30 Dis 2010

[Bergambar & Video] Tahniah Malaysia, Akhirnya Indonesia Akur Kehebatan Pasukan Negara

Media indonesia yang walaupun sebelum ini telah melaporkan secara sinis, malah menerbitkan tulisan bernada provokatif terhadap pasukan Malaysia, namun kini mereka akur kehebatan Malaysia disamping mengucapkan tahniah di atas kejayaan negara menjulang trofi Piala AFF suzuki 2010.

Ucapan tahniah kepada Malaysia atas keberhasilan mereka dalam menjulang trofi Piala AFF 2010 akhirnya menggema di dunia maya. "Congratulation Malaysia" kini masuk dalam daftar trending topics Twitter atau topik paling popular yang sedang menjadi perbincangan, demikian tulis komps.com

Malaysia menjadi juara Piala AFF untuk kali pertama setelah menang skor agregat terhadap pasukan Indonesia, 4-2. Dalam perlawanan final pertama di Stadiun Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Minggu (26/12/2010), Malaysia menang 3-0. Sementara itu, pada perlawanan final kedua di Stadiun Utama Gelora Bung Karno, Indonesia menang 2-1.

Tidak sedikit pengguna Twitter Indonesia yang juga akur memberikan ucapan tahniah kepada Malaysia. Pengguna Twitter dari Indonesia yang sebelum ini berang dan sempat memaki-maki Malaysia, namun, malam ini banyak yang menerima hakikat mengenai kehebatan Malaysia.

Rio Ferdinand mengucapkan kepada pasukan Malaysia yang berhasil menjulang trofi Piala AFF 2010.

"Tahniah kepada Malaysia yang berjaya mengalahkan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya bermain melawan pasukan U-23 Malaysia 18 bulan lalu, pasukan yang amat baik," tulis Ferdinand dalam bahasa Inggeris di akaun Twitter-nya, @rioferdy5.

Rio Ferdinand memang termasuk diantara yang aktif menggunakan Twitter untuk berkomunikasi dengan para penggemarnya. Kini, jumlah follower-nya sudah mencapai 339,164 orang. Bahkan ia disebut sebagai "Raja Twitter" oleh salah satu media Inggeris.


Penantian 14 tahun berakhir

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama selepas menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.

Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.

Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi.

Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya.

Ia bermula apabila Indonesia memperoleh sepakan sudut pertama pada minit kelapan diikuti ketika sepakan percuma pada minit ke-12 dan satu lagi sepakan sudut seminit kemudian.

Namun, Khairul Fahmi membuktikan dirinya tidak selembik penjaga gol Indonesia, Markus Harison yang 'alah' dengan pancaran laser ketika aksi final pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.


Permainan hampir berubah menjadi milik Indonesia apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu ketika berlaku pergelutan di depan pintu gol. -kosmo














Laporan sebelum ini

[Bergambar & Video] Malaysia Juara Piala AFF Suzuki, Jumaat Diisytihar Cuti Umum

Tiada ulasan: