Selepas diisytihar sebagai negeri maju pada 20 Okt, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan visi beliau menjadikan Melaka “Negeri Hijau” menjelang 2020.
Ketika menjelaskan lanjut usaha hijaunya kepada Berrnama, Ketua Menteri yang berpandangan jauh ini bukan sahaja menceritakan beberapa inisiatif untuk merealisasikan matlamatnya menjadikan Melaka negeri hijau dalam tempoh sedekad ini, tetapi juga menarik perhatian kepada usaha hijau yang sedang dilaksanakan.
Mohd Ali mahu melihat inisiatif ini menampakkan hasil dalam masa sesingkat dua tahun dan semangat dan komitmen kerajaan negeri boleh dilihat apabila menggunakan warna hijau pucuk pisang sebagai warna tema untuk majlis rasmi anjuran kerajaan negeri.
“Saya mahu lihat kita manfaatkan dulu tenaga solar, di negara-negara yang membangunkan teknologi hijau yang saya lawati, tenaga solar merupakan antara tenaga utama yang mereka manfaatkan,” katanya.
Dengan kenyataan itu tidak hairanlah inisiatif transformasi pertama dan kedua Mohd Ali berkisar kepada pembangunan tenaga solar dengan transformasi pertama melibatkan usaha “menuai” tenaga solar secara besar-besaran.
Mohd Ali yakin dalam masa dua tahun, Melaka dapat membangunkan sebuah “solar farm” di mana di kawasan ini akan didirikan panel solar dalam kuantiti yang banyak dan mampu menuai tenaga solar untuk menjana tenaga elektrik.
“Masa itu Melaka akan dapat membekalkan tenaga elektrik sendiri kepada rakyatnya dan jika ada lebih, kita boleh jual kepada negeri lain melalui grid Tenaga Nasional, ini boleh tambahkan pendapatan negeri pula,” katanya.
Aspek transformasi kedua melibatkan penuaian tenaga angin untuk menjana elektrik di negeri ini.
Kerajaan negeri sedang melihat kemungkinan membina kincir angin untuk menjana tenaga elektrik di Pulau Besar, satu daripada pulau yang sedang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan di Melaka.
Bagaimanapun lokasi kincir angin dan panel solar ini bergantung kepada kesesuaian tempat dan ini bergantung kepada kajian yang dilakukan, katanya.
Dengan penggunaan tenaga yang diperbaharui seperti solar dan angin, pengurangan pelbagai jenis kos jangka panjang yang terlibat dalam penjanaan tenaga elektrik boleh dikurangkan sehingga 30 peratus.
Transformasi ketiga yang dibayangkan Mohd Ali ialah membangunkan teknologi hijau bagi membantu kehidupan seharian rakyat, menjadikan kehidupan mereka lebih mudah dan selesa.
Ketua Menteri itu berkata transformasi ini sudah pun dilakukan di mana rumah-rumah di negeri ini sudah mula dipasang panel solar sama ada untuk menjana tenaga elektrik atau tenaga haba.
“Tetapi saya hendak setiap rumah di Melaka guna panel solar dalam tempoh dua tahun, kita juga hendak lihat rumah-rumah tradisional Melaka ada panel solar di bumbung seperti yang kami cuba hendak buat di perkampungan Hang Tuah,” katanya.
Perkampungan Hang Tuah di Duyong di sini ialah kawasan kampung asal Laksamana Hang Tuah dan bakal dibangunkan dengan bertunjangkan teknologi hijau untuk menjadi satu lagi produk pelancongan yang bakal menarik lebih ramai
pelancong ke Melaka.
Transformasi keempat pula melibatkan pengangkutan di Melaka dengan teknologi hijau atau kenderaan hybrid menguasai bilangan di jalan raya.
Kenderaan hybrid menggunakan dua kuasa enjin untuk bergerak seperti petrol-elekrik, petrol-hidrogen dan diesel-elektrik. Kenderaan jenis ini telah digunakan di serata dunia.
“Melaka sudah mula mengorak langkah ke arah ini dan satu daripada projek kami ialah pembangunan monorel di Sungai Melaka, dan beberapa kenderaan tradisional seperti beca dipasang dengan panel solar,” katanya. – Bernama
Ulasan GB
Dulu KM Melaka ini cukup fobia dengan warna hijau sehinggakan ada sekolah dan surau diharamkan beratapkan hijau. Karpet surau dan masjid pun jangan ada yang berwarna hijau, tukar semua jadi warna biru. Malah pelajar-pelajar sekolah agama JAIM yang bersampin hijau waktu itu telah ditukarkan kepada warna biru gelap (warna BN). Jika boleh daun-daun di pokok yang banyak itu hendak ditukarkan warna dari hijau kepada biru.
