23 Mac 2011

Misteri Video Seks Terbongkar. Identiti Datuk T Terdedah - updated

KKenyataan Akhbar Johari Abdul, Ahli PArlimen (PKR) Sg Petani

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.


Datuk Rahim Tamby Chik (kiri), Datuk Eskay Shazril (kanan)


Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Ulasan GB

Demikian sebenarnya kaedah yang digunakan Najib melalui agen-agennya untuk membeli beberapa Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. Betapa dasyatnya manusia bernama Najib ini yang mana kita telah tahu kejatuhan kerajaan PR negeri Perak adalah akibat dari pembelian wakil-wakil rakyat PR. Dikuti dengan beberapa siri lompatan ahli parlimen dan ADUN PR samada menjadi wakil bebas atau pun menyertai BN.



Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.


Sekarang siapakah Datuk T?

Terjawab sudah:


Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara.


atau yang inikah yang lebih tepat:


Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.


Akhirnya Tuhan memperkenankan doa GB. Baru semalam GB menulis di SINI. Petikan


Kami ada Tuhan untuk kami berlindung dan bermohon, (bukan sekadar Suruhanjaya), agar Allah mendedahkan siapa kamu sebenarnya, dan mendedahkan segala konspirasi ini.


Pastikan maklumat kebusukan tindakan Najib dan UMNO di atas disebarkan kepada seluruh rakyat terutama para pengundi Sarawak.


29 ulasan:

anti-zul noordin al-kafirun berkata...

"Go to HELL" to Thamby Chik and Eskay pondan..dulu kau rogol budak bawah umur semua org Umno senyap... orang2 ni selayaknya x perlu hidup sebagai manusia...baik jadi batu jer

Tanpa Nama berkata...

Salam semua.

Tak takut ke dgn azab Allah.....andai kata cite video ini hanya diada2kan....

INGAT LAH kita akan mati dan ditalkinkan
dan didalam kubur juga semua tau akan seksaan azab kubur
Sekiranya ada keinsafan dan kesedaran . Minta maaf segera kepada si pulan yg kita inaya.
sementara kita masih bernafas, mana tau esok kita pula mengadap Ilahi...
taubat lah selagi kita bernyawa.
Maaf kalau ada salah dan silap.

Tanpa Nama berkata...

Kita masih ingat bahawa beberapa belia telah dijadikan 'orang salah' dalam kes rogol gadis bawah umur.

Kalau dah peribadi busuk, maka busuknya akan keluarkan bau pula.

Tanpa Nama berkata...

ingat ALLAh = Beriman

Ingat UMNO = Sex + Fitnah + Rasuah

Zairil berkata...

Hmmm...lain kali upah ler Peter Jackson ker, James Cameron ker, Steven Spielberg ker, tolong buatkan filem yang lebih convincing.

Ni dengar citer pun orang dah tak percaya.

Tanpa Nama berkata...

Lembu..mana tau hukum..sah najib dan konco2nya terlibat..polis mana???kepit telur ajerke atau asyik saman orang aje!!!gampang!!

Tanpa Nama berkata...

takbirrrrr reformasi bro...terbaik berita paling gembira utk mgu ni

Tanpa Nama berkata...

...'T' for Tambi...

Tanpa Nama berkata...

knp org jht idop lame?

Miss Huda berkata...

ALLAH akan sentiasa bersama orang-orang yg benar !!

Tanpa Nama berkata...

ishhhhhh cukup2 hina hgpa 2 ekoq dijadikan sbg manusia. hgpa 2 ekoq nie kiqa tahap level aoron sharon & b.netayahu la. caya lah. hgpa ada duit,,, wang berbillion tp igt lama mana ALLAH izin hgpa buat keja nie. kami ada ALLAH yg menjadi penentu qodha qodar kami. insyaALLAH... akan hancur segala kebathilan & kezaliman makhlok mcm hgpa atas muka bumi nie.

