyat yang belum didapati bersalah melakukan kesalahan supaya membayar denda kepada pihak berkuasa.
Di dalam ceramahnya di Merlimau Utara amalam tadi, Mahfuz meminta Pengarah JPJ dan Kementerian Pengangkutan merujuk kepada kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.
Beliau sedia maklum alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut tetapi berpendapat bahawa alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes tersebut adalah salah dan menghina Mahkamah. JPJ beranggapan bahawa kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut hanya terpakai kepada pemohon di dalam kes tersebut adalah salah.
Alasan JPJ bahawa kes tersebut diputuskan sebegitu kerana isu saman di dalam kes tersebut mempunyai keraguan juga adalah tidak tepat.
Sebelum daripada ini, Mahfuz, yang juga Jawatankuasa kempen Anti Saman Ekor (KASE) telah membuat kenyataan untuk memperbetulkan anggapan JPJ dan seterusnya memaklumkan rakyat Malaysia keseluruhannya bahawa keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut adalah berdasarkan pemakaian Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 yang digunakan oleh JPJ ke atas semua pemilik kenderaan untuk menyekat urusniaga dalam memperbaharui cukai jalan. Yang Arif Abdul Aziz Rahim memutuskan seperti berikut:-
The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression “outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA” should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant.
“Perkara yang belum selesai” hendaklah ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang telah dibawa ke mahkamah dan yang dituduh tidak hadir membela diri. Ini takrifan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuching. Justeru apa alasan JPJ dan Kementerian Pengangkutan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang mempunyai Saman Ekor yang tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah? Tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanyalah semata-mata untuk memaksa mereka mengakui kesalahan dan seterusnya membayar kompaun. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadialan segajat di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Tindakan ini juga disebut di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut.
The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty.
Ini juga diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bakri di dalam jawapan lisannya di Dewan Rakyat pada 30/6/2010.
Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dan jawapan Timbalan Menteri ini dengan jelas membuktikan bahawa tindakan menyenarai hitam dan menghalang pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu ini semata-mata bertujuan memaksa pengguna dan rakyat mengakui kesalahan dan membayar kompaun. Ini suatu bentuk paksaan dan penindasan terhadap rakyat yang semakin hari semakin dihimpit dengan peningkatan harga barang, harga minyak dan pendapatan yang tidak seberapa.
Justeru KASE mendesak Kementerian Pengangkutan dan JPJ untuk menghormati keputusan Mahkamah seterusnya menarikbalik tindakan menyenarai hitam dan menghalang pengguna memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.
Kepada rakyat Malaysia amnya dan pengguna-pengguna yang dinafikan hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, KASE ingin menjelaskan bahawa anda semua dijamin hak oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan menggunakan harta benda termasuk kenderaan. Tindakan JPJ menghalang anda memperbaharui cukai jalan adalah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Jika anda dinafikan hak memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu, JPJ perlu memberikan alasan bertulis kepada anda di atas penafian itu. JPJ tiada hak menafikan rakyat menggunakan harta mereka. Sebarang perlaksanaan undang-undang perlulah mengikut undang-undang bukan dengan sewenang-wenangnya. Bagi rakyat yang dinafikan hak mereka untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, mereka boleh menuntut gantirugi di Mahkamah terhadap JPJ di atas kehilangan penggunaan kenderaan mereka yang dijamin oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. KASE sentiasa bersedia untuk membantu golongan tertindas ini samada melalui khidmat nasihat atau tindakan undang-undang terhadap JPJ.
Akhirnya KASE ingin menegaskan bahawa pendirian KASE menentang tindakan senarai hitam dan Saman Ekor ini bukan bermaksud KASE menggalakkan pemandu kenderaan tidak mematuhi undang-undang. Undang-undang dan peraturan jalanraya hendaklah dipatuhi semua pihak termasuk pihak berkuasa yang menguatkuasakannya. Apa yang ditentang oleh KASE adalah penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada. Justeru kepada pengguna-pengguna jalanraya yang teraniaya, Mahfuz meminta sama-samalah kita teruskan bantahan agar saman ekor yang lama dihapuskan. Bantah terus bantah sehingga kerajaan dan JPJ menghapuskannya.
