26 Jan 2011

Muhyiddin Terlupa BN Hanya Menang Mudah Dalam PRU 2008

Menteri Besar Gagal Dapat Sokongan Dun Patut Letak Jawatan - Muhyiddin

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan (Bernama) -- Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit.

"Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN," katanya semasa sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini malam Selasa.

Menjawab satu soalan bahawa terlalu banyak "politicking" di Malaysia sehingga menyebabkan kepentingan rakyat terabai, Muhyiddin berkata ia berpunca daripada tindakan pembangkang.

"Kita (kerajaan) terpaksa respon, kalau tidak nanti orang kata kita tidak buat apa-apa," katanya.

Selangor, yang mengadakan sidang khas DUN semalam, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan sedia mengkaji untuk membenarkan pelajar yang memiliki kelayakan setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia seperti O Level kerana mengikuti ibu atau bapa yang bermastautin atau bertugas di luar negara memohon pinjaman MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. -- BERNAMA

Ulasan GB

Muhyiddin TERLUPA bahawa BN memenangi pilihanraya pada 2008 dengan majoriti mudah, BUKAN dengan majoriti 2/3.

Bererti juga, PM dan TPM Malaysia SEBENARNYA tidak mendapat sokongan 2/3 majoriti parlimen - dan jika mengikut rumusan Muhyiddin sendiri - membuktikan kredibiliti yang lemah PM/TPM terbabit.

Bodoh bin bangang TPM yang juga menjadi Menteri Pelajaran Malaysia!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menteri yg tak tahu mengira.. jual air kpd Singapura murah dan beli semula air yg dijualkan kpd Singapura MAHAL..

Tak layak lansung jadi menteri.. apa boleh buat..jadi menteri yang bodoh kerena dilantik oleh ahli-ahli yang bodoh.

Masih ramai lagi penyokong-penyokong UMNO yang bodoh-bangang di Malaysia.

Adalah tugas kita untuk mencerdikkan mereka.. jika tidak Negara dan Agama akan musnah sekiranya terus dipimpin oleh para Menteri-menteri yang bodoh.

anness berkata...

haha..setuju2! nak kata tu bukannya nk fikir dulu..tengok, air liur sendiri terpalit ke badan sendiri, akibat beria2 sgt nk meludah ke langit..

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Benar ulasan GB, mahu ditambah, bukan sahaja MB malah semua YBYb yang tidak lagi dipercayai ketua atau tidak dipercayai rakyat termasuk yang dah meloncat pun patut letak jawatan mereka. Mereka ini tidak mewakili sesiapa.

Sepatutnya orang Johor ini lebih pandai berkata-kata, tambahan ianya seorang Menteri Pelajaran. Tentunya sekarang ini sudah boleh memikirkan ucapan yang lebih berkesan lagi setelah berbagai kerja kementeriannya diambil alih orang yang tidak berkementerian.

Sebagai seorang pemimpin kanan pandangannya perlu bernas agar dapat di senangi rakyat bukan sahaja penyokong tetapi semua lapisan. Kata-katanya patut sudah boleh dibukukan, dicetak, diedar atau sekurang-kurangnya boleh menggantikan Interlock yang dikatakan rasis itu. Buka mulut sahaja mengata orang, orang perempuan pun dah tak macam itu lagi sekarang. Isu raja sama sahaja dijadikan sampah olehnya.

Itulah kelibat seorang pemimpin UMNO, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Orang Johor sebaya saya tahu apa yang TS lakukan untuk rakyat Johor sejak jadi MB dahulu. Cerminlah muka agar TS dapat disedarkan diri dari mengelamun. Mengapa mahu ditunggu ke saat nafasmu tersesat jalan.

Tanpa Nama berkata...

salam GB,

nak tanya, dalam umno ada ke pemimpin cerdik, saper? kalau depa cerdik msia dah lama maju setaraf negara jepun/korea selatan.
mereka ini cuma cerdik dalam psiko rakyat(yg xberapa cerdik) supaya menampakkan depa tu cerdik.
pada saya puak2 umno ni hanya sesuai utk memerintah negara dunia ke-3 sahaja dan oleh kerana msia bakal menuju negara maju maka dengan itu umno/bn telah dikira 'expired'. utk pru-13 eloklah umno/bn dihumbankan ke longkang & pr disarankan mengambil alih putrajaya.
banyak alasan konkrit yg kita boleh berikan mengapa umno/bn tidak layak memerintah negara maju seperti kelulusan akademik banyak tipu(beli phD), tidak paham konsep negara demokrasi berperlembagaan, tidak reti beza mana satu hak parti mana satu hak kerajaan, hanya bantu/subsidi/bantuan ahli parti sahaja sedangkan tanggungjawab kerajaan membantu semua rakyat miskin, suka pecah amanah/rasuah spt wang haram mengalir keluar rm888 bilion, ketirisan khazanah negara berbilion ringgit dan seumpamanya. yang lain2 tambahan tuan2 boleh fikir sendiri.
tks, wassalam.

pokku(putrajaya) berkata...

Takpolah syeikh, PRU13 nanti kita pakat2 tumbangkan rejim ni...baru dia thu yang rakyat dah lama tak suka kpd rejim be-end ni...cakap pun guna kepala lutut...InsyaAllah perjuangan kita perlu diteruskan...

Tanpa Nama berkata...

menteri seorang ini memang tak sedar diri. Pencapaian menteri ini :
1. kena halau oleh sultan johor lari ke pusat
2. wawasan johor 2005 ? johor negeri maju tahun 2005 ? wawasan Muhyiddin semasa menjadi menteri besar johor. Tukar cuti mingguan kepada hari Ahad supaya negeri Johor lebih maju. kononnyalah..
3. amanah saham johor ? promosi bukan main hebat sekarang apa jadi ?
4. turunkan harga CD original semasa jadi menteri hal ehwal pengguna ? Sekarang awak sudah jadi TPM apa lagi turunkan la harga CD original ? Muhyiddin sudah lupa.
5. Melancong berminggu2 ke eropah untuk meningkatkan hasil pertanian/penternakkan semasa jadi menteri asas tani. Sekarang sebagai TPM kamu ada lebih kuasa untuk menyambung tugas menteri asas tani.

Kejayaan terbesar Muhyiddin ialah menukar cuti mingguan Johor kepada hari Ahad dan melelong kawasan tadahan air seluas beribu hektar kepada singapura.

Tanpa Nama berkata...

Pagi kelmarin sembang dengan seorang kawan, dulu Bendahari UMNO cawangan yang aku juga pernah jadi AJK kata hasrat BN nak abik balik Kedah dari tangan PR bukan mudah. Dia juga pertikaikan hal Tuanku Rosmah yang pergi ke luar negara tu atas nama sebagai apa? Dulu Dr Hasmah pergi mengiringi suami. Kelantan juga katanya nampak maju. Tengah hari bersembang pula dengan seorang kawan yang kedudukannya sebagai salah seorang Exco Pemuda UMNO, yang kata hasrat BN nak ambil kembali Kedah daripada PR bukan senang. Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Bashah tu ada problem; dia juga kena main dengan pusat bila pejabat dia kena serbu 23.1.2011 oleh mangsa-mangsa banjir yang kononnya nak dapat bantuan. Katanya Kelantan mungkin boleh dapat kepada BN semula. Terngganu 50-50.