4 Jan 2011

53 Tahun Selepas Merdeka, Gagalnya BN Di Sabah

BN Gagal Tunai Janji PRU12 Di Sabah

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) terutama sekali para wakil rakyatnya digesa agar bertanggung jawab terhadap pelbagai janji pembangunan yang pernah mereka janjikan kepada rakyat di sesuatu kawasan ketika mereka berkempen dalam pilihanraya umum kali ke-12 lalu seterusnya mengambil langkah langkah serius untuk menunaikan janji mereka itu sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar untuk PRU13 sepertimana yang diwar-warkan ketika ini.

Gesaan tersebut dinyatakan Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah ketika memberitahu Sabahkini.net sempena majlis rumah terbuka Krismas di kediamannya di Taman Tensan, Tenom, baru-baru ini.

“Kita juga gembira apabila jambatan Binaie sedang dalam pembinaan ketika ini walaupun kita hampir kecewa kerana janji pembinaan sudah tersasar lebih tiga tahun. Bagaimana pun kita berharap agar janji pembinaan pekan kecil Melalap dapat direalisasikan dalam tahun 2011 ini juga,” kata Jimmy.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa janji-janji pembangunan pesat Koridor Pembangunan Sabah (SDC) khususnya di wilayah tengah yang menfokuskan kawasan pedalaman meskipun perancangan dalam kertas SDC memang baik malah ia dilihat sebagai satu anjakan ekonomi kawasan pedalaman namun persoalannya bilakah ia mula dilaksanakan.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC Tenom turut menegaskan bahawa selain mereka (BN) pernah menjanjikan pembangunan bersaiz besar akan dilaksanakan namun pembangunan kecil-kecilan terutama sekali pembangunan infrastruktur yang dimusnahkan oleh bencana alam sekitar 2008, 2009 dan awal 2010 masih belum dibaiki lagi.

“Kita bersimpati bila rakyat meluahkan perasaan mereka kerana seolah-olah mereka dianaktirikan dari segi pembangunan. Sebagai contohnya, rumah kebudayaan yang ada di antaranya, atap bumbung diterbangkan oleh angin kencang dan tidak kurang juga ada yang hampir roboh tetapi terus terbiar walaupun JKKK di situ berulangkali meminta peruntukkan pembaikan,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Jimmy menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk memperkecil- kecilkan kewibawaan kerajaan BN dalam mentadbir negeri ini dan seterusnya kebertanggungjawaban pembangunan di seluruh kawasan, tetapi janji mereka mendahulukan rakyat sudah tidak bermakna lagi jika rakyat terus dikebelakangkan dalam serba-serbinya.

“Saya berani berkata semua itu kerana rakyat sering mengadu kepada saya sama ada secara lisan atau ‘SMS’ berhubung perkara perkara kepalsuan janji mereka sedangkan mereka adalah kerajaan yang bertanggung jawab soal pembangunan,” tambahnya lagi. -sabahkini.net

Ulasan GB

Setelah 53 tahun negara kita merdeka, semalam diberitakan ada murid-murid sekolah di Kampung Bongkud, Menggatal, Kota Kinabalu Sabah yang terpaksa berjalan sejauh lapan kilometer menempuh hutan belantara, jalan berlumpur dan melalui tiga batang sungai selama 2 jam untuk sampai ke sekolahnya, SK Tombongon.

Bagaimana situasi agaknya bila hari hujan? Tentulah lebih dasyat keadaan anak-anak ini. Tak sama dengan anak-anak di Semenanjung yang pergi balik ramai diantaranya di hantar kereta, malah ada yang siap dengan drivernya. Alangkah kasihannya kita lihat anak-anak kecil ini..

sabah mundur
Pictures by NST/ Datu Ruslan Sulai


1 ulasan:

Toshio (Zharfan) berkata...

Yelah, sudah 47 tahun Sabah masuk Malaysia, kehidupan cukup teruk dan tidak bernasib baik berbanding semenanjung.

Lebuhraya Pan Borneo pun teruk dan sempit, jalan cuma selorong macam jalan lama di semenanjung. Mana ada expressway di Sabah dan Sarawak.