23 Feb 2011

Perahu Terbalik, Wanita Hamil Masih Hilang & Dikhuatiri Lemas

Lingga: Seorang wanita yang sarat hamil, dikhuatiri lemas dan masih hilang, setelah pe-rahu yang dinaiki oleh mangsa bersama lima orang ahli keluarganya terbalik akibat di-pukul ombak ketika air pasang, di kawasan Sekadang, Sungai Batang Lupar, Sri Aman se-kitar jam 2 pagi, semalam.

Gambar: Cari - Sekumpulan penduduk rumah panjang antara yang terawal melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Sebelum kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Sebit Bungin, 23, bermalam di pondok sawah padi dalam kawasan Ili Langgir bersama suaminya, Nelson Jampi, bapa dan ibu mertuanya, anak perempuan mangsa yang berusia dua tahun dan seorang anak saudara yang berusia lima tahun.

Menurut suami mangsa Nelson, isterinya yang sarat me-ngandung tiba-tiba mengeluh kesakitan kerana mahu ber- salin awal pagi itu (Isnin).

Berikutan itu mereka seke-luarga mengambil keputusan untuk segera menghantar mangsa, menggunakan perahu panjang ke Klinik Lingga bagi mendapat rawatan lanjut, katanya.

Bagaimanapun semasa dalam perjalanan tiba-tiba pukulan be-nak yang terjadi akibat daripada kejadian air pasang, telah menghempas perahu mereka, menyebabkan ia terbalik, jelasnya.

“Insiden tanpa disangka berlaku ketika kami tiba di kawasan Sekabang, ombak (benak) akibat daripada kejadian air pasang telah memukul perahu kami menyebabkan perahu kami terbalik,” katanya pilu mengenangkan insiden itu.

“Kami semua (kelima-lima mereka) berpaut pada perahu yang telah terbalik itu sementara isteri saya tidak kelihatan dan terus hilang, katanya ke-pada Utusan Borneo, ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Dalam masa yang sama mereka yang selamat bertindak memusingkan perahu kembali pada kedudukkan asal lalu berkayuh ke rumah panjang mereka di Langgir bagi mendapatkan bantuan, katanya dengan nada sedih.

Sementara itu pihak polis, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), kakitangan pejabat daerah kecil Lingga de-ngan kerjasama penduduk kemudiannya melancarkan gerakan mencari mangsa yang hilang di kawasan sungai itu.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dipercayai ditangguhkan sementara waktu pada jam 4 petang semalam berikutan fenomena benak akibat air pasang di Sungai Batang Lupar yang bukan sahaja boleh menjejaskan usaha mencari dan menyelamat malah membaha-yakan mereka yang terlibat.

Sehingga berita ini ditulis (jam 5 petang semalam), mangsa masih belum ditemui.

Benak ini juga dikenali sebagai ombak muara iaitu ombak tinggi yang terjadi hasil daripada pertembungan air pasang di muara sungai yang sempit. Manakala ketinggian ombak muara yang terhasil pula bergantung kepada musim dalam sesuatu tahun itu.

Fenomena benak ini hanya berlaku di 66 lokasi di seluruh dunia termasuk tiga di Malaysia dan salah satu daripadanya di Sri Aman. -Borneo Post

Tiada ulasan: