4 Jan 2011

Majlis Angkat Sumpah Diteruskan.. Bermulalah Sketsa Perak 2

Istana Selangor teruskan majlis angkat sumpah SUK Khamis ini

Majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi Khamis ini akan diteruskan sebagaimana telah ditetapkan sebelum ini, kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini.

Munir berkata, majlis itu diteruskan kerana sepengetahuan Sultan Selangor, Khusrin telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Katanya, pada majlis tersebut akan diadakan upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Sultan Selangor.

Selain itu kata beliau, pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpah taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor, pelantikan Jaksa Pendamai Selangor, Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

“Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru,” kata beliau petang ini.

Majlis itu akan diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

“Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.

“Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor,” katanya.

Malah menurut Munir, berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Semalam, Khalid berkata sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor,” katanya.

Ulasan GB

Jika masih ingat, demikian kisah bermulanya episod rampasan Perak apabila istana meneruskan perlantikan MB daripada UMNO-BN.

Cuma kini ia dimulai dengan SUK.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umno/BN ni memang bangsat dari dulu lagi.

Tupun masih ada manusia yg ada hati nak berbaik2 dengan depa.....