6 Nov 2010

Projek Landasan Keretapi Berkembar Punca Banjir Di Kedah

Kedah dakwa projek landasan berkembar punca banjir

ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah mendakwa banjir buruk yang kini melanda negeri ini adalah disebabkan kerja pembinaan landasan kereta api berkembar yang sedang berjalan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menggesa kontraktor landasan kereta api berkembar itu, MMC-Gamuda Joint Venture (Gamuda) membesarkan saliran air supaya air banjir dapat disalirkan ke sungai dengan cepat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata semasa banjir besar lima tahun lalu, kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan beberapa kawasan lain tidak pernah ditenggelami air, tetapi sejak pembinaan landasan kereta api berkembar, banjir yang melanda Kedah semakin buruk.

"Kami panggil mereka (Gamuda) datang mesyuarat dengan kita hari ini, tetapi mereka tidak datang. Jika mereka tidak datang juga, saya akan arahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membuka laluan air itu dengan segera.

"Kami mahu berbincang dengan pihak Gamuda mengenai perkara ini supaya masalah ini dapat diatasi dengan segera," katanya selepas mesyuarat perkembangan banjir di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata bekalan air di daerah Padang Terap, Kota Setar (dari Kepala Batas hingga pusat bandar, Jalan Putra, Gunung, Jalan Langgar dan Hutan Kampung) dan Kubang Pasu (Tanah Merah, Taman Kepala Batas, Jalan Kampung Naga dan Taman Tabung Haji) telah pulih sepenuhnya.

"Bagi daerah Pokok Sena, bekalan air bertambah baik. Petang ini, kita akan menerima 10 lori tangki dan sebuah lori besar air minuman dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan sembilan lori tangki daripada Lembaga Air Perak.

"Syarikat Air Darul Aman telah menyediakan 89 tangki air kepada orang ramai," katanya.

Azizan berkata, beliau amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pejabat daerah, bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, pasukan sukarela, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi kerajaan pusat dan negeri dalam menangani bencana itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menambah peruntukan bencana sebanyak RM300,000 lagi menjadikan jumlah keseluruhan yang diperuntukkan ialah RM600,000 dan jumlah itu akan ditambah lagi jika keadaan memerlukan. - BERNAMA

Ulasan GB

GAMUDA. Satu nama syarikat yang agak terkenal. GB salin dari sebuah blog

Satu lagi fakta menarik tentang Gamuda ialah – pemegang saham terbesarnya juga merupakan wanita kedua terkaya di Malaysia. Beliau adalah Raja Datuk Seri Elena Raja Azlan Shah, anak Sultan Perak, Raja Azlan Shah. Beliau bernilai RM773 juta pada tahun 2007 dan mendapat tempat ke 25 daripada 40 orang terkaya di Malaysia. Tetapi kekayaanya merosot kepada RM510 juta pada tahun 2008 dan turun ketangga ke 35 daripada senarai 40 orang terkaya diMalaysia. Berdasarkan kepada nilai saham RM1.91 sesaham hari ini, kekayaan beliau telah jatuh kepada RM287.46 juta… berdasarkan pegagangan beliau sebanyak 7.5% didalam Gamuda menerusi Generasi Setia (M) Sdn Bhd.- pr


14 ulasan:

adf55650 berkata...

Projek landasan berkembar tu sampai ke Bangkok ke? Kat sane pun banjir jugak. ish ish.....hebat projek ni

Raja Kapoor berkata...

Gamuda adalah kotraktor yang kebal. Kekebalan menyebabkan dia tak peduli kepada sesiapapun. Di Perak, Tasik Bukit Merah dijaga rapi oleh JPS, kontraktor dan pemaju di kawasan itu sentiasa berhati-hati sehingga hendak longgok selori tanah merahpun susah. Tapi Gamuda buat kerja menimbus tanah untuk landasan dalam tasik... aiyoh... tak tau apa mau cakap. Pengarah JPS dan JD JPS boleh nganga saja, mulut terkunci dan tangan terikat. Itu sebabnya Sultan dan anak-anak menantu Sultan tak boleh terlibat dengan perniagaan.

Awanama berkata...

satu lagi projek BN pusat untuk Kedah, banjir besar, Tahniah UMNO

Awanama berkata...

kroni UMNO buat projek, rakyat kedah bertuah dapat banjir, HIDUP UMNO!!!, biar mampus rakyat

Awanama berkata...

disiam..siam punya pasal...hang jangan jadi barua adf55650...

Awanama berkata...

kerajaan PAS kedah terpaksa mennggung masaalah dari projek kerajaan pusat BN

nana baling berkata...

Gunalah apa saja istilahnya, kroni ? double standart ? puak ? kaum ? Selagi ada yang macam tu selagi tu lah tak ada ketelusan dan tetap dengan KEPERLUSAN ( Perlus kata orang Kedah )

adf55650 berkata...

Kalau sama2 menanggung masalah tak ape la. Tu namanya tanggungjawab sebagai perintah. Tetapi jgn menuding jari sahaja menunjuk salah orang lain.
Di Thailand tdk ade projek ni, di Perlis pun tiada tapi banjir jugak. Hujan tak turun ikut sempadan negeri.

Awanama berkata...

isu ni xpyah nk tuding2 jari..sama2 kita tolong insan yg ksusahan kt sana..sama2 cari redha Allah..

Awanama berkata...

adakah SADA yang diswastakan oleh mahathir khalid kepada pemimpin UMNO sabotaj bekalan air magsa banjir?

Awanama berkata...

adakah MADA sengaja lepas air empangan supaya kedah banjir? siapa pengerusi MADA?

adf55650 berkata...

Adakah PAS sengaja panggil hujan lebat sbb Kedah kekurangan air. Sape MB Kedah.

Awanama berkata...

salam..apa lah kau org ni.....leh selesai masalah ke gaduh kt sini...jgn jd cerita lagu bangau...nt kt bangang....tugas sekrg ni...pastikan semua pihak...pusat dan negeri..agensi2nya....bersatu membantu rakyat kedah yg dilanda musibah....x kiralah kedah tu PR ke BN.....ni bab kesusahan...mcm mati jg...x kan nk biar mayat berulat dpn mata....wajib kita bantu..walaupun lain parti.....adf55650...x yah nk berparti dlm ruangan ni...dan yg sokong PR jg...bkn masa nk menyalahkan org lain...tugas utama ..apa yg kita leh buat ...selesaikan masalah mangsa banjir tu....

adf55650 berkata...

Salam tuan,
Saya skrg di Bandar Darulaman. Di pusat pengagihan bantuan. Saya cume tak suka orang yang hanya pandai bercakap menuding jari kesana kemari.
Saya bercakap atas dasar kemanusiaan bukan kepartian. Saya sendiri tidak mengundi.