30 Mac 2011

Jepun Nak Musnahkan Reaktor Fukushima, Malaysia Nak Bangunkan Loji Gebeng.

Jepun Jepun akan menghentikan operasi empat reaktor yang rosak di penjana elektrik nuklear Fukushima.

Langkah ini diumumkan oleh operator reaktor itu, Tokyo Electric Power atau Tepco, tiga minggu setelah gagal mengendalikan reaktor 1-4.

Pengarah utama Tepco Tsuneshisa Katumata (gambar) mengatakan reaktor 1-4 memang sepatutnya ditutup.

Warga sekitar reaktor akan diminta pendapat mengenai nasib reaktor 5 dan 6 yang berhasil ditutup dengan selamat.

Tingkat radioaktif yang membahayakan dikesan di sekitar lokasi penjana elektrik ini.
Lebih dari 11,000 orang dipastikan terkorban akibat gempa bumi dan tsunami yang terjadi pada 11 Mac 2011.

Gempa bumi dan tsunami ini merosakkan penjana elektrik tenaga nuklear ini sehingga sistem pendinginnya rosak.

Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengatakan para pakar Jepun kini sedang mempertimbangkan apakah akan menutup bangunan-bangunan reaktor di reaktor Fukushima Daiichi dengan bahan khusus agar penyebaran bahan radioaktif dapat dihentikan.

Hari Rabu (30/03) pemerintah memerintahkan operator loji nuklear untuk memulakan menerapkan langkah-langkah keselamatan yang baru.

Langkah-langkah yang perlu selesai diterapkan akhir bulan April - ini meliputi menyiapkan elektrik cadangan jika bekalan elektrik terputus, kenderaan pemadam kebakaran perlu siap siaga setiap saat dan memastikan sistem pendingin bagi kedua reaktor dan kolam untuk sisa bahan bakar selalu dijaga.

Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Banri Kaieda menyatakan penerapan langkah-langkah keselamatan baru ini tidak harus membuat operasi reaktor nuklear perlu dihentikan.

Elektrik bergilir

Presiden Tepco Masataka Shimizu kini dirawat di rumah sakit kerana tekanan darah tinggi dan stress.

Beberapa jam sebelumnya, pengarah Tepco Tsunehisa Katsumata untuk pertama kali bercakap di hadapan wartawan.

Dia mengakui bahwa perusahaannya belum dapat mendinginkan reaktor itu, dan berjanji akan melakukan usaha secara maksimum untuk menstabilkannya.

Katsumata menyatakan perusahaannya siap membayar ganti rugi pada warga yang menderita kerugian akibat kebocoran radiasi.

Dia juga meminta maaf kerana rakyat terpaksa menderita akibat pemadaman elektrik secara bertahap setelah terjadi kekurangan bekalan elektrik. -BBC

Ulasan GB

Demikian dasyatnya keadaan apabila logi nuklear gagal dan memaksa Jepun mengambil langkah drastik memikirkan untuk memusnahkan logi reaktor nuklear Fukushima.

Alih-alih di Malaysia, beberapa menteir nak tunjuk lagak mempertahankan logi nuklear dengan menggadaikan nyawa rakyat semata-mata untuk mendapat habuan di dalam projek.

Katakan TIDAK kepada Projek Lynas Di Gebeng!


5 ulasan:

akueden berkata...

Jika kerajaan M'sia minat jugak nak bina loji nuklear letakkan saja di kawasan parlimen Pekan (Tok Najib) atau kawasan Tok Muhyidin. Loji Gebeng pun patut dipindahkan di dua kawasan parlimen tsb. Kita tengok respons mereka.

kembara putih berkata...

Komisyen oh komisyen..

1 Malaysia berkata...

Apa beza antara orang Jepun dengan orang Melayu:
1 - Jepun mengaku salah bila depa berbuat salah. Melayu bukan saja tidak mengaku salah tetapi tuduh orang lain tipu.
2 - Jepun penting maruah tapi Melayu menjatuhkan maruah orang lain.
3 - Melayu kat depa hebat tapi dok tumpang teknologi Jepun. Sampai hari ini, Melayu masih tak mampu cipta kereta dengan enjin ciptaan sendiri.
4 - Melayu kat depa hebat tapi dok guna hak istimewa (subsidi).
5 - Melayu kat depa hebat tapi dok tahan orang guna ISA.
6 - Melayu hebat dengan bilangan bayi terbuang, bilangan penagih dadah, bilangan perasuah (kan pegawai kerajaan - 90% ialah Melayu)- lebih-lebih lagi polis dan askar.
Melayu Hebat, Melayu Hebat, Melayu Hebat ..... dalam mengkhianati bangsa sendiri.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju loji nuklear malaysia didirikan di pekan, negeri pm. kalau boleh buat jer dekat rumah sedara-mara pm. mereka tak bayar bil api pun takpe.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak mau nuklear kena tumbangkan BN