15 Jan 2011

Utusan Gantung Kerja Presiden NUJ

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan digantung kerja mulai Isnin ini hingga proses siasatan dalam oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media selesai.

“(Saya) dah kena gantung kerja tak boleh pergi pejabat lagi dan tak boleh keluar dari rumah gua,” tulis Hata dalam SMS kepada Malaysiakini, pagi ini.

Hata enggan mengulas lanjut tetapi menghantar Malaysiakini sesalinan surat penggantungan kerja yang bertarikh 11 januari lalu.

“Setelah mengambilkira keadaan sekeliling dan keseriusan dakwaan salah laku tuan, maka Syarikat akan menggantung perkhidmatan tuan bermula dari 17 Januari 2 011 hingga proses siasatan dalaman terhadap tuan selesai,” petik surat yang ditandatangani oleh pengurus besar, jabatan sumber manusia, Utusan Melayu.

Menurut surat itu lagi, sepanjang tempoh penggantungan kerja, Hata tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis Utusan Melayu kecuali jika beliau dikehendaki hadir untuk memberi penjelasan atau mendapat kebenaran pihak syarikat terlebih dahulu.

Berada di tempat boleh hubungi

“Sila maklumkan kepada syarikat alamat terkini surat menyurat serta nombor telefon kediaman dan telefon bimbit sebelum tuan meninggalkan kawasan syarikat kepada ketua jabatan tuan.

“Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,” petik surat itu lagi.

Siasatan dalaman ke atas Hata dijadualkan bermula pada Isnin ini, jam 10 pagi.

Sebelum ini, Hata diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -MK

Ulasan GB


“Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,”


Ada yang tidak kena dengan arahan sedemikian.

Siapa Utusan yang boleh menghalang warganegara Malaysia daripada keluar dari tempat tinggal?

Apakah ia perintah mahkamah?

Kenyataan itu terlalu jelas melampaui undang-undang dan boleh diambil tindakan.

3 ulasan:

Awanama berkata...

Dengan Tindakan tersebut mengambarkan bahawa usia Utusan Melayau sudah sampai ke penghujung.

Pemergian Utusan akan diiringi dengan jenazah Parti Kebangsaan Melayau Bersatu.

Marilah kita sama-sama mentalkinkan pemergian mereka yg bertopengkan Melayu demi kepentingan mereka sendiri.

kembara putih berkata...

Macam negara komunis pula, komunis Melayu.

Awanama berkata...

utusan pembohong...lama dah x beli