30 Dis 2010

Safee Sali Dinobat Pemenang Anugerah Kasut Emas


SAFEE bersama trofi penjaring terbanyak kejohanan yang diterimanya. malam tadi.


'Saya bersyukur dinobat pemenang Anugerah Kasut Emas'

PEMENANG Anugerah Kasut Emas, Mohd Safee Sali bersyukur dapat menjulang piala kejohanan buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun sejak diperkenalkan.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan yang mencipta peluang kepada saya,” kata Safee. “Pada awal kejohanan saya tidak yakin dapat menjulang piala ini, tetapi selepas beberapa perlawanan, keyakinan saya memuncak untuk muncul juara.”

Pada sidang akhbar selepas perlawanan malam tadi, Safee sekali lagi menyatakan kesediaannya menyertai kelab luar termasuk dari Indonesia sekiranya diberi tawaran.

“Sebagai seorang pemain profesional, saya akan menyahut cabaran bermain di luar Malaysia jika ada tawaran. Tetapi buat masa sekarang masih belum ada apa-apa tawaran,” katanya.

Safee berjaya meledakkan lima gol dalam kejohanan, termasuk satu malam tadi untuk muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF kali in.

Dalam perlawanan final kedua, malam tadi, Safee yang mendapat umpanan cantik daripada pemain sayap, Mohd Ashari Samsudin pada babak kedua permainan menyambut dan merembat deras menggunakan kaki kiri. Tetapi usahanya gagal membantu Malaysia menang selepas lawan membalas dua gol Mohd Nasuha dan Muhammad Ridwan. -BH


Safee tak sangka

SAFEE bangga dengan gelaran sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

JAKARTA – Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali mengakui yang dia tidak menyangka akan membawa pulang trofi selaku penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010.

Safee, 26, gagal menjaringkan sebarang gol ketika aksi peringkat kumpulan di sini dari 1 hingga 7 Disember lalu.

Namun, penyerang Selangor kelahiran Kajang itu meledak dua gol ketika separuh akhir pertama menewaskan Vietnam 2-0 dan dua gol ketika final pertama menewaskan Indonesia 3-0 di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Pada final kedua di sini malam tadi, Safee memastikan gelaran penjaring terbanyak menjadi miliknya apabila menjaringkan satu gol biarpun Malaysia tewas 1-2.

“Sepanjang sebulan kejohanan ini, saya sentiasa berusaha keras untuk meningkatkan prestasi.

“Apa pun, ini semua terhasil menerusi usaha dan kerjasama sepasukan yang telah membantu saya menjaringkan lima gol sepanjang kejohanan ini,” kata Safee pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Safee kini berstatus peledak paling berbisa di Asia Tenggara mengetepikan penyerang Indonesia, Cristian Gonzales yang sekadar mengumpul tiga gol di tempat kedua senarai penjaring terbanyak.

Bagi anugerah pemain paling bernilai (MVP) untuk kejohanan kali ini, ia menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina biarpun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti malam tadi.

Firman membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM30,951).

Sementara itu, selaku juara, Malaysia berjaya meraih wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM309,510) manakala Indonesia yang menjadi naib juara menerima habuan AS$50,000 (RM154,755).

Sepanjang lapan edisi kejohanan, hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand, Singapura, Vietnam dan terbaru Malaysia. -kosmo


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya pemain paling bernilai adalah penjaga gol yang berjaya menyekat sepakan Firman.... Khairul Fahmi... tapi apa pun kasi can la kat depa..


Fahmi tetap cemerlang di mata penonton

zuraimi berkata...

keeper hebat, defender hebat & striker hebat... cuma midfield je belum sempurna.... kena tingkatkan area tu... baru boleh pergi jauh...lagi...

Tanpa Nama berkata...

keeper mmg hebat!!

wa salute lu la fahmi!