24 Dis 2010

Populariti Najib Merudum - Pilihanraya Awal Batal, Nasihat APCO Mungkin Diperlukan

Populariti Najib jatuh selepas kenaikan harga

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merosot kepada 69 peratus - jatuh tiga mata berbanding dengan 72 peratus pada bulan Mei.

Tempoh kajiselidik - 30 November hingga 11 Disember - juga termasuk waktu pengumuman pemotongan subsidi kerajaan untuk bahan bakar, gas masak dan gula.

Populariti Najib jatuh ke tahap yang sama yang dicatatkan oleh badan kajiselidik bebas, Merdeka Centre, pada bulan Mac tahun ini.

Dalam kajiselidik terbaru Merdeka Centre, rating tertinggi datangnya dari responden kaum India, sepertimana yang dicatatkan sepanjang tahun ini.

Ia meningkat daripada 80 peratus pada bulan Mei kepada 85 peratus pada Disember, tetapi sokongan kaum India kepada Najib bagaimanapun lebih rendah daripada rekod tertinggi 91 peratus yang dicatatkan pada Mac tahun ini.

Bagaimanapun, sokongan orang Melayu kepada Najib merosot (daripada 77 peratus kepada 74 peratus) serta kaum Cina (daripada 58 peratus kepada 54 peratus).

Kajiselidik Merdeka Centre itu membabitkan 1,005 pengundi berdaftar yang dipilih secara rawak berusia 21 tahun ke atas.

Ia dijalankan melalui telefon antara 30 November hingga 11 Disember.

Populariti Najib itu mengesahkan bahawa beliau masih merupakan aset utama dalam kempen pilihan raya BN.

Kadar rating yang diperolehinya ketika mengambil alih teraju pemerintahan ialah 44 peratus, sewaktu ekonomi mengalami kelembapan, di samping terdedah kepada berita-berita buruk. -mk

Ulasan GB

Sepastinya sebarang rancangan awal untuk pilihanraya jika ada, terpaksa ditunda. Talian hayat, khidmat konsultan APCO mungkin digunakan untuk UMNO "mintak nyawa"....

2 ulasan:

Awanama berkata...

najib??? sape tu? mcm pnah dga je..

Awanama berkata...

MACAMANA BOLEH JD PM NIH? KEJAP NAIK KEJAP TURUN KEPERCAYAAN ORG RAMAI...

OHH! DIA MASIH BARU, BIASANYA ORG BARU NI GELOJOH, NAIK BARANG ITU, NAIK BARANG INI..SEBAB TU ORG MAKIN MELUAT!!!ATAU 1 MESIA DIA TAK LAKU KOT?