29 Jan 2011

Pendedahan Sijil Sakit Tidak Beretika

Tidak beretika: PAS kesal dokumen peribadi didedah

LABIS, 28 Jan: PAS kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Labis yg mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya berhubung laporan cuti sakit dan dijadikan bahan kempen Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli berpendapat tindakan tersebut juga boleh menjejaskan imej guru berkenaan dan menghilangkan keyakinan pekerja terhadap majikannya.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen rasmi yang sepatutnya hanya di ketahui oleh pesakkit (guru tersebut) dan majikannya.

Ini kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit antara doktor dan pesakitnya, termasuk diagnosis pesakit.

"Hanya pesakit atau doktor yang diizinkan oleh pesakit boleh mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga," katanya.


Kekesalan itu dizahirkan ekoran Umno BN kini didakwa menggunakan sijil sakit, Maarof Abdul Mutalib iaitu suami kepada calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman.

Sijil sakit berkenaan juga turut disiarkan di sebuah blog pro Umno dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Selain blog, laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini juga turut memainkan isu sama dengan memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain itu, Hatta turut membidas tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa.

"Tindakan Timbalan Menteri ini sangatlah tidak profesional. Beliau wajar memohon maaf kepada guru berkenaan,"
katanya lagi.

Selain Puad, PAS juga katanya terkejut dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan.

Menurutnya, Rosnah tidak berhak campurtangan dalam urusan kerja profesional doktor berkenaan.

"Percubaan mencampuri dan mengganggu tugas seorang doktor untuk tujuan mempengaruhi cara rawatan yang dilakukan oleh doktor sangat tidak bermoral dan amat terkutuk.

"Datuk Rosnah harus tahu batas kuasa beliau di Kementerian Kesihatan.


Timbalan Menteri atau sesiapa juga pegawai atasan ujarnya, harus memberi sokongan dan perlindungan kepada pegawai dan kakitangan dibawah tanggunjawab mereka manakala sebarang perlanggaran tatatertib harus disiasat di peringkat dalaman jabatan dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang melulu.

Sehubungan itu PAS tegasnya meminta pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan maruah pengamal perubatan di bawah kawalan mereka.

"Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi kesilapan yg sama," katanya. -harakahdaily

Ulasan GB

GB sebentar tadi baru ulas perkara yang sama. Petikan:

Sebagai seorang ahli iktisas, seseorang doktor boleh menyaman pihak yang mempertikaikan sijil cuti kepada pesakitnya. Pihak sekolah yang mendedahkan sijil cuti sakit itu juga boleh didakwa kerana surat sijil sakit itu adalah sepatutnya sulit dan tidak didedahkan kepada pihak awam.

8 ulasan:

Zairil berkata...

..walau bagaimanapun...aku ingat penasihat politik BN ni sangatlah caca-marba! Dah tak keruan!

Orang dah muak dengan serangan peribadi! Strategi yang hanya orang-orang BN saja pakai...

Dah lah tu...silap strategi...mesti orang simpati sang suami yang sakit kritikal pun sanggup meranduk banjir untuk bersama sang isteri demi berkempen untuk rakyat.....

BN ni tak tau ke konsep gelas separuh penuh atau separuh kosong?

Tanpa Nama berkata...

saya baru balik dari melawat blog2 pro BN

memang pendedahan dan taraf penceritaan mereka lebih teruk daripada murid yang ada masalah pembelajaran...@terencat akal

yang dihebohkan dan diumpatkan adalah;

i. isu kawen lebih daripada sekali
ii.isu suami isteri romantik
iii. isu MC
iv. isu suami sakit
v. isu fesyen cg mala
vi. isu melepaskan anjing tersepit
vii. isu banjir
viii. isu sijil
ix. isu pergaulan

semua isu menunjukkan mereka tak da isu konkrit...

stupid malaysian...

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang UMNO itu tahu beretika atau sentiasa beretika, sejarah negara tidak seperti apa yang tertulis sekarang. Bagi mereka hanya UMNO sahaja yang mampu memperjuangkan kemerdekaan kita. Hingga sekarang pun mereka merasakan perbuatan khianat mereka sungguh mulia. Semuanya kerana harta dan kuasa, walaupun penuh derhakanya.

Jadi kalau setakat dedah dokumen seorang guru sekolah apalah bendanya ... guru sahaja. Lainlah seorang menteri konon banyak jasanya,tak dapat nak ditutup mulut, mahu diC4nya kamu nanti.

Cikgu pencen berkata...

Hai bro, itu dah pecah amanah daripada tanggungjawab tu, mana boleh sakit pi buat macam org tak sakit, sakit kena berehat... itu yang doktor bagi tau.., pastii... bukan pi berkempen... benar tetap benar.... ada komen

Tanpa Nama berkata...

Mansor MC dgn sebab yg diberi oleh Doktor ialah sakit kemurungan.....kalau sakit kemurungan nie ubat tak boleh menyembuhkan??? Hanya dgn perbuatan yg boleh melegakan kemurungan??? Jika salah satu cara utk menyembuhkan sakit kemurugan Mansor ialah dgn bersama Keluarga maka ini tak bermakna dia pecah amanah kerana dia bersama dgn isterinya walau dimana kerana mungkin bersama isterinya aje sakit kemurangan boleh hilang??? Ini kes kalau saman boleh menang.....saya pernah mengikuti kes seperti ini...dan pesakit menang lwn majikannya

Tanpa Nama berkata...

ini kes paling kecik jika dibandingkan dengan salah guna wang negara [rakyat] berbilian bilian salah guna kuasa dan sebagainya dikalangan pemimpim umno/bn dan negara ini boleh jadi muflis sepertimana kata idris jala sekiranya membiarkan umno/bn terus berkuasa.

Unknown berkata...

kebanyakkan orang UMNO ni mmg tak solat, byk yang aku kenal mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

Org UMNO bukan saja kebanyakkannya tak solat malah yg Kafir pun ada. Tak Caya???