26 Jan 2011

[Bergambar] 15,000 Penduduk Mesir Tunjuk Perasaan Ala Tunisia

Kaherah: Sekurang-kurangnya 15,000 penunjuk perasaan Mesir menyertai protes digelar ‘Hari Kebangkitan’ ala Tunisia, sebahagiannya membaling batu dan memanjat trak polis selain bertempur dengan anggota keselamatan di tengah ibu negara bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak menamatkan pemerintahan sejak 30 tahun lalu.

PENUNJUK perasaan mula protes anti Mubarak di Kaherah.

Anggota polis bertindak balas dengan melepaskan meriam air selain menggunakan cotar dan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan melaungkan ‘Jatuhkan Mubarak’ selain menuntut pembasmian kemiskinan, rasuah, pengangguran dan salah laku polis.

Bantahan itu awalnya bermula dengan aman, protes terbesar di Mesir sejak bertahun-tahun lalu selepas anggota polis berhati-hati sejajar dengan strategi kerajaan mengelak imej agensi keselamatan terus tercemar kerana dibayangi tuduhan bertindak seperti samseng.

Ketika penunjuk perasaan membawa bendera Mesir dan Tunisia memenuhi dataran Tahrir, anggota keselamatan mengubah taktik dan bantahan bertukar menjadi ganas.

Perkembangan itu dianggap sesuai dengan sambutan ‘Hari Polis’ yang berlangsung semalam, kata pemerhati. Ada penunjuk perasaan menyerbu trak meriam air, membuka pintu pemandu dan mengarahkannya keluar.

Orang lain membaling batu dan mengheret penghadang besi manakala anggota keselamatan memukul pembantah dengan cotar kerana cuba merempuh hadangan.
Ada penunjuk perasaan terhuyung hayang terhidu gas pemedih mata, ada yang batuk dan menutup mata dengan skaf.

Ada juga yang berlumuran darah. Seorang lelaki pula pengsan. Anggota polis mengheret beberapa daripada pembantah ke luar kawasan itu selain memecahkan kaca mata seorang wartawan dan merampas kameranya.

Pada ketika tertentu, pembantah mendapat kelebihan apabila memaksa sebaris anggota polis pencegah rusuhan lari selepas dihujani batu.

Seorang penunjuk perasaan juga menaiki sebuah kereta bomba dan memandunya dari situ.

“Saya mahu anak saya yang berusia tiga tahun membesar secara bermaruah dan mencari kerja seperti juga presiden,” kata Eid Attallah, 50, yang bekerja sebagai pemandu. – AP

Ulasan GB

Bukalah mata kamu wahai pemimpin Malaysia! Bahawa rakyat akan bangun juga akhirnya jika korupsi dan kezaliman terus berlaku dan selagi rakyat terus ditekan apabila kerajaan terus-terusan memperkudakan SPR, SPRM, Polis dan seumpamanya.










4 ulasan:

zuraimi berkata...

bila lah saat2 ni akan tiba kat sini...

aku angin gila dgn FRU kepala merah..

Chemen berkata...

saat itu pernah tiba sekitar tahun 1998/99, tapi mungkin kerana niat tak betul (kerana Anwar) lalu ia gagal menumbangkan pemerintah..

Tanpa Nama berkata...

Bukan niat tak betul masa tahun 98 tu, semua orang pun ada niat yg sama hendak menentang kezaliman dan kepincangan Mahathir. Semua orang pun benci Mahathir masa tu.

Tapi Anwar yg telah mengalihkan kemarahan pada pemerintahan Mahathir tu menjadi perkara personal untuk memperjuangkan diri dan agenda dia.

Tanpa Nama berkata...

Kau orang ni tak berpijak di bumi nyata. Reformasi jalalan 98 memang di sebabkan pemecatan Anwar. Sekarang ni kalau takde Anwar, keyakinan rakyat nak sokong akan menurun. Kalau Anwar tak bagus cari jalan untuk gunakan pengaruhnya yang masih berbaki. Jangan sibuk menyalahkan dia tetapi sebenarnya masih bergantung pengaruhnya.