Cekup khalwat sekali lagi
ALOR SETAR: Sepasang kekasih yang pernah dicekup berkhalwat di hotel murah di bandar raya ini November lalu, dicekup buat kali kedua di bilik sewa sebuah bangunan di Jalan Langgar di sini, malam kelmarin. Gambar fail.
Pasangan masing-masing berusia 19 tahun itu dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), yang menerima aduan berhubung kegiatan itu kira-kira jam 4 pagi ketika mereka nyenyak tidur.
Sumber Jaik berkata, pada mulanya lelaki itu cuba terjun melalui tingkap belakang balkoni setinggi empat meter untuk melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pegawai agama, namun gagal apabila diarahkan masuk semula ke dalam bilik di tingkat dua bangunan itu oleh anggota penguat kuasa.
“Lelaki yang berpakaian lengkap jeans dan baju-T itu akur dengan arahan anggota kami sebelum membuka pintu bilik berkenaan untuk membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Hasil siasatan menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap berada dalam bilik itu dan mereka mengaku tiada sebarang ikatan suami isteri atau hubungan mahram,” katanya.
Sumber berkata, lelaki terbabit berasal dari Titi Gajah di sini, manakala teman wanitanya dari Pumpong, yang terletak berhampiran dan bilik itu dipercayai disewa kakak angkat wanita berkenaan yang ketika itu tiada di bilik.
Difahamkan, wanita yang bekerja sebagai pembantu di kedai emas, di bandar raya ini dikatakan menghubungi teman lelakinya itu ketika kakak angkatnya keluar membeli makanan sebelum mereka dicekup berkhalwat.
Berdasarkan siasatan, pasangan terbabit pernah ditahan di sebuah hotel di Jalan Kampung Perak, di sini, November lalu dan kes masih dalam proses siasatan lanjut dan belum dibicarakan di mahkamah.
“Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.
Dalam kes berasingan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki Myanmar dalam sebuah rumah di Jalan Alor Mengkudu di sini, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.
Sumber Jaik berkata, pasangan terbabit dicekup berkhalwat oleh jemaah masjid di kawasan berkenaan apabila mengesyaki kegiatan maksiat di rumah itu sebelum menahan dan menyerahkan mereka ke IPD Kota Setar.
“Anggota kami mengambil keterangan daripada seorang jemaah masjid terbabit dan membuat laporan semula sebelum mengambil keterangan remaja perempuan itu dan pasangannya.
“Remaja itu mengaku sudah berhenti sekolah dan berkenalan dengan lelaki Myanmar yang bekerja sebagai buruh binaan sejak beberapa bulan lalu,” katanya. -hm

1 ulasan:
Bukan nak komen, tapi nak minta GB siarkan berita-berita yang lebih mencetus Minda yang bijak. Tak usahlah masukkan berita-berita Khalwat Malwat ni. Bosan!
Cukuplah sekadar Harian Matero dan Kosmo. Tak payahlah jadi mereka.
GB adalah sumber berita saya. Saya baca hari-hari. Tapi kalau dipenuhi dengan berita Khalwat ni....saya rasa seolah-olah merendahkan martabat GB saja.
Biarlah pencegah maksiat buat kerja they all. Ibarat telan Panadol - hilang sakit kepala tapi tak sedar yang sebenarnya ada barah otak.
Masjid kita penuh setiap solat Jumaat - sampai kena solat kat tepi longkang kalau lambat. Mungkin ini perlu lebih perhatian daripada nak beri perhatian kepada mereka yang memang nak buat maksiat.
Harap 2011 ini GB lebih mantap memberikan berita-berita yang menjana minda yang kreatif.
Thank you for being my source of news for nearly one year now.
Catat Ulasan