1 Mac 2011

Calon PAS Cabar Muhyiddin Buktikan Kuarters Sekolah Milik UMNO

Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.

Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau. -mk

6 ulasan:

Tinta.Muallimah berkata...

memang duit rakyat duit BAPAKKK umno...x tau lagi ker ?

Tanpa Nama berkata...

mashallah
statement TPM tu
macam budak kecik
alangkah malangnya rakyat malaysia
mendapat TPM rendah akalnya

Tanpa Nama berkata...

AKU DAH CAKAP...HANYA AHLI UMNO BAWAHAN YG BODOH SAHAJA AKAN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO YG SEDIA ADA BODOH....BANGANG PUNYA TPM??? ANAK AKU DARJAH 3 LAGI PANDAI...PERIKSA SEMUA SUBJET DAPAT A??? 8A.....BAKAL PRESIDEN PKR TERMUDA PADA 2032. "LAWAN TETAP LAWAN"

Tanpa Nama berkata...

muhyidin ni memang dah lama terserlah kebodohannya. patutlah lky kata ahli politik msia 'incompetent'. pemimpin macam ni buat malu negara jer. hanya layak jadi ketua kampung.

Tanpa Nama berkata...

Patutle ahli umno jadi bodoh sebab yg jadi pemimpin tertingginya pun bodoh.....

Tanpa Nama berkata...

biasa le kwn2...mcm org pinjam moto kita le...lama sgt pinjam sampai 53 tahun jadi mcm moto dia la..dia lupa moto t hak org lain...mcm Be End amanu ni...lama sgt perintah dia rasa dia punya le...peling JELAS SEKALI...balai raya 1 malaysia ni...semuanye deme punye...pembangkang jgn harap boleh guna...pirahhhhhhhhhh...apa hukum guna harta org jadi hak sendiri ni...mana tok guru jamil khir dgn mashitah..