Satu maut, 4 cedera bas terbalik
Gambar: BAS ekspres Transnasional yang terbalik ke dalam tali air menyebabkan seorang maut di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi dekat Sungai Miang, Pekan, malam kelmarin. Lelaki lemas tidak sempat selamatkan diri kenderaan jatuh dalam tali air
PEKAN: Seorang penumpang lelaki terbunuh manakala empat wanita cedera apabila bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang dari Johor Bahru ke Kuantan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik memasuki tali air di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, dekat Sungai Miang di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.15 malam, mangsa, Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, dari Taman Cenderawasih, Kuantan, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata mangsa yang baru tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, Johor, dipercayai terperangkap di bahagian depan bas berkenaan yang separuh tenggelam.
Beliau berkata, bas berkenaan bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 3 petang sebelum dikatakan berhenti rehat di Endau Rompin.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu bas berusia 48 tahun terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya dan merempuh penghadang di kiri jalan sebelum terbabas dan terbalik secara mengiring dengan sebahagian badan kenderaan berada dalam tali air.
“Selain seorang maut dan empat parah, penumpang lain termasuk pemandu cedera ringan dan mereka menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap bas yang dipecahkan dan pintu kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Pekan untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata, pemandu terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Di KUANTAN, tunang mangsa, Nurul Hana Abu Hassan, 25, berkata pihak keluarga masing-masing sepatutnya bertemu pada 13 November depan bagi menetapkan tarikh perkahwinan mereka.
“Namun hasrat terbabit tidak kesampaian apabila tunang kesayangan pergi buat selama-lamanya. Saya sedih kerana kehilangan tunang yang baik serta disenangi keluarga namun reda dan menerimanya,” katanya. -HM

3 ulasan:
Sakit, sakit dak. Terbalik, dah terbalik. Semuanya dari Pekan. Apakah petanda itu..? Mungkinkah akan ada sesiapa lagi yang bakal terbalik atau terpaksa 'balik'..
inilah namanya bala yang Allah turunkan kepada hamba2Nya yg ingkar akan perintah ....
Anon 6nov 4:57pm - apa yg saudara cuba sampaikan? sewajarnya ucapkan 'innalillah'..
Catat Ulasan