Sujud dakap jenazah suami
KUALA LUMPUR: Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk.
Sumber polis trafik berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian arah Jalan Raja Chulan, di sini.
Menurutnya, sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak.
“Difahamkan, mangsa baru saja menghantar isterinya Hayati yang bekerja di sebuah bank tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya di sebuah bank berhampiran Jalan Raja Chulan, di sini.
“Namun, selepas beberapa minit menghantar isterinya, mangsa dihempap tunggul pokok yang rebah menyilang di jalan berkenaan. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian,” katanya.
Isteri mangsa yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian.
Suasana di tempat kejadian menjadi pilu apabila Hayati dipapah rakan tidak dapat menahan sebak dan kemudian bersujud sambil mencium kepala suaminya sebagai tanda kasih.
Episod sedih itu turut meruntun hati beberapa anggota polis trafik dan orang ramai yang mengerumuni lokasi kejadian.
Anggota polis trafik bersama anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusaha memindahkan mayat mangsa selain mengalihkan batang pokok terbabit yang menghalang laluan.
Hayati kemudian turut menaiki kenderaan polis menghantar jenazah suaminya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Bapa saudara Hayati yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ngah berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak buahnya memberitahu mengenai kemalangan kira-kira jam 9 pagi.
Dia yang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, bergegas pulang ke ibu kota dan terus ke HKL.
Menurutnya, melalui gambar dirakam kawan arwah di tempat kejadian, dia mendapati pokok itu sudah reput. Katanya, kejadian malang itu mungkin dapat dielak jika pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan dan menebang pokok yang boleh membahayakan nyawa.
“Namun, kami reda dengan apa yang berlaku dan berharap perkara seumpama itu tidak berulang,” katanya.
Jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid HKL sebelum dibawa ke kampung halaman mangsa di Ipoh, Perak untuk dikebumikan. -hm

6 ulasan:
Siapa menteri wilayah persekutuan..? Agaknya apa bentuk laporan oleh RTM/TV3 jika kawasan berkenaan tadbiran pembangkang..?
kalau kena di shah alam..mau lumat MB selangor kena ni...
Patut saman je DBKL ni...asyik buat keje dok siram pokok tepi jalan yang tak memberi bahaya pd orang awam.
bila bukit runtuh, pantau bukit - buat lagi ke ni?
pokok reput hempap orang kerana tiada pemantauan. berapa banyak poko reput di tengah2 bandar kuala lumpur ni? ada pantau?
bila hujan lebat air penuh bertakung di jalan2. ada pantau? air ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya. ada pantau? jalan juga boleh cepat rosak kerana takungan air ini. ada pantau?
sebgai wanita aku jg tersentuh dgn kejdan ini..hanya yg dpt aku ucapkan ialah 'Ya Allah semuga engkau gantikanlah dia seseorang yg lbh baik dpd apa yg tlh ia kehilangan..amin.
Tunggu pokok reput menghempap anak PM baru kerajaan akan bertindak.
saman je dbkl tu..maleh dn x nk buat keja dgn ikhlas.dh ler jln2 byk lubang2 dn merbahaya.jom pakat kutuk dbkl...
Catat Ulasan