30 Nov 2010

Salakan Anjing Yang Terjawab

Perkasa: Dr Wan Azizah, Azmin "pelacur politik"

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.

Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".

"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.

"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.

Arman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.

Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.

Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.

“Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini,” katanya.

Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya.

PERKASA - pelacur murahan

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin membalas bidasan PERKASA itu dengan melabelkan pertubuhan pelampau Melayu itu sebagai 'pelacur murahan' kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan Umno.

Menurut Shamsul yang dipetik oleh TV Selangor kenyataan PERKASA itu jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.

"Kalau kedua-dua pemimpin PKR ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira PERKASA juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.

“Perjuangan PERKASA ini ibarat tong kosong yang tidak mempunyai isi kerana gunakan istilah yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka bertujuan mencari publisiti murahan," kata Shamsul petang tadi.

Menurutnya, AMK bakal mengadakan beberapa siri 'dialog ilmiah' berbentuk dua hala dan intelektual bertujuan menerangkan hal itu kepada orang ramai khususnya masyarakat muda.

Shamsul yakin rakyat kini cukup matang untuk berfikir tanpa mengira batasan agama dan kaum.


Saudara menyalak balik bila disalak anjing?

Meskipun susuk badannya tidak sekuat orang muda, namun pejuang politik yang lanjut usianya masih boleh menyumbang dalam gerakan reformasi dengan hikmah yang dikumpul sepanjang perjuangan hidupnya. Kongres Nasional PKR hari ini diceriakan dengan ucapan Wan Khazim Wan Din, 80, dari Perlis, yang bukan sahaja disambut gelakan ketawa, malah tepukan gemuruh sambil berdiri oleh perwakilan selepas beliau berucap.

Dengan usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din (gambar kiri) menegur Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai. Beliau menoleh ke arah Anwar Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,"Saudara Anwar Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua..."

Wan Khazim Wan Din, "Saudara Anwar pernah jumpa dengan anjing? (Ada) Anjing salak, (saudara) nak salak balik? "

Soalan ini biarpun dirasai "kasar" sebermulanya, namun disambut dengan gelak ketawa dan sorakan dari atas dan bawah pentas. Malah, Wan Khazim melontarkan soalan kepada perwakilan, seandainya kita menyalak kepada anjing, "Kita jangan jadi...jadi apa? (balas Anjing!) - petikan MR


Ulasan GB

Baru ditegur di dalam kongres, tetapi cepat dilupakan. Dipetik:

Wan Khazim Wan Din berkata: ....(Ada) Anjing salak, (saudara) nak salak balik?

"Kalau kedua-dua pemimpin PKR ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira PERKASA juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka. - kata Shamsul

Ayat yang ditebalkan itu bererti anda mengakui tuduhan mereka dan apabila anda membalas salakan itu, anda mengesahkan bahawa anda adalah....

Bila lagi nak pandai pun kita tak tahu...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perjalanan PKR mungkin sudah panjang, kira2 12 tahun sejak era reformasi. Tapi perjalanan panjang seperti itu gagal untuk mendidik pemimpin PKR supaya bijak apabila mengeluarkan kenyataan.

Meskipun maksudnya molek, tapi suatu kenyataan yang kontroversi akan dieksploitasi oleh pihak media berbulan-bulan lamanya dan meranapkan imej PKR dan PR dengan begitu teruk sekali. Mana pergi perjuangan politik membela rakyat? Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jangan marahkan UMNO dan PERKASA, perkara sensitif diserang.

Belajar menjadi lebih bijak.

AKU berkata...

Sedih ....
Sedih ....
Sedih ....
Makin jelas kemunafikan pada PERKASA ...
Inilah manusia yang bergelar munafikun yang bertopengkan MUKA ISLAM. Islam melarang kita bersifat perkauman dan itulah kita nak buat.
Ingat saudara AKU, seandainya kamu semua meng "YA" kan yang TIDAK dalam Islam dan meng "TIDAK" kan yang "YA", nescaya jatuh kafirlah saudara. Hindarilah kita daripada fitnah yang sedemikian kerana sesungguhnya kita yang rugi. Allah swt tidak pernah RUGI tanpa kita. Jangan ingat Allah swt tak dapat berdiri sendiri tanpa sokongan kerana sedangkan DIA lah yang menyokong kita.
Sedarlah saudara AKU, jauhilah dari fitnah-fitnah sedemikian. Bertuahlah kita kalau kita dapat melakukannya.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya sebagai orang islam semua kerja buat dan percakapan kita mengikut seriat islam jangan dok main hetam ikut kepala kita kerana apa sahaja yang kita lakukan akan dibentangkan didepan kita dipadang mahsyar nanti.

Tanpa Nama berkata...

Presiden PKR telah dilebelkan sebagai pelacur politik oleh PERKASA kerana menyentuh ketuanan melayu.

Sebelum kita menyimpang lebih jauh lagi persoalan yang perlu dijawab segera apa makna Ketuanan Melayu..?

Siapa yang memulakan mengguna perkataan ketuanan melayu ini dan kenapa ketuanan melayu dijadikan isu politik...?

Ketuanan Melayu diperlecehkan hanya setelah PKR ditubuhkan, tapi sebelum itu Ketuanan Melayu buat apa untuk melayu... Dimana letak kebaikan nya Ketuanan Melayu yang dipertahankan oleh PERKASA ?

Kalau ketuanan melayu itu berkaitan dengan raja-raja melayu, kenapa tidak disebut sebagai kedaulatan raja-raja melayu...?

wiramelayutulin berkata...

Wira PERKOSA Arman,

Jangan banyak cakap sangat,tin kosong tu memang kuat bunyinya.Ruangkan sedikit masa untuk buka buku-buku sejarah yang masih ada diPerpustakaan Negara,untuk mengetahui siapa sebenarnya "Pengkhianat Bangsa Melayu".Sejarah tidak menipu,UMNO yang menipu sejarah.Dah dapat dan tahu fakta-fakta tu,sila kongsi dengan Brahim Katak,boss anda.

Waris berkata...

Terus terang aku cakap... aku lebih rela diperintan oleh Lim Guan Eng drp mamak perkasa LAKNATULLAH ni. Bukan aku tak nak org Islam yg perintah tapi biarlah betul2 Islam mcm TGNA. Biar org kafir yg baik memerintah drp org Islam yg lebih jahat dari IBLIS. IBLIS ni lagi jahat drp YAHUDI.