24 Dis 2010

Ahli Perniagaan Dibelasah Polis, Akan Tuntut Keadilan

Ahli perniagaan ‘dibelasah’ polis mahu tuntut keadilan

Tidak cukup dengan duitnya ‘dicuri’ anggota polis, seorang ahli perniagaan menjadi mangsa sekumpulan polis yang membelasahnya gara-gara kerana tidak mempamerkan cukai jalan yang tamat tempoh di skrin kereta.

Chia Buang Hing, 34 tahun peniaga bingkai lukisan yang memandu kereta jenis Proton Waja milik isterinya pada 18 Disember lalu, mendakwa dipukul 11 anggota polis dan menanggung kerugian lebih dari RM13,000.

Mangsa turut mengalami kecederaan fizikal di mata kanannya dipukul ekoran enggan menyerahkan sejumlah wang yang dimilikinya.

Mangsa ketika kejadian itu, dalam perjalanan ke kedainya di Kota Damansara ditahan sekumpulan anggota polis dalam sekatan jalan di kawasan tersebut.

Chia yang menyedari cukai jalan telah tamat tempoh kemudian meminta untuk disaman atas kesalahan itu, namun anggota polis yang menyeluk seluarnya menyedari beliau memiliki sejumlah wang.

"Dua anggota polis menumbuk saya"

"Apabila dia nampak kad VIP Kelantan saya, seorang anggota polis berkata, awak Kelantan istana banyak besar, banyak besar. Saya cuba ambil gambar anggota polis dengan telefon bimbit saya dan kemudian dua lagi anggota menumbuk saya secara bertubi-tubi.

"Saya digari dan dibawa masuk ke dalam kereta polis sehingga ke balai polis Dataran Sunway. Di balai itu, saya terus dipukul oleh tujuh anggota sehingga muntah darah dan mengalami kecederaan," katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Taman Tun Datuk Ismail pagi ini.

Mangsa turut ditemani ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan peguam Ricky Tan Seng Cheong.

Katanya, beliau yakin dapat mengecam 10 daripada 11 anggota polis yang membelasahnya itu.

"Saya turut dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui dan mendengar perbualan polis yang mahu menolak saya. Saya dengar suara polis kata mau tolak lu mati, masa itu saya sudah muntah darah dan berbuih di mulut.

"Saya boleh cam anggota polis"

"Saya dibelasah dari jam 11 malam hingga 3 pagi 19 Disember itu. Saya yakin dapat mengecam 10 daripada 11 anggota polis itu. Saya juga boleh cam lima orang polis di IPD Petaling Jaya, serta lima lagi yang pukul saya dalam lori polis. Mereka semua memakai uniform ketika kejadian," katanya.

Chia pada 19 Disember dibawa ke mahkamah Petaling Jaya dan direman selama empat hari, namun dilepaskan melalui jaminan mulut pada 22 Disember.

Sementara itu, Lim yang mewakili mangsa berkata kesal dengan tindakan sekumpulan polis terbabit malah keengganan majistret untuk mengambil aduan Chia.

Beliau yang turut menemani mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara petang semalam, turut menuntut beberapa perkara.

"Kami menuntut beberapa perkara antaranya; tidak mahu pihak Ibu Pejabat Petaling Jaya mengambil kes ini; mangsa mahu membuat kawad cam; pihak majistret perlu disiasat; kereta mangsa dipulangkan semula serta duit yang dicuri itu," katanya. -FMT


Polis siasat dakwaan lelaki dipukul di balai

KUALA LUMPUR -- Polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki kononnya dia dipukul beberapa anggota polis di balai Dataran Sunway pada Sabtu lepas menyebabkan kedua-dua matanya lebam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh Chua Buang Hing, 34, yang turut mendakwa dia ditumbuk oleh tiga anggota polis lain sebelum itu.

Chua memberitahu pemberita hari ini bahawa pada 11 malam Sabtu lepas, beberapa anggota polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya di Petaling Jaya Utara telah menahan keretanya kerana tidak mempamerkan cukai jalan.

"Saya telah akui kesilapan saya kerana tidak menampal cukai jalan yang baru dihidupkan dan rela disaman. Saya terkejut seorang anggota polis itu terus menyeluk poket saya yang mengandungi RM7,000 dan meminta wang saya, namun saya tidak mahu memberi dan ini membuat dia marah. Tiga daripada mereka kemudian menumbuk muka dan mata saya serta menggari saya," katanya.

Chua, yang juga pengerusi sebuah tokong, berkata dia kemudiannya dibawa ke Balai Polis Dataran Sunway dan di situ, dia mendakwa dipukul, ditendang dan dipijak oleh tujuh anggota polis sehingga dia muntah darah, selain cedera di lengan kanan dan kiri.

"Mereka kemudian memaksa saya supaya membuat laporan polis mengaku bahawa kecederaan saya adalah akibat kemalangan jalan raya. Jika saya bersetuju, barulah mereka akan bebaskan saya," katanya.

Chua berkata dia kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan sebelum dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk direman dan dilepaskan pada Rabu lepas. -- BERNAMA



Ulasan GB

Sikap sesetengah anggota polis yang bertindak seperti "binatang" dengan membelasah rakyat sesuka hati amat perlu dikenakan tindakan disiplin kerana ia mencemarkan imej polis.

Rakyat membenci polis bukan kerana dihasut sesiapa, tetapi adalah lantaran perlakuan sesetangah polis sendiri yang menyebabkan mereka dibenci.

Polis yang sepatutnya mempastikan undang-undang dilaksanakan tiba-tiba meletakkan undang-undang di tangan mereka dan polis yang sedemikian amat wajar diheret ke muka pengadilan, tak kira sebesar mana pun pangkat mereka.

