George Town -- Mahkamah Sesyen pada Rabu menolak pengakuan bersalah bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar II, Dr P.Iskandar Abdullah, berhubung tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM15,550 milik sekolah itu.
Pengakuan itu ditolak oleh Hakim Zanol Rashid Hussain selepas Iskandar, 55, memberitahu mahkamah wang yang dimasukkan dalam akuannya itu tidak pernah diambilnya walaupun satu sen sebaliknya digunakan untuk pembayaran biasiswa pelajar, kos pembaikan sekolah dan urusan lain.
Iskandar, yang kini bertugas sebagai Pegawai Naziran di Kementerian Pelajaran di Putrajaya, menyatakan demikian ketika mahkamah memberinya peluang untuk membuat rayuan selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan pagi Rabu.
"Saya mengaku salah tetapi sebagai pengetua pertama di sekolah tersebut yang belum mendapat OC (sijil layak menduduki bangunan) pada masa itu, sudah menjadi amalan biasa wang itu dimasukkan dalam akaun saya sebagai ketua jabatan di sekolah itu, tetapi saya tidak ambil apa-apa," katanya.
Pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Janariah Abdul Mutalib kemudian bangun sambil menjelaskan bahawa sebarang cek mesti melalui akaun sekolah dan bukannya akaun persendirian.
Hakim Zanol Rashid menetapkan kes itu disebut semula pada 23 Mac ini bagi membolehkan Iskandar melantik peguam.
Mengikut pertuduhan, Iskandar didakwa melakukan pecah amanah lima keping cek Maybank bernilai RM7,750; RM1,800; RM3,200; RM1,800 dan RM1,000 yang merupakan peruntukan bagi kegunaan hal ehwal kewangan sekolah itu.
Dia didakwa telah mendepositkan kesemua cek itu ke dalam akaun simpanan miliknya antara 26 Feb dan 19 Dis 2007.
Zanol Rashid membenarkan Iskandar dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh membayar wang ikat jamin. -- BERNAMA

2 ulasan:
Sedara si kutty, suma ingat org mesia sumer bangang....roling duit tu pon kira ok pa, buan curi... pakai sementaraaaaaaaaa....
dr. iskandar jangan bimbang. kesusahan di dunia ini bersifat sementara sahaja. Allah lebih mengetahui niat seseorang hambanya. dugaan ini juga sebagai suatu cara bagaimana Allah mengangkat martabat seseorang. jika kita ikhlas untuk membangunkan sesuatu, insya Allah, besar ganjarannya. usah dihiraukan segala cemuhan orang luar yang tidak faham kedudukan sebenar sekolah dr. iskandar pada waktu itu. semoga Dr. Iskandar tabah menghadapi segala dugaan.
Catat Ulasan