10 Mac 2011

2 Pelajar Politeknik Merlimau Maut 1 Parah Dalam Nahas Jalanraya

Jasin: Tiga rakan sekuliah sempat menghantar seorang rakan perempuan mereka ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSF) untuk menjalani rawatan luka di paha sebelum dua daripadanya maut selepas terbabit kemalangan ngeri, di sini, petang semalam.

Lebih memilukan, tiga sekawan itu dalam perjalanan ke kelas fotogametri di Politeknik Merlimau.

Dalam kejadian jam 2.50 petang semalam, kereta mangsa terlibat kemalangan di kilometer 29, Jalan Laidin, Sebatu, selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dari arah bertentangan.

Mangsa yang terbunuh adalah Muhammad Jefrry Jamian, 20, dan Mohammad Yazair Ingan, 20, sementara Mohd Ikmal Hisham, 20, masih kritikal dan dirawat di Hospital Melaka.

Jurucakap polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandu Muhammad Jefrry dipercayai gagal memotong sebuah kereta yang berada di hadapannya.

“Pada masa sama, sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton berada di laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat,”
katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang mengambil Sijil Ukur Tanah akan menamatkan pengajian April ini.

Sementara itu, ibu salah seorang mangsa yang meninggal dunia, Muhammad Jefrry, Jamiah
Hashim, 46, ketika ditemui berkata, dia tidak nampak perubahan pada diri arwah anaknya.

“Seperti biasa, setiap hujung minggu dia balik ke Muar dan saya tidak nampak perkara pelik pada dirinya,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Jasin.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNYa..
tragis dan memilukan..

Tanpa Nama berkata...

al-fatihah...semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman...takziah kepada keluarga-keluarga dan sahabat arwah...doa dipanjatkan buat sham kini di ICU,moga selamat dan cepat sembuh dengan izin_Nya...insyaAllah...kuatkan semangat...

Tanpa Nama berkata...

tu le kau,bawak laju lagi...pergh,giler ah...berdarah siot...