Tokoh PKR tewas dalam pemilihan MTUC
Gambar: MOHD Khalid dijulang selepas diumumkan sebagai Presiden baru MTUC di Petaling Jaya, semalam. -BH
Mohd Khalid Atan dipilih sebagai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) setelah mengalahkan penyandang jawatan itu Syed Shahir Syed Mohamud.
Khalid mendapat 255 undi manakala bekas bosnya mendapat 213 undi.
Sementara regu Khalid, Abdul Halim Mansur juga memenangi kerusi setiausaha agung, mengalahkan regu Syed Shahir, Abdullah Sani Abdul Hamid dan J Solomon.
Abdul Halim mendapat 188 undi manakala Abdullah dan Solomon masing-masing 165 dan 117 undi. Sebanyak 479 dikira hari ini.
Kedua-dua Syed Shahir dan Abdullah Sani merupakan anggota PKR. Syed Shahir merupakan anggota majlis pimpinan pusat manakala Abdullah Sani merupakan anggota parlimen Kuala Langat.
Selepas menerajui MTUC selama dua penggal, Syed Shahir berdepan kritikan kerana membawa pengaruh pembangkang dalam MTUC, menyebabkan ia semakin dijauhi oleh kerajaan pusat. -mk
Ulasan GB
PKR berpenyakit, tetapi tak menerima nasihat ahli-ahlinya. Umpama seorang tua yang sudah terlantar yang enggan mendengar nasihat anak-anaknya supaya berubat di hospital.
GB melihat trend sokongan yang menurun terhadap PKR di kalangan rakyat dan jangan sampai PKR menjadi liabiliti untuk Pakatan Rakyat di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.
Mujur masih ada yang berani bersuara di dalam PKR - itu gerombolan anak muda yang menjadi harapan menggantikan pelekok-pelekok di dalam PKR yang perasan diri mereka bagus sangat.
GB dan rakyat marhaen bersama dengan gerombolan anak muda ini, bukan bersama pemimpin mereka yang penipu, angkuh dan sombong.

Syed Shahir dapat 213 undi gagal pertahan kerusi disandang 2004
PETALING JAYA: Syed Shahir Syed Mohamud gagal mempertahankan jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) buat penggal ketiga apabila tewas kepada timbalannya, Mohd Khalid Atan dalam pertemuan satu lawan satu pada persidangan perwakilan MTUC yang berlangsung di Bangunan Peladang di sini, semalam.
Beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2004 mendapat 213 undi manakala pencabarnya, Mohd Khalid yang buat pertama kali bertanding jawatan Presiden MTUC menerima 255 undi.
Mohd Khalid yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkayuan Malaysia menyandang jawatan Timbalan Presiden MTUC untuk tempoh sepenggal pada 2007 sebelum membuat keputusan bertanding kerusi nombor satu MTUC.
Bagi jawatan Setiausaha Agung MTUC yang menyaksikan cabaran tiga penjuru, Abdul Halim Mansor yang sebelum ini menyandang jawatan timbalan setiausaha agung selama 12 tahun menerima 188 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid (165) dan J Solomon (117).
Perebutan jawatan Timbalan Presiden MTUC yang turut menyaksikan persaingan tiga penjuru dimenangi oleh Mohd Jafar Abd Majid daripada Kesatuan Pekerja Telekomunikasi (NUTE) yang menerima 170 undi manakala dua lagi calon iaitu P Maniyam (157) dan Abdul Razak Md Hassan (140).
Persidangan selama dua hari bermula kelmarin dihadiri seramai 475 perwakilan daripada 119 kesatuan gabungan MTUC, antara lain turut menyaksikan hampir 80 peratus jawatan tertinggi MTUC dimenangi oleh kumpulan bekas setiausaha agung, G Rajasekaran.
Sementara itu, Mohd Khalid berkata, beliau akan memastikan kepemimpinan baru yang dipilih perwakilan semalam, akan terus berjuang membela nasib pekerja di negara ini.
“Jika sebelum ini wujud dua kumpulan dalam MTUC, selepas ini kita perlu bersatu-padu demi membela nasib pekerja dan saya akan terus membuat yang terbaik untuk MTUC serta menyelesaikan beberapa masalah pekerja yang tertangguh,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Shahir berkata, beliau tidak kecewa apabila gagal mempertahan jawatannya sebaliknya mahu kepemimpinan baru terus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
“Saya menghormati keputusan perwakilan dan selama enam tahun memegang jawatan Presiden MTUC, saya beri sumbangan terbaik kepada pekerja di negara ini, sama ada mahu bertanding atau tidak pada masa hadapan, saya belum membuat sebarang keputusan,” katanya.