"Kini baru dia tahu warna hijau adalah warna kemajuan, warna biru gelap masa depan," kata Ustadz Kamaruddin, Ketua Pemuda PAS Melaka.
Dari satu perspektif, langkah Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk melaksanakan "Go Green" itu adalah tepat. Melaka negeri yang paling banyak membazirkan wang rakyat. Sebut apa saja projek Ali Rustam di negeri Melaka.... Eyes of Malaysia... gagal... monorel tersangkut di hari pertama pelancarannya
Melaka perlu berhijrah, hijrah untuk kemajuan, hijrah untuk perubahan, hijrah untuk mengembalikan Melaka yang pernah satu ketika dulu dikenali sebagai pusat penyebaran Islam di nusantara ini, hijrah untuk memerdekakan pemerintahan negeri kepada sistem yang mendapat keberkatan dari Maha Pencipta...
Melaka kini satu-satunya negeri di Semenanjung yang tidak ada wakil rakyat dari PAS. Benar. Orang kata, Melaka berhantu UMNOnya... Namun, KM Melaka itu sendiri tidak mengetahui apa yang direncanakan itu adalah terliput di dalam perencanaan besar dari Maha Pencipta.
GO GREEN adalah simbolik kepada perubahan. Perubahan bukan sahaja untuk menjadikan Melaka negeri yang maju di dalam aspek material tetapi juga di sudut ukhrawi. Namun, ia hanya berjaya apabila sistem pemerintahan berada di tangan orang yang bersih aqidahnya, berada di peribadi pemimpin yang mengabdikan diri kepada Allah, di pimpin oleh parti yang memperjuangkan kalimat Allah untuk mengajak manusia beriman dan bertaqwa.
Dan sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) maka Kami siksa mereka disebabkan apa yang mereka perbuat. Al A’Raaf 96
Dari satu segi, PAS sedang dibantu Allah untuk diserahkan sebagai pewaris negeri yang telah banyak dirosakkan oleh UMNO BN selama ini.
Allah swt berfirman: “Akan Aku wariskan bumi ini kepada hamba-hamba-Ku yang soleh (bertaqwa).” (Al Anbiya: 105)
Greenboc berdoa dan menunggu saat itu, insyaAllah

2 ulasan:
ali ni ckp je sng la..nnt projek2 2 dpt kt sape..kroni2 dye jgk..duet rakyat puseng2 kt diorang je..semue projek kt melaka mesti ada defect..buat asal boleh..tp dari perspektif lain, semua ni bole memajukan org tempatan yg nk majukan diri..ble plancong byk masok,mcm2 bisnes bole dibuat..tp 2 la.ali ni visionary sgt.sume nk cepat.x tau ape dye kejar.nk jd PM kot
Satu perkara yang sangat menarik perhatian,Dgn pengistiharan Melaka Negeri Maju ialah harga makanan yang naik mendadak, Makan Nasik Lemak kosong dgn ayam RM5 campur teh tarik RM1-50 jadi RM6-50, sama dengan harga Nasik lemak di Restoran Damansara. Taman Tun atau di Bangsar,.
Yang sedih nya peniaga Nasik Lemak di Melaka hanya di warung atau paling standard di Gerai Makan berhampuiran Tandas Awam Pantai Klebang.
Anda jgn terperanjat jika anda sekeluarga(Suami isteri dan dua anak) makan pagi di tempat tempat begini di Melaka, anda akan membayar tidak kuarng dari RM25 ke RM30.
Sudah lah begitu, kualiti atau rasa makanan nya macam adik adik kita yang berumur 12-13 tahun baru belajar memasak.Bayangkan lah.
Mengenai Politik, PAS masih perlu bekerja kuat ini berdasarkan tinjauan Sya.orang Melaka terutama bekas bekas Tentera yang kebanyakan nya mengusahakan Gerai(Bekas Tukang Masak Tentera) dan pengutip barang barang buangan di Tong Tong Sampah masih taat dgn Ala Tentera dan senantiasa memuji Ali Rustam.
Jadi harapan dan Impian PAS untuk menguasai Melaka pada PRU13, perlu mentarbiyah agar Masjid atau surau di kunjungi ole org.ramai ahli qariyah., kerana ada surau waktu Isa,hanya Tuan Imam dan dua tiga jemaah yg.kebetulan singgah saja yang ada .
Walhal Kedai Jual ABC berhampiran Surau Penuh dgn Kenderaan dan orang ramai yg.mengabaikan Azan serta waktu Sembahyang.
Jgn Maree!
Catat Ulasan