23 Mac 2011

Bapa Mertua Shafie Apdal Turut Terlibat Dalam Konspirasi Video Seks

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menggunakan seorang yang mirip iras Datuk Seri Anwar untuk menerbitkan video seks fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu, menurut Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.

Turut terbabit dalam konspirasi terbaru menjatuhkan Anwar adalah bapa mertua Naib Presiden Umno Shafie Apdal yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shuaib Lazim (gambar).

Manakala Perdana Menteri memberi persetujuan kepada Rahim untuk “membeli” ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dengan menggunakan video fitnah itu untuk menyakinkan mereka.

Johari mendedahkan Rahim dan Shazryl menemui beliau di Hotel Flamingo Kuala Lumpur pada isnin lalu untuk menunjukkan video 21 minit itu sebelum memujuk beliau untuk lompat keluar dari PKR menyertai itu dengan imbuhan lumayan.

Selepas menyaksikan video itu, Datuk Johari yakin “pelakon” itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Datuk Johari berkata setelah menonton video itu, beliau menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim. .

“Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 3.30 petang 22 Mac 2011,” kata beliau.

“Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka, tambah beliau.

“Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” tambah beliau.

Johari berkata Tan Sri Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda menjadi dalang kepada video fitnah itu.

Beliau orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku “50 Dalil” dalam tahun 1998 dahulu yang menyaksikan polis menangkap Anwar, memukulnya dalam lokap sebelum mensabitkan beliau di atas tuduhan liwat dan rasuah yang direkacipta.

Johari berkata Rahim diberi mandat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya.

Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara bagi menayangkan video lucah untuk wartawan terpilih dibuat oleh RISDA, “ tambah Johari.

Saya juga percaya Dato’ Eskay Shazril Abdullah adalah “Dato’ T”. Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah,.

Selain Rahim dan Eskay, Johari turut menamakan bapa mertua kepada Naib Presiden Umno Dato’ Shafie Afdal.

Ujarnya, beliau mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat,” kata Johari.


Ulasan GB

GB sudah ulas di SINI

7 ulasan:

Amri Mat Saaid berkata...

eskay ni kaut berjuta2 ringgit dari Kementerian Pertanian zaman PM Mahathir dulu..masa tu Menteri pertanian fendi norwawi..supply lembu"menopause" kpd Jabatan Perkhidmatan Haiwan (masa tu).Projek cold chain Rumah Sembeli Paya Pahlawan..apa dah jadi...

mad berkata...

ini adalah skandal besar negara membabitkan pm. pm harus meletakkan jawatan dengan segera. ops lupa pulak, ini bolehland, mana ada pemimpin letak jawatan. bunuh org pun boleh lepas. malangnya rakyat bolehland.

Tanpa Nama berkata...

AHLI UMNO BAWAHAN YG SEDIA ADA BODOH TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO YG MEMANG BODOH.... APA DAH JADI DGN PIHAK POLIS MALAYSIA...KALAU DGN PEMBANGKANG..TAK REPORT PUN DAH BUAT SIASATAN...TAPI BILA KENA PEMIMPIN UMNO...PEHH!!! HILANG TELOQ..."BUDAYA KITA..WAJAH KITA TAU"

Tanpa Nama berkata...

polis bukan setakat hilang teloq ajer batang pun turut hilang takut kena berhenti saper nak sara anak bini makan nanti, mau merempat jadinya

Tanpa Nama berkata...

Jangan terlalu melatah biarkan Polis membuat kerjanya dan saya percaya keupayaan Polis untuk menyiasat, tapi saya risau kalau-kalau ada tangan sumbang yang menunjuk arah haluan keputusan penyiasatan- berserahlah kepada ALLAH

Tanpa Nama berkata...

AMAT AMAT KECEWA MENJADI WARGANEGARA. HAMPEH BETUL!!!!! UNDANG-UNDANG MACAM KARTUN! DOUBLE STANDARD LAWS..TAK UBAH MACAM NEGARA AFRIKA KELAS 4.

Tanpa Nama berkata...

gua yg terlibat dlm industri filem.gua belum tgk videopun tapi dgn melalui kenyataan2 yg baca bkenaan hal video tu ini hari,gua sudah tergelak besar.kalau gua tgk mau tgolek2 gua ketawa.zaman sekarang zaman HD.tepi memang org tua2 bab IT/CGI memang lemah kah kah kah