Johor Bahru: Ada peminjam yang berhutang lebih RM100,000 ($42,084) kepada pemiutang haram, atau along, di Johor terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsai hutang.
Ia sebahagian daripada 100 laporan tentang ancaman along terhadap peminjam, yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta, yang diterima Biro Aduan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA) Johor Bahru sepanjang tahun lalu.
Ketua biro itu, Encik Michael Tay, berkata beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan pula berdepan risiko hilang perniagaan mereka yang dijadikan cagaran kepada along.
'Walaupun terpencil, kejadian peminjam terpaksa membiarkan isteri atau anak perempuan ditiduri along adalah ancaman sangat serius. Ancaman itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan berurusan dengan along,' katanya kelmarin.
Menurutnya lagi, peminjam mempunyai hutang tertunggak biasanya dipaksa pinjam daripada ceti haram lain bagi melunas hutang pertama, sehingga menyebabkan mereka menanggung hutang berlipat kali ganda dengan beberapa along.
'Dalam situasi itu, mangsa biasanya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menurut saja kerana tidak mahu di apa-apakan. Malah, ada peminjam dikehendaki mencagarkan perniagaan jika berhutang dalam jumlah yang besar,' katanya.
Beliau turut mendedahkan ada seorang pengedar akhbar meninggalkan perniagaannya dan lari ke luar negara kerana ketakutan selepas berhutang RM20,000 dengan lapan along. Lelaki 50 tahun itu membiarkan isteri dan dua anaknya berusia lima dan lapan tahun meneruskan hidup serba kepayahan. -bh

1 ulasan:
Sebenarnya hutang takde la sampai RM100 ribu. Mustahil Along nak bagi pinjam banyak tu. Yang jadi 100 ribu tu interest yang tidak masuk akal tingginya. Hanya Najib sahaja yang bersetuju interest sebanyak itu.
Catat Ulasan