7 Feb 2011

UMNO Berusaha Untuk Gugurkan Status ADUN Sri Muda?

ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menyiarkan artikel berbentuk hasutan dalam blog peribadinya.

Beliau didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blog pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959". Shuhaimi tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu. Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atau penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.

Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Shuhaimi diwakili tujuh peguam, diketuai peguam hak asasi manusia terkenal Edmund Bon. Peguam lain, termasuk Lateefa Koya, Yusmaidi Yusoff, N Surendran, Amer Hamzah, Fahri Azzat dan Nizam Bashir.

Manakala pihak pendakwaan pula dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini. Turut hadir pada prosiding di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar ialah wakil rakyat Pakatan Rakyat, termasuk Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Yaakob Sapari.

Ulasan GB

Jika dilihat hari ini, apa yang nyata ialah UMNO sedang berusaha untuk mempastikan kerusi Sri Muda dikosongkan.

Tindakan mengheret ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei dengan tuduhan "menerbitkan kenyataan menghasut dalam laman blognya" tidak mempunyai asas kekuatan untuk sebarang hukuman dikenakan.

Tetapi hakim mahkamah hari ini menetapkan Shuhaimi diikat jamim RM8,000 dan seorang penjamin. Satu jumlah yang agak besar, lebih besar dari hukuman denda tidak melebihi RM5,000 jika sekalipun disabitkan kesalahan nanti.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

Ramai pemerhati berpendapat bahawa BN ingin menguji sokongan rakyat Selangor terhadapnya dengan menggunakan mahkamah bagi mengosongkan kerusi dimana PKR adalah wakilnya supaya BN dapat merebut kerusi tersebut di dalam usaha untuk merampas DUN Selangor.

Kita tunggu 28 Mac nanti dimana kes akan disebutkan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bubar saja parlimen najib yang tak jantan, di kawal rosmah

cumi manzui berkata...

Malaysia Boleh.
Tahniah Malaysia, Tahniah.
Kau telah berjaya memahkamahkan tindakan anda.
Hidup Rakyat Malaysia.
Kau memang boleh.

kembara putih berkata...

Cara pondan juga yang digunakan Najib, sama seperti di Perak.