23 Mac 2011

Kit Siang Gesa Polis Tangkap Segera Ketiga-tiga Dalang Video Seks

Pihak polis hari ini digesa menangkap segera Datuk T trio kerana penglibatan mereka di dalam penyiaran video tape lucah Isnin lalu.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang berkata pihak polis tidak sepatutnya berlengah untuk menangkap bekas Ketua Menteri Melaka dan pemimpin veteran Umno Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka telah pun membuat pengakuan hari ini merekalah Datuk T, lelaki misteri di belakang rakaman video seks yang mereka dakwa pemimpin PKR Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang perempuan asing.

Anwar telah membuat penafian bahawa beliau adalah orang yang didakwa di dalam video berkenaan dan telah membuat laporan polis semalam.

“Mengapa pihak polis tidak menangkap ketiga-tiga Datuk T kerana jenayah, termasuk menyiarkan bahan lucah dan ponografi?

“Apakah mereka mempunyai kekebalan dan kebebasan untuk melanggar undang-undang dan bertindak dengan memalukan negara?”
tanya Lim di dalam kenyataannya hari ini.

Beliau juga ingin tahu samada pimpinan tertinggi dan ahli UMNO lain mengetahui kerja-kerja kotor rakaman video seks yang dilakukan oleh ketiga-tiga orang tersebut.

Beliau menegaskan tindakan tersebut merupakan satu "rencana politik yang paling kotor untuk menghancurkan Anwar dan peluang Pakatan Rakyat’ di dalam pilihanraya umum negeri Sarawak”.

Beliau bagaimana pun percaya, kenyataan yang berlaku akan merupakan peluru penting untuk memecahkan keyakinan dan kredibiliti serta kesahihan kepimpinan Najib.

Tindakan itu akan meyakinkan majoriti rakyat bahawa tempoh mandat untuk Barisan Nasional dan Umno memerintah Sarawak dan Malaysia sudah berakhir, tambahnya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang dasar celaka dan haramjadah.
Rakyat Malaysia perlu bangun dan kutuk laknat diatas perbuatan mereka yang tiada maruah lagi hina.

Semoga segala dosa dan noda yang mereka lakukan mendapat balasan setimpal dari Allah swt.

zairil berkata...

Macam strategi biasa jer. Buat kecoh, nanti Anwar buat polis report. Lepas tu siasat - pendakwaraya negara pun buat dakwaan ke atas Anwar. Lepas tu Anwar disiasat lagi. Masuk court lagi tiga empat tahun nak bersihkan nama. Lepas tu tak der kes. Lepas tu orang yang buat kerja haram dilepaskan kerana tak der orang buktikan kesalahannya sebab mahkamah senget.

Saja buang masa
Saja buang duit rakyat
Media dah tentu cover baik punya
Pemimpin PKR bosan asyik citer anu
Anwar sakit jiwa...masuk mental hospital

Ini perang saraf psikologi sebab orang yang terlibat buat kerja-kerja macam ni semua sotong kering dalam parti. Bangkai bernyawa....tengoklah balik nama-nama mereka......

Tanpa Nama berkata...

Polis takkan tangkap mereka sebab Bos mereka dah cakap mereka tak bersalah tayangkan video tu. Tak ada dalam skrip. Kalau DSAI yang ditangkap tu mungkin berlaku.

Kajian Al-Quran berkata...

Rahim Tambi Chik hamjadah, dah lah tuu ... sekarang awak boleh senyum, ingat nanti bila BN/UMNO jatuh, kau taulah muka.

Kita buka semua kau punya kes ... jgn ingat kau boleh lepas selama-lamanya!