Tanpa Nama berkata...

rahim tu ok
TAMBI dia tu yang tak ok
sebab tu cari budak bawah UMUR

Tanpa Nama berkata...

soalan seterusnya siapa lagi yang "dihampiri"?

Tanpa Nama berkata...

Depa jumpa YB Johari sebab dia nie bekas Pengarah BTN, mungkin pada depa senang sket kena beli kot? Tapi depa silap proses pembersihan dalam MP PKR mungkin dah selesai baki-baki MP PKR yang ada nie nampak lebih KUAT PENDIRIANYA.

-wakleman.

Tanpa Nama berkata...

Oh..dunia.

Eskay and Tamby...jika benar...mempunyai kaitan dgn memoir DrM berkenaannya.

Alkisah...Eskay pernah jadi fisioterapi kpd DrM. Seorang siam yang menganut Islam.

anti-zul noordin al-kafirun berkata...

aku nak tengok apa zul noordin nak komen..
semalam dia kata 110% yakin ... hari nie harap2 TV3/4 bagi dia komen gak..
pondan siam punya peguam...
cakap pasal agama hebat...kalah ulama..
tp bab fitnah dia no wahid... pundek je rupa komen suruh Pas kaji balik pendirian dlm pakatan...hari tu suruh jgn kawan DAP.. dia ni bukan hipokrit jer...hati yahudi

Tanpa Nama berkata...

adakah kalian semua tidak terfikir akan keluar lagi skrip sinetron yang baru selepas ini...kenapa mereka ber3 ini begitu mudah membuat pengakuan dan berani mengadakan sidang media lagi...kenapa pula pihak berkuasa tidak menahan mereka bertiga atas memilik bahan lucah...


aku rasa mereka bertiga ni sudah ada plan B atau sememangnya mereka sudah menjangkakan hal sebegini.

saifuddin berkata...

persoalannya..video wujud ke tak wujud???

eskay tu pernah jadi org umno dan jgk org pkr...dan mempunyai kaitan dgn RPK..

npknya permainan smkn menarik..

kesimpulannya..dedahkan video tersebut untuk tontonan umum

Tanpa Nama berkata...

AKU DAH MARAH NIE...PUKIMAK PUNYA RAHIM THAMBI CITS....BARUA PUNYA ORG-ORG UMNO....CILAKA PUNYA NAJIB....

APA POLIS BUAT SEKARANG..KES MACAM NIE PUN TAK LEH NAK SELESAIKAN KE??? KATA TERHEBAT???'...KITA TENGOK POLIS MALAYSIA...BANGANG KE BODOH DLM MENGENDALIKAN KES BANGANG NIE...AHLI UMNO BAWAHAN TERUAS DIPERBODOHKAN LAGI!!!

Tanpa Nama berkata...

depa ingat rakyat Malaysia la ni mudah percaya...
La ni dah cerdik2 dah...
kalu Tuhan depa boleh tipu...
inikan rakyat Malaysia yg segelintiran masih mabuk...

org bagi ambil la...
bukan duit depa...duit mak,ayah nenek,moyang kita...public fund.
kenapa nak rasa hutang budi pulak.
jadilah rakyat MAlaysia yang waras, rasional dalam menilai dan membuat keputusan.

Tanpa Nama berkata...

astafirullah al azim, apa nak jadi ni, kata negara islam tapi dah jadi negara lucah, perkataan-perkataan dubor, pancut, bulu, dan macam-macam lagi disebut setiap hari tanpa malu dan segan, orang-orang luar memerhatikan sahaja, mana lah negara yang ingin melabur di sini lagi, memalu dan menjijikkan.

Kes video ni, hanya orang bodoh dan mati akal saja yg percaya....sudahlah malu sy jadi org malaysia ni, kerana hendak mengekalkan kuasa sanggup berbuat sebegini jijik......Ya Allah selamatkanlah negara ku....

Tanpa Nama berkata...

Kau ni memang tak layak hidup. dulu dah la rogol budaK. kau memang tak layak hidup.

