Kuantan - Hubungan cinta seorang pengawal keselamatan dengan gadis yang baru dua hari dikenali memakan diri apabila kekasihnya itu membuat laporan polis mendakwa dia dirogol lelaki terbabit, 26 Julai tahun lalu.
Tertuduh berusia 22 tahun, dari Kampung Nelayan Sungai Puteri, Rompin yang ditahan polis 4 Mac lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan tersebut.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin di hadapan Hakim Nor Adidah Ahmad.
Pada masa sama, tertuduh tidak menafikan ada menjalinkan hubungan seks dengan gadis berusia 18 tahun dua bulan itu di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran pusat Giat Mara Kuala Rompin, bagaimanapun ia berlaku atas kerelaan bersama.
Tertuduh memberitahu mahkamah, selepas peristiwa itu, mereka bergaduh dan memutuskan hubungan.
Dia berkata, mungkin atas alasan tersebut, kekasihnya membuat laporan polis mendakwa dia dirogol.
Penjelasan tertuduh itu menimbulkan persoalan memaksa Nor Adidah bertanya sebab dia membawa mangsa ke dalam ladang kelapa sawit dan merogolnya.
“Kamu terus melakukan hubungan seks dengan gadis itu walaupun baru dua hari kenal?” Tanya Nor Adidah kepada tertuduh bagaimanapun dia hanya diam membisu.
Sebelum itu, tertuduh ditawarkan ikat jamin RM8,000 oleh pihak pendakwaan bagaimanapun dia merayu jumlah itu dikurangkan memandangkan dia hanya mampu setakat RM3,000.
Rayuannya itu ditegur Nor Adidah memandangkan jumlah ikat jamin yang diminta terlalu rendah.
“Ini Mahkamah Seksyen bukan Mahkamah Majistret, mana boleh jaminan serendah itu apatah lagi tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang kamu hadapi memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh disebat,” tegur beliau.
Menurutnya, jumlah jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan juga berpatutan dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh itu.
Bagaimanapun selepas mengambil kira rayuan dan kemampuan kewangan tertuduh yang turut menanggung ibu dan adik-adik, mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kepada RM6,000 manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada 2 dan 3 Mei depan. -SH

5 ulasan:
kekadang, si betina pun sama....
perogol dewasa merogol gadis bawah umur 16 tahun (budak Mentah) hanya menerima hukuman ringan sahaja, perogol pun tidak takut dengan undang undang karena perogol yang memiliki keahlian UMNOAPCOYAHUDIZIONIS masih bebas dan tidak dikenakan tindakan undang kerana mereka kebal undang undang. itulah kelebihan menyokong Barisan National BN.
Dulu tamby merogol takder kena jel pun, maka terikut2lah contoh pemimpin dia....
mungkin peyokong kuat rahim tamby tu..dan parti keris la tu..menikam jae kerje nye..
selain air mata, ini satu lagi sentaja terkuat wanita...(mendakwa dirogol wp suka sama suka oleh lelaki yg dikenali@disukai...)
para lelaki di luar sana, hati hati...ikut hati mati...ikut rasa binasa...ikut nafsu lesu...
she
Catat Ulasan