Jakarta: Kekasih vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel 'Ariel' Irham, Luna Maya, menemui jawatankuasa Suruhanjaya Hak Asasi Indonesia (Komnas HAM) Sabtu lalu bagi mendapatkan bantuan dalam menghadapi sistem kehakiman negara itu berhubung skandal video lucah yang didakwa dilakukannya bersama Ariel.
Ariel telah dihukum penjara tiga setengah tahun penjara dan denda 250 juta rupiah ($35,000) bagi kesalahan itu.
Luna, seorang model dan pengacara, mengadakan pertemuan dengan Komnas HAM bagi menyatakan bagaimana beliau berasa dianiaya dan menjadi mangsa sistem perundangan Indonesia.
'Saya mahu mencari keadilan kerana apa yang terpaksa dilalui Ariel setakat ini adalah suatu ketidakadilan,' katanya.
Luna ditemani peguamnya, Encik Taufik Basari, dan beberapa aktivis hak asasi wanita yang menentang undang-undang antipornografi kerana dikatakan menjadikan mangsa sebagai penjenayah.
'Ke mana lagi kami patut pergi dengan kes ini? Pelaku hanya dikenakan hukuman penjara dua tahun sedangkan Ariel terpaksa menjalani hukuman tiga setengah tahun penjara. Apakah asas bagi semua ini. Adakah ia kerana tekanan masyarakat? Saya hanya mahukan perbicaraan yang adil,' kata Luna.
Ariel minggu lalu didapati bersalah di bawah Undang-Undang Antipornografi dan Kanun Acara Jenayah membabitkan tiga pita video yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan pasangan yang dikatakan Luna dan seorang lagi pengacara televisyen, Cut Tari.
Lelaki yang didapati bersalah menyebarkan video itu, Reza Rizaldy (gambar), dijatuhi hukuman penjara dua tahun.
Pendakwa berkata tidak seperti Ariel, Reza mengaku dan menunjukkan rasa kesal.
Hakim yang menjatuhkan hukuman dalam kes Ariel, Encik Singgih Budi Prakoso, juga berkata taraf selebriti penyanyi itu diambil kira ketika hukuman dijatuhkan.
Luna dan Cut turut dinamakan sebagai suspek dalam kes itu tetapi polis berkata mereka akan menangguhkan kes mereka sehingga proses rayuan Ariel diselesaikan. -- Agensi.

2 ulasan:
ADIL YANG BAGAIMANA?
Luna mahukan keadilan?
Nah, sepatutnya, Pelaku Zina dihukum Sebat bagi yang belum kahwin~
REJAM sampai mati bagi yang sudah berkahwin.
Bukankah itu yang sepatutnya Mahkamah putuskan???
Mahkamah berlaku zalim, Taufiq berlaku zalim, Luna juga zalim...
Berhukum dengan hukum selainNya. Haram hukum tersebut. Si Hakim berdosa besar, bahkan orang yang bersetuju dengan Hukum selain Allah juga Berdosa. Nauzubillah...
Mintaklah Ampun pada Tuhan!!! Semoga taubatmu diterima!
alahai cik luna..emm..muka cantik..tp..
Catat Ulasan