ALLAAA KASSSIM.....ALLA KASSIM

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Allah telah makbulkan do'a sekalian hambanya.

Tanpa Nama berkata...

aku dah geram ni...grrrr..grrr.. harap2 ada pegawai polis yg berani lg.. kami sebagai rakyat masih menaruh harapan pada ketua polis yg baru ni,, syabas Tan Sri Ismail.. Jgn tunggu lg tangkap aje beruk2 3 ekor tu....

SukaTgkBlu(Ray)Muvi berkata...

byk tul cerita buruk pasal Anwar .. aku rasa dia nilah manusia paling malang dalam malaysia .. selama hampir 54 tahun kita merdeka, tak pernah lg ada manusia semalang Anwar Ibrahim .. yelah kalau sekali dua kena fitnah tak ape lah jugak .. ini dah masuk 3 kali kena fitnah .. mana ada pernah kita dgr di peringkat Malaysia hatta di peringkat Internasional yg seorang lelaki difitnah selama 3 kali dgn benda2 yg hampir sama ..

kesian kesian ..

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah limpahkan rahmat kepada hamba-hambaNya yang teranaiya. Juga semoga mereka yang terlibat menaburkan fitnah sedar sebelum ruh terpisah daripada jasad. Satu daripada sebelas azab Allah akan tertimpa ke atas pembuat aniaya sewaktu hayatnya, manakala selebihnya akan diterima selepas dia meninggal dunia dan dikebumikan sehingga hari kiamal. Na'uzubillah.

Tanpa Nama berkata...

Apa komen pembela melayu, ibrahima ali bila setiausaha perkasa pun bikin filem porno...

buat malu orang kedah shj.

Tanpa Nama berkata...

Nama YB ni top sekarang. Siaplah UMNO/BN tumbang. Yang akan tinggal nanti tunggul dan kemudian jadi sejarah.

Mr. N berkata...

hahaha,

wahai saudara3 yg mengucap 2 kalimat syahadah ku disini…

mari sahut pandangan ku yang tidak berapa berilmu ini…

cuba kalian fikir, kalau anwar jatuh siapa yang dapat manfaat ?

cuba fikir lg, kalau anwar tidak dpt dikalahkan dgn kes ini, siapa yg dpt manfaat nya lg ?

jd, disini pasti nya ada tiga pihak…mengapa tiga ?
1) pihak yang ingin kan dia jatuh
2) pihak yang inginkan seseorang/1 parti tewas/terdedah kepada aib kerana melalukan politik kotor dgn kes ini..
3) adalah pihak yang tersembunyi..cuba untuk memprovok kedua-dua pihak diatas agar bertelagah sesama mereka..(maybe dua2 berpakat/berlakon yang mereka teranaiya dan menganaiya)

*fikir dgn tenang dan segenap penjuru dunia politik sekarang dont miss even once..

jd, setelah dpt jwapan nya, pokok pangkal kes ini……

tetap x boleh lari dari FITNAH dan TUDUH-MENUDUH dan MEMBUKA AIB…

adakah anwar dan musuhnya berpakat ? mungkin ya mugkin tidak,
adakah musuh-musuh anwar berpakat ? mungkin ya mungkin tidak.
adakah anwar dan sekutunya berpakat ? mugkin ya mungkin tidak..

dan, siapa TARGET yang mereka nak AIM untuk kes ini ?
adakah najib ? adakah anwar ? adakah parti ? adakah ahlun3 politik ?

JAWAPANYA : TIDAK SEMUA di atas, tetapi di bawah…

100% TRUE ANSWER = RAKYAT !

terkejut ? tidak mengapa, sya cuma nk rumuskan…

kenapa rakyat ? rakyat yang bagaimana ? mengapa mesti kami(rakyat) ? bukan mereka ?

jawapan nya ada dlam FIKIRAN kamu…
fikirkan dan renungkan…..

ayuh bangkit saudara ku yang mengucap 2 kalimat syahadat…
jgan biarkan mereka memakan MINDA-MINDA mu sedikit demi sedikit….