Waran tangkap ke atas polis tak hadir mahkamah
Waran tangkap dikeluarkan hari ini ke atas seorang anggota polis yang tidak hadir di mahkamah majistret di Petaling Jaya kerana membuat laporan palsu ke atas ahli perniagaan, Chia Buang Hing.
Chia (gambar), 38, sebelum ini memfailkan laporan polis mendakwa dia dibelasah ketika berada dalam tahanan polis.
Katanya, pada jam sekitar 10 pagi tadi, beliau dimaklumkan oleh pengawai penyiasat yang hanya dikenali sebagai ASP Nasuha, bahawa anggota polis berkenaan sepatutnya didakwa.
"Nasuha beritahu saya, supaya saya boleh dapatkan peguam saya Lim Lip Eng untuk hadir di mahkamah,” katanya.
"Namun, apabila saya sampai, Nasuha memberitahu saya tertuduh sudah larikan diri dan polis tidak tahu di mana dia berada. Isteri anggota polis itu beritahu Nasuha, dia juga tidak tahu di mana suaminya dan dia mungkin di Kelantan.”
Lim berkata: "Malangnya, tertuduh tidak hadir dan mereka tidak tahu dia di mana. Nasuha maklumkan kepada Chia bahawa anggota polis itu adalah orang yang menggari Chia, dan juga yang pertama memukulnya.
Tidak tahu di mana
“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana dia pegawai yang tinggal di kuarters polis - tetapi mereka tidak tahu dia dimana.”
Peguam itu, sebelum ini mengadu kepada majistret bahawa dirinya dan anak guamnya, Chia tidak memaklumkan sama ada lima anggota polis yang dikatakan memukul Chia sudah didakwa ataupun tidak.
Sehubungan itu, Lim berkata Nasuha memaklumkan Chia berhubung perkara itu hari ini.
Chia juga melahirkan kebimbangan keselamatan dirinya dan keluarganya dan kini semakin risau kerana anggota polis yang menahannya dulu itu kini tidak dapat dikesan.
“Saya kini ketakutan kerana tertuduh sudah terlepas. Bagaimana jika dia memburu saya?” soalnya.
Chia juga mengulangi dakwaannya yang dia ditahan reman, tangkap, belasah dan sebahagian besar wangnya diambil oleh anggota polis yang menahannya kerana memandu dengan cukai jalan yang tamat tempohnya. -mk

2 ulasan:
Berita amat bagus kalau suspek anggota Polis menghilangkan diri. Saman Ketua Siasatan Jenayah, KPD dan KP (atau KPN sekali kalau berani) atas kecuaian menjalankan tugas. Waran tak berguna kalau yang nak tangkap pun sesama orang sendiri.
Chia baru tau takut sekarang. Mesti kamu dah terima amaran (ketua-ketua gengster?). Mungkin Polis melengahkan masa dan beberapa bulan akan datang kenalah kamu.
Saman tak saman kamu tetap kena! Baik saman kalau kena pun keluarga boleh sambung cerita.
Kepada penjawat awam khasnya anggota PDRM. Dalam masa menjalankan tugas lakukan secara berhemah dan berpada-pada. Kalau sudah melampau tengoklah apa sudah jadi? Orang atasan/pegawai akan lepas tangan/tidak akan tolong jika terjadi begini. Tanggunglah sendiri akibatnya. Keluarga anda yang tidak berdosa akan merana.
Catat Ulasan