Rajasekaran yang membuat keputusan untuk tidak lagi mempertahankan kerusi setiausaha agung selepas 17 tahun mendudukinya, berkata beliau sungguh gembira dengan keputusan semalam dan yakin kepemimpinan baru akan terus membela nasib pekerja di negara ini. -BH
Ulasan GB
PKR berpenyakit, tetapi tak menerima nasihat ahli-ahlinya. Umpama seorang tua yang sudah terlantar yang enggan mendengar nasihat anak-anaknya supaya berubat di hospital.
GB melihat trend sokongan yang menurun terhadap PKR di kalangan rakyat dan jangan sampai PKR menjadi liabiliti untuk Pakatan Rakyat di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.
Mujur masih ada yang berani bersuara di dalam PKR - itu gerombolan anak muda yang menjadi harapan menggantikan pelekok-pelekok di dalam PKR yang perasan diri mereka bagus sangat.
GB dan rakyat marhaen bersama dengan gerombolan anak muda ini, bukan bersama pemimpin mereka yang penipu, angkuh dan sombong.
4 ulasan:
Jgn sampai dah terlungkup nanti baru nak sedar. Bila dah tertiarap nanti bukan mudah utk bangun semula. Mungkin kena tunggu 50 tahun lagi. PKR & PAS mesti belajar tentang human behaviour supaya mereka boleh mengenalpasti kehendak rakyat. Kebanyakan ahli politik ni tak belajar tinggi. Sebab tu mereka syok sendiri tanpa sedar kehendak rakyat. Skrg dah dengar semula ttg kerajaan perpaduang. Hei HADI... letak jawatan. Rakyat benci kamu. Hanya ahli pas yg hardcore TERPAKSA WALAK pd kamu. Ingat... kami tak akan akan bersimpati kpd kamu semua bila dah terlungkup atas sebab2 kebodohan kamu semua? Kami peduli apa pd pemimpin yg terlungkup tanpa peduli kehendak rakyat. Kalau dah terlungkup kami hanya mampu ucapkan... INNALILLAH...
Saudara GB,
Penipu besar yang jelas kau tak lawan. AKU percaya kau memang mahukan PR yang kuat tetapi belum pun PR menjadi kuat, kau dah tok dalang menghancurkannya. TETAPI kau selalu kata kau berkehendakkan keadilan. Kenapa kau tak cuba menjatuhkan BN dulu? Kenapakah pada waktu ni, kau sentiasa menghina, mecaci dan memandang rendah pemimpin PR sedangkan kau tahu bahawa musuh utama di mata depan ialah BN.
Perbuatan dan kata-kata kita mesti seiring sejalan. Kita wajib jelas dengan matlamat hidup ini. Siapa yang harus disingkirkan? Adakah UMNO lebih baik daripada PKR? AKU kekadang mengesyaki kejujuran anda walaupun ramai yang memuji kau. AKU bukan orang politik dan AKU juga bukan ahli mana-mana parti politik. AKU hanya seorang rakyat marhaen Malaysia yang ingin melihat perubahan berlaku terutamanya menyingkir "perompak" yang berlesen dan pengkhianat bangsa kita. Bagi AKU, BN mesti dikuburkan dulu. Kau bagaimana?
cumi manzui tu bangang GB, tak payah layan.
harimau dengan buaya sama bahaya lah be.
Kalau dah penipu, tak kira dalam atau luar Pakatan, mesti ditentang dan dilawan habis-habisan.
Kepada anonymous Dec 31, 2010, 7.22 pm.
Hanya manusia yang pengecut macam kau dan tiada wawasan sahaja berselindung disebalik anonymous. AKU tahu kau ni penyokong BN, datang ke laman ni hanya untuk kacau daun aje.
Ini ialah hal antara AKU dengan GB, antara dua orang sahabat yang berbincang untuk kebaikan PR. AKU tidak pernah dengki pada GB malah AKU menyanjungi tindakan berani GB. Yang AKU ingin tahu dari GB ialah adakah tindakan GB tu wajar ketika kita berdepan dengan BN? Ingat pepatah Melayu kita, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh." kecualilah kalau kau tu bukan Melayu.
Catat Ulasan