Selain Mahfuz, penceramah lain yang turut berceramah di Merlimau Utara termasuklah Exco Kerajaan Selangor, YB Yaakob Safari, Cik Aiman Athira Al Jundi, AJK Dwn m'limat PAS Pusat, YB Goh Leong San, ADUN Kesidang dan Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.

6 ulasan:
Jika benar kerajaan bukan kebuloq wang dari rakyat. Kerajaan wajar laksanakan sistem pemotongan markah merit. Cth: semua pemandu memiliki 100 markah, kesalahan tertinggi (langgar lampu merah, menelefon semasa memandu dan memotong double line) akan dikenakan pemotongan markah 10, Apabila markah yang dipotong telah mencapai 50 markah, satu notis amaran diberikan.
Apabila semua markah hilang akibat kesalahan jalan raya, dengan perintah mahkamah pemandu digantung lesen selama setahun, pelanggaran ke atas penggantungan ini, lesen memandu dirampas dan hanya boleh memperolehi semula selepas 3 tahun, itupun selepas menduduki semula ujian memandu yang lebih rumit.
Kaedah ini mampu menunjukkan bahawa kerajaan tak kebuloq duit rakyat.
Itulah akibatnya kerajaan BN melantik orang yang tidak sepatutnya di tempatnya. Maksud ayat " wahai org-org beriman, berilah amanah kpd org yang tahu akan menjalankan amanah (kerjanya) dan apabila kamu berhukum ke atas semua manusia, maka hendaklah berhukum dengan seadil2nya..)
Dari maksud ayat di atas maka dapatlah dilihat Solah ni bukanlah org yang sepatutnya berada di jawatan tersebut, sebab dia ni bangang dengan undang2 Malaysia, apatah lagi dengan undang2 Allah.
Kalau dah ada kes contoh terdahulu maka ia terpakai untuk kes-kes terkemudian. Jawatan penting seperti ini hendaklah dilantik dari kalangan org yang tahu menggunakan akal supaya tidak menzalimi orang lain.
Tujuan langkah ini hanyalah semata-mata berasaskan keuntungan. Selepas ini kita akan membayar saman kepada pihak ketiga manakala PDRM hanya bekerja mengeluarkan saman.
Langkah seterusnya ialah kerajaan akan melantik pihak ketiga lain untuk mengeluarkan saman, buat speed trap dsb. Semuanya ini adalah untuk memaksimakan pengeluaran saman dan maksimakan koleksi pembayaran.
Kita tiada pilihan melainkan terpaksa membayar saman untuk mengelak dari kena blacklist dan tidak dapat membaharui cukai jalan.
Ini semua adalah hasil dari didikan Mahathir yg mengajar rakyat supaya berfikiran kreatif untuk menjana keuntungan dari rakyat.
setuju pakai merit..dgn syarat ianya bukan saman ekor,bukan tembak dan cabut alih2 nama kena blacklist,,,tapi lebih kpd saman individu tersebut..tahan dan minta tandatangan serta merta..
kelo tak boleh mari kita kempen ..
1 saman 1 undi..ianya mampu menumbangkan amnoworld
wahai melayu dan rakyat malaysia umumnya kenapa tidak mahu sedar2 tentang kezaliman pemerentah yang ada sekarang ini, munkin kerana kamu banyak sangat makan belacan dan budu atau pun banyak minum air daun ketum menyebabkan hati kamu jadi benaq(keras hati)sehingga apa saja yang dilakukan oleh sang pemerentah kamu tak peduli.
Pembetulan. " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu melantik org yang boleh diamanahkan sesuatu jawatan (boleh adil menjalankan kerjanya), ......al ayat.
Catat Ulasan