18 Dis 2010

Boikot Sidang Parlimen, Kaji Implikasinya Dahulu

Pakatan diminta boikot sesi Parlimen dipengerusi Pandikar

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Pakatan Rakyat disyor timbang kemungkinan memulau persidangan Dewan Rakyat sesi akan datang yang dipengerusikan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) ekoran penggantungan empat wakilnya Khamis lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bercadang mengemukakan saranan itu kepada kepimpinan Pakatan Rakyat bagi menyampaikan “mesej protes yang keras” kepada Pandikar agar tidak bertindak bias selaku ketua Dewan Rakyat dan sewenang-wenangnya “membuli” wakil rakyat pembangkang.

Lazimnya perjalanan Dewan Rakyat dipengerusikan secara bergilir-gilir oleh speaker dan dua timbalannya.

Dua timbalannya merupakan anggota Dewan Rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, cadangan itu hanya membabitkan mana-mana sesi yang dipengerusikan oleh Pandikar.

“Saya akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, kemungkinan ketika konvensyen Ahad ini (esok) atau pada mesyuarat Pakatan akan dating . . . kita kena menyampaikan mesej yang tegas kepada Tan Sri Pandikar agar wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak dibuli,” kata beliau.

Yang Dipertua PAS Shah Alam ini menyampaikan idea itu ketika berceramah di Puchong semalam.

Ketika dihubungi, Khalid berkata, apa yang berlaku pada hari-hari terakhir sidang Dewan Rakyat terbaru menunjukkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat seolah-olah dibuli dan tidak dihormati sebagai barisan yang mempunyai satu pertiga kerusi di Parlimen.

Dewan Rakyat akan bersidang semula mulai awal Mac depan di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan.

“Mereka kena ingat Pakatan Rakyat ada satu pertiga kerusi di Parlimen . . . tapi mereka nak buli, nampak jelas Speaker pilih kasih kepada BN dengan kenyataan-kenyataan sinis seperti 'bercita-cita mahu ke Putrajaya . . . kata-kata ini tidak harus keluar daripada seorang speaker,” kata Khalid yang menegaskan Pandikar selaku Speaker Dewan Rakyat perlu bertindak berkecuali demi integriti Parlimen.

Oleh itu kata Khalid, beliau berharap Dewan Rakyat mempunyai seorang speaker yang benar-benar adil kepada semua parti.

“Kita memerlukan seorang speaker yang boleh memastikan perjalanan Dewan Rakyat yang adil dan dengan baik,” katanya.

Pakatan Rakyat juga bercadang mengambil tindakan ke atas Pandikar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazi Aziz ekoran penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, R Sivarasa dan Azmin Ali.

Bagaimanapun menurut Nazri, cadangan tindakan mahkamah terhadap Pandikar tidak akan berjaya.

Nazri, menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, yakin sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah ia akan ditolak oleh mahkamah kerana Parlimen mempunyai “kekuasaan” yang tersendiri.

Dewan Rakyat pada Khamis lalu meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan tidak benar yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Turut digantung enam bulan ialah tiga lagi anggota Parlimen pembangkang, iaitu Karpal, Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.

Pandikar mempengerusikan sesi yang menyaksikan keempat-empat mereka digantung. -TMI

Ulasan GB

Ia mungkin satu cadangan yang baik tetapi kena kaji implikasinya sebab ia sama sekali tidak akan menghalang persidangan dewan rakyat dijalankan dan apa-apa rang undang-undang dibentangkan untuk pindaan. Jika itu berlaku bererti apa saja rang undang-undang yang dibentang akan diluluskan tanpa sebarang bantahan dari PR.

Kedua, ia akan dijadikan oleh UMNO BN untuk melakukan backfire semula kepada PR semasa kempen pilihanraya, bahawa, anggota parlimen PR makan gaji buta.

4 ulasan:

Amuraria berkata...

YA BOIKOT DEWAN BAGUS TAPI KALU BOIKOT LAGI MENYALAK LA NANGOI-NANGOI UMNO@APCO MACAM BABI GILA LA BOLEH DAPAT MODAL MACAM TN GB KATA PR MAKAN GAJI BUTA.
BOIKOT SANGAT UMNO@AOCO SUKA & MAU JADI KENA HADIR JUGA WALAU ADA PAK PANDIR AMIN JADI LEMBU CUCUK HIDUNG UMNGOK KUASAI & MEMBULI PEMBANGKANG DEMI MENJAGA TEMBOLOK ...

Tanpa Nama berkata...

Parlimen 1 Malaysia sudah tidak adil lagi.

Tanpa Nama berkata...

dewan yang mulia sudah jadi dewan dirimba yang pengerusikan oleh tarzan malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Dengan berlakunya peristiwA gantung ahli parlimen PR maka adalah jelas PR wajib mengambil alih pentadbiran putrajaya. Jangan biarkan mereka mentadbir negara ini lebih lama.