30 Dis 2010

Kedah Sediakan Tanah Untuk Rumah Transit Mangsa Kebakaran

Kedah Sedia Bina Rumah Transit Untuk Mangsa Kebakaran Di Bukit Malut

Gambar: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak (dua kiri) menyampaikan sumbangan kerajaan Kedah sebanyak RM500 kepada salah seorang mangsa kebakaran di Bukit Malut di sini, hari ini.

Kerajaan Kedah sedia membina rumah transit kepada mangsa kebakaran di kawasan penempatan Bukit Malut di sini semalam sekiranya mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

"Kita tiada masalah untuk membina pada bila-bila masa sekiranya mendapat persetujuan MKN kerana penduduk kawasan Bukit Malut adalah di bawah pengawasan MKN," katanya kepada pemberita selepas manyampaikan sumbangan kerajaan Kedah sebanyak RM500 kepada mangsa terbabit di Bukit Malut di sini pada Rabu.

Kebakaran 59 buah rumah di sini menyebabkan 260 orang kehilangan tempat tinggal.

Azizan berkata kerajaan negeri akan menyediakan sebidang tanah di Langkawi untuk pembinaan rumah transit itu kerana kawasan yang mereka duduki sekarang dimiliki tiga pemilik termasuk Permodalan Kedah Berhad (PKB).

Pada masa ini, mangsa-mangsa itu ditempatkan di khemah sementara dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan makan minum mereka. Sebelum ini, mereka ditempatkan di surau dan rumah keluarga.

-- BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukit malut ni kawasan melayu burma, mereka nilah yg dok pangkah bn pada tiap2 kali pru, meraka ni dibawa masuk utk memenangkan calon bn, kita orang langkawi, kita tau, yg bawa masuk, tun mahathir, bapak angkat orang burma