6 Nov 2010

[Gambar & Video] Banjir: Ketepikan Fahaman Politik - Sultan Kedah

Banjir: Sultan Kedah lahir rasa dukacita, minta ketepi fahaman politik

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda dengan nasib rakyat negeri itu yang berdepan kesukaran akibat dilanda banjir terburuk dalam sejarah Kedah.

Bertitah pada majlis taklimat khas banjir di sini hari ini, baginda turut meminta semua pihak mengetepikan fahaman politik dan tampil membantu demi kepentingan seluruh rakyat negeri yang terjejas teruk akibat bencana itu.

"Beta berasa amat dukacita di atas kejadian bencana banjir yang melanda seluruh rakyat negeri Kedah yang tercinta ini, tapi beta percaya ada hikmah di sebalik semua ini. "Marilah kita sama-sama bersyukur atas nikmat Allah dan yang penting sama-sama mengambil iktibar dan merenung serta memikirkan hikmah di sebalik kejadian ini," titah baginda.

Pada majlis itu baginda turut mengumumkan sumbangan RM500,000 daripada hasil zakat negeri, serta berkenan mengurniakan sumbangan peribadi RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir di Kedah. Terdahulu Sultan Kedah dan Sultanah, Tuanku Haminah Hamidun berangkat melawat rakyat jelata yang terbabit dengan bencana itu di pusat pemindahan di Stadium Suka Menanti di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda berdua ialah puteri bongsu yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Ahmad Md Hanipah.

Sultan dan Sultanah Kedah meluangkan masa hampir sejam bersama rakyat jelata di pusat pemindahan itu, sebelum berangkat ke Wisma Darul Aman untuk taklimat khas banjir.

Sementara, YSB turut menerima sumbangan sebanyak RM200,000 daripada individu yang tidak mahu dikenali bagi membantu mangsa banjir di Kedah. - Bernama





























11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rakyat dilanda musibah tapi UMNO masih mencari helah berlakon bantu depan kamera TV3

Tanpa Nama berkata...

Landasan berkembar punca banjir terburuk, kenapa UMNO membisu projek BN pusat?

Tanpa Nama berkata...

nak selamat rakyat kena tumbangkan UMNO diputrajaya PRU13... banjir kesan negatif projek UMNO

Tanpa Nama berkata...

kenapa MADA dibawah mahathir khalid lepas air empangan hingga rakyat dan istana pun banjir?

Tanpa Nama berkata...

rakyat dilanda musibah UMNO ambil kesempatan, memang UMNO mahu rakyat hidup susah...

Tanpa Nama berkata...

mada lepaskan air kerana nak sabotaj kerajaan pas kedah..

Tanpa Nama berkata...

ni tengok berita,yg lebih2 dok iring tuanku tu ahmad bahsah apa hel, dia ade jawatan dlm kjaan ke...menteri bukan, MB jauh sekali,adun biasa je mcm adun2 lain di kedah..setakat jawtan tmbaln umno negeri had tu jwtan politik...MB dato azizan pun terpelanting jauh pasai bashah ni dok over tunjuk jln kat tuanku....rasanye tuanku sultan pun meluat tengok bashah ni...

Tanpa Nama berkata...

bagus lah paih memerintah dapat banjir besaq bawak2 lah muasabah diri tak payah nak nyalahkan orang pulak bawak2 la sedar diri,insaf sikit balik2 nak menyalahkan orang len ..dapat musibah jgn asek nak salahkan orang len macam kalah di galas salahkan orang len jugak ..bawa bertaubat la noo....belajar terima qada dan qadar kata parti Islam..kalau tuhan bagi teruk lg cam kat indon tu macamana gamaknya..?

Tanpa Nama berkata...

dpt banjiq besaq sbb dah basuh kedah habis2 dari segala kotor dan dosa yg umno sudah lakukan seblm ini

mahaza berkata...

Setiap sesuatu ada hikmahnya...... banjir kali ini ada juga kaitan dengan pembangunan di Thailand dan keadaan banjir di Selatan Thailand sendiri... wallahua'lam.
Nampaknya banjir memberi keuntungan di Shah Alam.

http://mahaza.blogspot.com/2010/11/setiap-musibah-juga-ada-hikmahnya.html

Tanpa Nama berkata...

mana pi majlis keselamatan negara ..ooo sorry, sibuk kat batu sapi ...