7 Feb 2011

Calon-calon Wanita Berentap Di PRK Merlimau?

Pergerakan Wanita UMNO, minggu lepas telah meminta agar BN meletakkan calon wanita di Merlimau dan daripada tujuh nama untuk dipertimbangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai calon BN pada PRK itu ialah Ketua Wanita UMNO Bhgn Jasin, Zaleha Bujang. Beliau ialah seorang ahli lembaga pengarah Yayasan Melaka.

Gambar: Hajjah Zaleha Bujang - UMNO (kiri) dan Hajjah Kintan Osman - PAS (kanan)

Berita Harian pula melaporkan PAS mungkin pertaruhkan calon wanita di Merlimau jika keputusan mesyuarat majlis tertinggi pakatan pembangkang hari ini memihak kepada PAS, parti itu tidak menolak kemungkinan meletakkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, 6 Mac depan.

Dewan Muslimat PAS sepastinya sudah bersedia jika calon muslimat terpilih lagi untuk pilihanraya kecil sekalipun calon muslimat di Tenang, Normala Sudirman tewas di tangan BN di dalam pilihanraya kecil yang lepas.

Jika benar PAS menurunkan calon muslimat di Merlimau, diantara nama muslimat yang popular di kawasan Merlimau ialah Hajjah Kintan Osman, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka dan juga AJK Dewan Muslimat PAS Pusat. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Tinggi Melaka dan mendapat pendidikan dari UPM dalam bidang Sains Pendidikan.

Hajah Kintan adalah seorang yang mempunyai ramai saudara-mara dan sahabat di Merlimau kerana beliau dahulu bmendapat pendidikan meengahnya di Sek Men Dang Anum Merlimau dan merupakan Ketua Pengawas Perempuan di sekolah tersebut.

Beliau juga pernah aktif di dalam Persatuan anak-anak Melayu University Queensland Australia.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, dilaporkan berkata tidak menjadi masalah kepada parti itu untuk meletakkan calon wanita kerana keputusan mengenainya tidak ditentukan faktor jantina, sebaliknya kelayakan dan kepemimpinan calon pada peringkat kawasan ditandingi.

Parti juga katanya, tidak pernah menetapkan sebarang kuota untuk calon lelaki dan wanita, sebaliknya keputusan terbaik adalah selepas mengambil kira pandangan kepemimpinan parti peringkat negeri yang memilih berdasarkan potensi calon untuk menang dan persetujuan Majlis Syura Ulama.

Beliau berkata, PAS tidak pernah serik untuk meletakkan calon wanita walaupun pilihan raya kecil DUN Tenang tidak memihak kepada parti itu apabila calon mereka, Normala Sudirman tewas kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau tak sebab banjir insyaallah BN dah kalah atau majoriti kurang di Tenang

Tanpa Nama berkata...

sementelah datin rosmah telah banyak mengambil peranan dalam tugas kementerian,apa kata bn/umno mencalunkan datin rosmah sahaja dipkr kali ini.kami berkeyakinan dan percaya datin rosmah akan menang dengan lebih gah serta bergaya.datuk najib bagaimana?.