30 Nov 2010

Nasib 39,000 Penduduk Kampung Baru Menjadi Tandatanya

Lo'Lo': Habislah orang Kampung Baru kena pindah

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berkata pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 yang menyaksikan Kampung Baru ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya, perlu dipersoal,.

Katanya, pindaan itu juga memberi maksud bahawa penduduk Kampung Baru tidak boleh lagi menetap di Kampung Baru dan perlu berpindah.

"Habislah orang Kampung Baru. Pindaan terkini Deraf KL 2020 menandakan Kampung Baru sebagai kawasan komersial seratus peratus.

"Bermakna tiada residential area. Orang Kampung Baru tak boleh tinggal dah di Kampung Baru, semua kena pindah terus," katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Dr Lo' Lo' berkata demikian sebagai mengulas pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

Zon komersial sepenuhnya

Mengikut draf rancangan itu, Kampung Baru di Kuala Lumpur telah ditandakan sebagai kawasan komersial sepenuhnya.

Perancangan itu, kini dipamerkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Rabu ini dan menunjukkan semua kawasan seluas 250 ekar tanah di Kampung Baru akan dimasukkan sebagai satu daripada tiga Pusat Komersial Bandaraya (CCC).

Dua lagi CCC itu adalah kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan sekitar KL Sentral di Brickfields.

CCC, seperti ditakrif dalam draf itu tidak perlu mempunyai unit kediaman dan boleh mempunyai 100 peratus kawasan komersial.

Ini menimbulkan tandatanya sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Namun plan draf itu menyatakan pembangunan masa depan tidak akan menghakis imej Kampung Baru sebagai tapak warisan Melayu tetapi sebaliknya berkata akan 'memperkuatkan lagi identiti Melayu daripada pelbagai aspek”.

Masjid diperbesarkan

Ia bagaimanapun tidak memberi butiran tersebut kecuali berkata konsep seni bina Melayu akan diterapkan.

Seorang pegawai DBKL yang mengendalikan 'booth' di sana memberi jaminan bahawa rancangan pembangunan Kampung Baru akan memastikan tanda mercu seperti Masjid Jamek dan Kelab Sultan Sulaiman tidak akan diusik.

“Malah, masjid akan diperbesarkan,” katanya yang memohon namanya tidak disiarkan.

Ditanya mengenai nasib yang bakal dialami oleh kira-kira 39,000 penduduk Kampung Baru, pegawai itu memberi jaminan mereka tidak akan diusir keluar.

Apabila diajukan bagaimana ini akan dilakukan, beliau berkata pembangunan akan dijalankan secara berperingkat tetapi tidak mahu mengulas lanjut.

Penjara Pudu

Perkembangan terbaru itu menimbulkan persoalan sama ada rumah-rumah kediaman di Kampung Baru, termasuk rumah tradisional Melayu terpaksa dirobohkan untuk pembinaan bagunan komersial.

Menurut Lo' Lo' lagi, lebih menghairankan, kenapa kawasan Penjara Pudu boleh dibina kawasan penempatan, sedangkan ia juga terletak di kawsan bandar Kuala Lumpur, malah bukan kawasan penempatan pun sebelum ini.

"Hairannya Penjara Pudu akan dibangunkan dengan 30 peratus residential," katanya lagi.

Kira-kira 39,000 penduduk menetap di Kampung Baru dan nasib mereka kini menjadi tanda tanya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berita yang disebarkan ketika ini bahawa kampong Baru Kuala Lumpur akan di ratakan.

Tidak akan ada lagi rumah yang berbagai bentuk dan warna lagi di situ kerana sudah digezetkan sebagai kawasan komersial.

Persoalannya apakah semua penduduk Kampong Baru KL telah mengetahui dan bersetuju dengan Draf rancangan pembangunan Kuala Lumpur 2020..?

Takkan semua penduduk dan pewaris Kampong Baru semuanya 'yes' saja apa yang diperkatakan oleh menteri wilayah..?

Kalau benar apa yang digambarkan oleh Dr Lo' Lo' Mohd bahawa pindaan terbaru Draf Rancangan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 akan mengubah Kampung Baru menjadi sebagai kawasan komersial sepenuhnya bermakna akan hilang lah identiti bangsa melayu dalam Kampong baru KL.

Apakah ketuanan melayu tidak mampu menyelesaikan permasalahan seperti ini sedangkan ianya menjadi bualan oleh pemimpin UMNO kononnya nak menjaga kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu...?

Tunjukkan bukti bahawa ketuanan melayu itu benar-benar berfungsi atau pemimpin UMNO Baru yang mengeluarkan kenyaatan akhbar berkaitan dengan ketuanan melayu memang haprakkk "CAKAP TAK SERUPA BIKIN...!"

Waris berkata...

Mana dia PERKASA? Mana dia raja-raja meLAYU? Mana dia gerombolan united MALAY national organisation? Mana dia keTUANan meLAYU? Kesian meLAYU tak habis2 kena kencing dgn meLAYU.

anakjatikampungbaru berkata...

Kawasan Kampung Baru tu adalah anugerah Sultan Selangor kepada penduduk asal Kampong Baru.Sultan Selangor yang ada sekarang telah pun mempersoalkan tentang "Ketuanan Melayu".Baginda berhak campur tangan mempertahankan "tanah anugerah" yang diberikan oleh datok nenek Baginda kepada penduduk asal Kampung Baru.Menteri WP yang ada tu,bukan menteri betul,tak tau dia jadi wakil rakyat kawasan mana.Penduduk Kampong Baru sudah kena kencing UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Biar lagi BN perintah Malaysia, lagi derita rakyat

wak parjoe berkata...

Wak rase kemajuan itu amat penting. Untuk itu kawasan kg baru perlu dimajukan. Tak perlu diapi-apikan bahawa akan hilanglah wajah ketuanan melayu di situ. Wajah melayu bukan saja di situ malah ada dimana-mana ! Mereka berpindah, dan digantikan dengan jumlah RM, lokasi atau apa sahaja yang logik dan disepakati, ha bentuklah kg baru yang baru dengan kemelayuannya. Wak heran, kenapa keras kepala nak di tapak itu juge ? Orang yang mati pun ditanam di tanah perkuburun, bukan di dalam rumah masing-masing. Dunia ini pinjaman semata-mata. Islam itu indah Islam itu sederhana, hayatilah jangan suka cucuk merata cari sokongan !