Bekas tentera persoal pembunuhan anaknya
Bapa kepada Hanafi Omar, 22, yang baru-baru ini mati ditembak oleh polis atas dakwaan cubaan merompak, tidak percaya anaknya itu dibunuh kerana polis cuba mempertahankan diri mereka.
Omar Abu Bakar, seorang bekas tentera berkata kecederaan di muka anaknya itu tidak konsisten dengan tembakan bagi menghalang seseorang penyerang.
Menurut veteran askar berusia 57 tahun itu, berdasarkan pengalamannya dengan tentera, dua kecederaan akibat peluru di muka anaknya itu agak aneh.
"Saya tahu bagaimana hendak mengendalikan senjata, dan saya tidak percaya bila mereka kata anak saya menyerbu dan cuba serang mereka. Awak tak akan dapat kecederaan seperti itu ketika menyerbu,” katanya selepas mengiringi anak sulungnya membuat laporan di ibu pejabat polis Petaling Jaya hari ini.
Anaknya, Mohammad Najib, 27, memfailkan laporan menuntut siasatan terperinci ke atas kematian adiknya, Hanafi. Mereka diiringi perwakilan Lawyers for Liberty - Sasha Lyna Abdul Latif, Sahli parlimen Sungai Siput Dr Devaraj Jeyakumar dan penyelaras pertubuhan hak asasi Suaram, Lucas Yap Heng Lung.
Pihak polis mendakwa tembakan terpaksa dilepaskan bagi mempertahankan diri mereka apabila Mohd Hanafi dan dua rakannya - Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20 - didakwa menyerbu ke arah polis dengan parang ketika cuba merompak sebuah stesen minyak.

1 ulasan:
Kerja yang sedang dilakukan ialah : Merompak. Senjata yang ada di tangan : Parang............. Apakah anda akan tersenyum dan bertanya dengan baik, assalamualaikummmmm, boleh tak letak senjata tu dan angkat tangan, boleh ? Lagu tu, mati katak la polis !
Catat Ulasan