Tetapi apakah mereka dengar ini atau mereka sejenis spesis yang lansung tidak akan indahkan suara rakyat ini?


11 ulasan:

Waris berkata...

Saya sokong 200% kerana saya sendiri pernah alamibergaduh dgn anggota polis yg mengugut utk menggari serta melokap saya dan saya cabar mereka utk berbuat demikian. Tapi mereka tak berani. Saya menganggap polis ni seperti anjing2 di tepi jalan. Jika kita berani mereka akan takut. Jika kita takut mereka akan berlagak berani. Tak ada apa yg perlu kita takutkan polis ni sebab akhirnya mereka juga akan dimamah bumi sama seperti insan yg lain.

abdrahim kassim berkata...

anggota polis yang terlibat disyurkan dihukum gantung sampai mati kerana mereka adalah "pembunuh keadilan".

Tanpa Nama berkata...

Sebuah blog menyebut '"Polis Raja" bukan "Polis DiRaja".Dari beratus laporan yang dibuat mengenai polis,khususnya tatkala diadakan tunjuk perasaan aman dan begitu ramai orang awam yang dah mati dalam lokap,jelas polis memang dah jadi raja.Salahnya rakyat jugak sebab membiarkan polis jadi raja.Serupa macam membiarkan BN terus memerintah.Lain kali jika ada demo,cuba ajar polis ni sikit buktikan bahawa yang berkuasa sebenarnya adalah rakyat dan gaji mereka rakyat yang bayar.Selagi kita terus menyerah dan menghulurkan kepala untuk dibelasah polis atau selesa untuk menerima pancutan air asid - selagi itulah depa boleh berbuat apa sahaja kerana sudah dinobatkan oleh rakyat jadi raja.

wak parjoe berkata...

Pada Wak, ini kes terpencil dan peratusannya agak kecil berbanding dengan jumlah anggota polis di seluruh negara. Namun kes terpencil ini BESAR kesannya kerna ia menggugat kewibawaan polis. Ia merupakan nila yang merosakkan susu. Mohon keputusan siasatan diumumkan segera kerana rakyat menanti dengan separuh kesabaran !

Tanpa Nama berkata...

Negara memerlukan polis.Kewibawaan polis telah dicemari oleh sesetengah polis yg salahguna kuasa. Jika ingin mendapat kepercayaan rakyat, pihak atasan polis tidak harus berasa segan dan malu untuk mengambil tindakan hukuman yg paling berat terhdp polis yg dibuktikan salahguna kuasa.Polis yg belum pernah salahguna kuasa juga dpt guna kes ini sbg iktibar agar akan bekerja dgn lebih profesional.

Tanpa Nama berkata...

Mana polis ada imej. Kata TGNA perangai mereka (melayu) jahat macam Yahudi, tapi bab pelajaran macam sakai di hutan...malas nak mampus. Last sekali join le Polis...jadi le anjing2 UMNO. Cina yang kena belasah kat atas tu tersilap, ingatkan berjumpa manusia...rupa2 nya ANJING, wajah je manusia.

CELAKA SATAN PUNYA POLIS

Tanpa Nama berkata...

Aku belum jumpa kajian ilmiah tentang latar belakang polis-polis yang dipertikaikan keprofesionalismaan mereka. Mungkinkah mereka dari kalangan murud (ketika mereka dalam alam persekolahan lah) yang sering menimbulkan masalah disiplin atau individu yang cenderung dengan kegengsterismaan di zaman muda mereka...?

Atau proses latihan kepolisan dan brainstorming kepada mereka yang menjadikan sikap mereka berubah...?

Terlalu negatif pandangan rakyat terhadap individu dan institusi kepolisan itu sekarang ini.

Ataukah kerana mereka yang terperasan bahawa mereka semacam 'anak emas' kepada pememerintah sekarang ini... Atau berbagai atau yang lain lagi termasuk orang awam itu sendiri yang menjadikan polis itu kelihatan negatif..? WalLahuaklam.

Sayang aku tiada ilmu dan kebolehan membuat kajian untuk tahu sedikit sebanyak sebab dan musabbabnya.

non baling berkata...

Aku setuju dengan kalian, cuba mana-mana pihak buat kajian ilmiah mengenai polis yang TERsalah guna kuasa ini, sejarah peribadi dan persekolahan mereka. Teringin gak nak tengok hasil kajian tersebut !

usop berkata...

Aku susah juga nak fikir , yalah kita ni manusia Allah beri otak untuk berfikir kalau kesalahan macam tu pun kita tidak boleh selesai dgn baik bukan nya kes jenayah. Kalau kes jenayah tu betul juga .Ini lah dikatakan zalim letak sesuatu benda ta kena pd tempat nya , tak tahu lah takut ini ajaran dari pihak atas ala gengstar. Kalau pihak atas ta betul pihak bawahan lebihlebih lagi ta betul. Kalau org beragama dia tak kan menghukum semacam itu kerana ta padan dgn kesalahan nya.Saya harap pihakPOLIS atasan fikirsedalam sedalam nya KEJADIAN macam ini NANTI RAKYAT chop POLIS ANJING KERAJAAN JUMPA RAKYAT MENYALAK LALU TERUS MENGIGIT

beribesaq berkata...

aku rasa malaysia tidak perlu ada polis...tapi mugkin si cina tu kurang ajar kot...takkanlah kalau orang jadi sampai macam tu...mestia ada sebab musababnya....

Tanpa Nama berkata...

kita hanya dengar dr sblh pihak..kita tggu keputusan mahkamah nnti..siapa yg salah,siapa yg benar