6 Nov 2010

Dulu Terengganu Sokong Judi, Kini Sokong Hab Hiburan

Exco sokong hab hiburan malam

SETIU - Pelan yang disusun kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam memacu sektor pelancongan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam perlu dilihat secara lebih terbuka.

Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu, Datuk Rahin Mohd Said (gambar) berkata, soal ia mampu menggalakkan budaya Barat menular dan menyebabkan negara berhadapan dengan pelbagai penyakit sosial tidak timbul.

“Seperti yang kita maklum, sebelum ini masyarakat kita ada adat dan budaya, orang sekarang lebih terbuka dan perkara itu juga perlu dilihat secara lebih terbuka kerana sasaran kita adalah pelancong asing,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengendalian Perniagaan Sektor Eco Pelancongan dan Marin di Sutra Beach Resort and Spa, di sini.

Rahin menyokong pelan program transformasi itu di mana ia dilihat mampu memacu sektor pelancongan negara dengan menggalakkan kemasukan pelancong bagi menggandakan pendapatan hiburan malam di Malaysia.

Sebelum ini, menerusi ETP, kerajaan mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri, termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurangnya 10 kelab malam menjelang 2014.

Rahin berkata, cadangan penubuhan zon hiburan hanya di kawasan tertentu iaitu di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dan ia adalah kawasan tumpuan utama bagi pelancong asing. -SH

Ulasan GB

Demikian kenyataan seorang exco dari negeri darul-iman, menyokong perlaksanaan hab hiburan.

Dulu di dalam kes judi, UMNO Terengganu jugak yang paling menyokongnya.


Nampaknya Terengganu sedang mengundang bala. Bila bala menimpa, ia tak kira orang UMNO atau PAS atau atas pagar. Semua kena. Sabda Nabi:

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata..." -HR. Ahmad


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tunggu sajalah bala tu wahai rakyat terengganu...

ada pemimpin pas paling tinggi kat rusila pun tak boleh nak sekat gelombang biru terengganu dengan segala macam kemungkaran mereka

Sebabnya? pas terengganu dah lembek selembeknya sejak virus H1N1 menyerang dan semenjak adegan UG diketengahkan.

Ustadz Hadi yang ada bukan Ustadz Hadi era 80an lagi yang ahli-ahli PAS kenal.

Tanpa Nama berkata...

UMNO menang 2 pilihanraya kecil walaupun cara tipu sudah dibuai mimpi....

Tanpa Nama berkata...

kalau namanya puak2 umno nie memanglah mereka2 inilah hamba Allah yang paling sukakan hiburan... dari yang tua2 apa lagilah remaja2... mereka ini lah sebenarnya yang merosakkan bangsa melayu...kononnya memperjuangkan hak melayu... tipu adalah...

Tanpa Nama berkata...

serupa dengan kerajaan pusat