29 Jan 2011

PRK Merlimau: Penamaan Calon 26 Feb Pilihanraya 6 Mac

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.

Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama.

"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya. -mk



3 ulasan:

Amuraria berkata...

JOM SERBU TURF ALI KETAM !

Tanpa Nama berkata...

UMNO bolehlah mencalunkan DSRM di sini, cuba-cubalah Adun dulu, mana tahu boleh jadi KM. Kalau tidak beberapa bulan nanti bolehlah pindah jadi calun parlimen di PRU~13 nanti, biasa saja boleh diatur. Tempat selamat boleh menang punya, yang nombor satu pun dari timur juga. Orang Melaka setuju sahaja.

PAS tentu tak boleh terima, tapi orang-orangnya mungkin bersedia kalau kena terms n conditionnya.

Tanpa Nama berkata...

setiap kematian wakil rakyat sama ada negeri atau parlimen membawa rahmat kepada penduduk tempatan kerana perojek mi segera akan datang dan berbagai bantuan termasok rm..... kalau nak banyak bantuan/perojek kena berlakun jual mahal maka tawarannya akan dinaikan ini lah rialiti yang berlaku dinegara kita pada masa kini.