8 Feb 2011

Wanita Menderita Kerana Hospital Didakwa Salah Beri Ubat

Wanita dakwa sakit kulit angkara ubat hospital

NORMAH menunjukkan kulitnya yang mengelupas serta gatal selain mukanya yang bengkak selepas mendakwa memakan ubat diberi Hospital Raja Perempuan Zinab II, Kota Bharu. Kejadian berlaku selepas dapat rawatan cuci buah pinggang

KOTA BHARU: Seorang suri rumah terpaksa menanggung penderitaan penyakit kulit kronik, setelah memakan ubat yang didakwa tersalah diberikan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

Akibat kejadian itu, kulit wanita itu menggelupas serta gatal selain bengkak keseluruhan muka sehingga sukar untuk membuka mata, bercakap dan berjalan, menyebabkan suaminya bertindak membuat laporan polis, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini, semalam.

Dzulkifli Roffeen, 57, berkata pada 18 Januari lalu, isterinya, Normah Husin, 47, yang menghidap penyakit buah pinggang menjalani rawatan mencuci buah pinggang di hospital berkenaan dan dua hari kemudian dibenarkan keluar dengan dibekalkan pelbagai jenis ubat.

Katanya, seminggu kemudian, kulit isterinya tiba-tiba menggelupas teruk serta gatal di seluruh badan dan terpaksa dihantar ke hospital terbabit Rabu lalu untuk mendapat rawatan lanjut daripada doktor pakar kulit.

“Saya terkejut apabila mendapati kulit di seluruh badan isteri menggelupas dengan keadaan muka kelihatan bengkak sehingga menyukarkannya untuk membuka mata, mulut dan bergerak.

“Apabila berjumpa dengan doktor, ia lebih memeranjatkan setelah diberitahu isteri sudah tersalah makan ubat kerana ubat itu salah diberikan hospital dan meminta supaya menghentikan makan ubat berkenaan,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Chempaka, Panji, dekat sini, semalam.

Dzulkifli yang menghidap penyakit jantung berkata, isterinya tidak pernah mengalami sebarang penyakit kulit sebelum ini dan akibat kejadian itu, terpaksa menanggung penderitaan.

“Saya tidak mahu mengambil tindakan terhadap hospital terbabit, cuma inginkan pihak terbabit supaya merawat penyakit dialami isteri sehingga pulih,” katanya.

Beliau yang berniaga air tebu berkata, akibat penderitaan isterinya itu, beliau terpaksa berhenti berniaga untuk menjaga isterinya yang sentiasa memerlukan penjagaan kerana sukar bergerak.

“Hasil berniaga air tebu, saya memperoleh antara RM200 hingga RM300 sebulan dan kini sumber pendapatan itu sudah tiada kerana terpaksa menjaga isteri selain terpaksa menanggung tujuh daripada sembilan anak.

“Kesusahan dialami ini diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah miskin dengan pendapatan tidak seberapa, kini terpaksa berhenti berniaga dengan keadaan isteri menderita penyakit kulit.

“Saya memohon supaya hospital terbabit dapat memulihkan penyakit isteri dan bantuan orang ramai untuk meringankan penderitaan yang dialami ini,” katanya.

7 ulasan:

Alhamdulillah berkata...

Ya Allah, selamatkan lah wanita ini

Tanpa Nama berkata...

kalau boleh dinasihatkan, saman saja hospital itu. Konfem akan menang. kemalangan peruabatan sebegini tidak patut dibiarkan dan tidak adil pada pesakit.

tolonglah. kesian. sesiapa yang kenal dengan suami wanita ini. dengan saman itu sekurang-kurangnya dapat membantu kehidupan keluarga dan membiayai kos rawatan untuk pemulihan.

Tanpa Nama berkata...

kalau boleh dinasihatkan, saman saja hospital itu. Konfem akan menang. kemalangan peruabatan sebegini tidak patut dibiarkan dan tidak adil pada pesakit.

tolonglah. kesian. sesiapa yang kenal dengan suami wanita ini. dengan saman itu sekurang-kurangnya dapat membantu kehidupan keluarga dan membiayai kos rawatan untuk pemulihan.

nana baling berkata...

Mamat ni tak saman hospital pun dah kira ok tapi pihak hospital kena bertanggungjawab dengan memberikan layanan yang terbaik kepada pesakit ini. Saya harap Mamat ni bersabar dan jangan doakan kekosongan kerusi DUN kawasannya....

Tanpa Nama berkata...

Salam, kalau tak silap kakak di atas mengalami syndrome stevens-johnson, yang mana dialami oleh pengambilan ubat yang salah dan tidak sesuai dengan tubuh seseorang. kalau dibiarkan boleh membawa maut. Tolonglah rujuk balik pada hospital berkaitan supaya dapat diberi rawatan secepat mungkin.

Unknown berkata...

Salam, kakak diatas rasa mengalami syndrome steven-johnson, kesan dari pengambilan ubat yang salah. kenapalha pihak hospital tak followup kes dengan cepat. Penyakit ini dan boleh membawa maut. Diharap pihak dapat bertindak cepat

Tanpa Nama berkata...

Astargfirullah..
adek sy jupe pakar pn boleh slh ubat..asal2 dia nak ambek mc je sbb xtahan belajar kt u dia,elok je sembang ngan dia cuma dia nangis kate susah blja sana..last2 kne transfer kt pakar psikologi,bia makan je ubat terus seluruh badan dia kejang, mulut berbuih2 mcm sawan, mata pandang atas, badan jadi keras xboleh nak gerak..panggil ambulans, pastu doktor pakar tadi datang umah mintak pulangkan balik sume ubat yang dia bagi sblm ni..bagi ubat lain..tapi skrg, adek saya dah memang separuh xbtol..kami dah xberani nak bg dia makan ubat..lebih kpd perubatan islam