6 Nov 2010

Double Standard: Pengerusi Dan Timb Pengerusi SPR Wajar Dipecat

Pilihanraya Galas dan Batu Sapi menyaksikan dengan jelas Suruhanjaya Pilihanraya mengamalkan sikap double standard.

Malah dalam banyak hal, apa yang disebutkan oleh orangramai sebelum ini bahawa SPR itu adalah kuda tunggangan kepada BN nampaknya adalah benar dan SPR kini bukan lagi badan yang berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya di dalam negara.

Kemenangan BN di Galas begitu meragukan. Penggunaan helikopter misalnya, untuk mengangkut peti undi dari pusat pengiraan ke pusat penjumlahan undi tanpa kehadiran wakil parti-parti bertanding ketara satu amalan buruk yang menyebabkan krediliti SPR dipersoalkan.

Selain itu seperti yang GB utarakan sebelum PRK Galas dan Batu Sapi berlansung, bahawa tiang gol bakal dialih-alihkan oleh SPR menjadi kenyataan.

Cuba perhatikan dua kenyataan berbeza dari dua orang kuat SPR ini.


SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.

Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.

“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.

“Terdapat ramai peguam hari ini dan mereka boleh memutar daripada hitam kepada putih, jadi kamu kena ada bukti yang jelas dan pasti 100 peratus perkara itu berlaku. Jika tidak, usaha itu jadi sia-sia.”

Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.

Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.

Menurut seorang wanita yang berbaris: “Ini untuk pengundi. Tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang.”


Kebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri mengesahkan wang itu adalah untuk pekerja parti yang ke Sabah untuk membantu kempen BN.
Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga toidak lagi diminta.

Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi.


“Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.

“Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawan Malaysiakini juga dapat, baiknya...Apa ini?”

Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak SPR bagi membantu siasatan.


Itu undang-undang untuk UMNO BN. Yang bawah pula untuk PAS dan PKR


SPR: Zakat atau tidak, beri wang dianggap sogokan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu untuk melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS.

Sementara itu, Bernama melaporkan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya.



12 ulasan:

Waris berkata...

Salam... aku rasa komplen begini sudah agak terlambat. PAS seharusnya bertindak segera ketika masalah sdg panas diperkatakan. PAS masih cuba mengikut rentak permainan bn walaupun bermain atas padang yg tak sama rata. Jika komplen dilakukan skrg maka org ramai akan menganggap ianya dtg dr komplen org kalah.

Ingatlah... Jika pilihanraya boleh mengubah sesuatu, maka pilihanraya sudah lama diharamkan.

Tanpa Nama berkata...

Waris, Masalahnya ialah pemimpin PAS yang ada lembab dan lembik.

Hari terakhir sidang dewan rakyat pun tidak ada ahli parlimen PR yang mengketengahkannya walaupun aku rasa GB dah utarakan hal ini lebih awal.

cuba kau baca kat sini

http://greenboc.blogspot.com/2010/11/spr-berkeras-untuk-guna-helikopter-pr.html

Tanpa Nama berkata...

SPR adalah badan kerajaan UMNO, takkan tak bantu kawan, bebas yang dikawal UMNO

Tanpa Nama berkata...

TGNA meragui kemenangan BN ada asasnya, pengundi muda luar mengundi digalas macam manek urai juga???

Tanpa Nama berkata...

bukan kuda tunggangan...tapi babi tunggangan...

Tanpa Nama berkata...

walauapapun komen anda yg jelas SPR dah buat kenyataan. Samada mirip BN atau sebaliknya semua orang dah tau. Selagi kerajaan itu yg ada, kenyataan SPR sedikit sebanyak mesti condong kepada pemerintah, sbb gaji mereka pemerintah yg bayar (itu yg ada dalam otak mereka)

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg nak pecat mereka? DAP atau PAS atau PKR? sudah tentu bukan. Yg berhak pecat mereka kerajaan BN yang melantik mereka untuk kepentingan mereka.

SPR pula sudah tentu akan menyebelahi tuannya..walaupun duit gaji yang dibayar menggunakan duit rakyat...jadi kita ini..umpama org tua ckp seperti mentimun dengan durian..setakat nak bercakap dan meluahkan apa terbuku dihati..boleh laa...x de sapa nk larang..

zam berkata...

walaubagaimanapun SPR tetap akan condong pada kerajaan, begitu juga media cetak serta TV dan Radio...walau sekecil mana kesilapan parti lawan tetap akan didedahkan dan walau sebesar mana keslahan depa lakukan tak akan disiarkan. Jadi macammana cara untuk memang akan BN lakukan , setakat media dia dah kontrol, badan kerajaan depa kontrol malah apa yang keluar dari mulut SPR pun depa kontrol.

Jadi apa yang perlu pembangkang buat ialah dengan memenuhi kehendak rakyat..

Ini penting kerana rakyat celik membaca tetapi di pendalaman masih ramai tidak celik IT. Jangan kita pertikai apa cara sekalipun memang dibuat untuk memenangkan parti pemerintah.

Tanpa Nama berkata...

Apakah para cerdik pandai yang berlonggok dalam PAS itu tak dapat telah putar alam musuh mereka. Atau sebaik berada dalam PAS semuanya jadi bongok belaka..? Sebongok pak-pak lebai PAS yang rokok pun tak lekang dari tangan.? Atau itu hanya makroh.. bukan haram..? Makroh itu ertinya Allah benci. Bagaimana Allah nak bantu jemaah yang para pejuangnya melakukan kebencian Allah..? Menganggap diri dalam kelompok berjuang MUDAH berbanding melayakkan diri menjadi pejuang. Pimpinan dan mujahadah adalah serangkai.

Tanpa Nama berkata...

salam....apa yg kita nk melalak pasal SPR ni....dah lama dah...kita tau..mrk ini anjing BN...so...buat apa nk terpekik terlolong..kt mrk x adil...lama dah...mrk buat kerja tu...sekrg ni...sy nk tanya....apa selepas ini...apa tindakan..langkah...penyelesaian...BERSIH 2...bila nk buat...juumpa AGONG???dah buat???nk melalak ni...kerja lama yg kita dh buat...pemimpin dlm PR...kena agresif...jgn dh menang PRU 2008..sombong..bongkak..selesa...kita boleh menang w/pun SPR berat sebelah..ingat..mrk (BN)...x duduk diam...kau ingat mrk tu semua duduk senyap...kita je...lena dgn kemenangan 2008....sedangkan perjuangan masih jauh...kalau kau org masih spt hari ini...JGN IMPI NK TAWAN PUTRAJAYA!!!!!JAUH ...JAUUUUHHHHH LAGI...X DGR NAMA2 PENGUNDI YG DH HILANG ..SEMUA D NEGERI PR...PEMIMPIN MASIH SENYAP SUNYI....BAIK PAS...PKR...DAP MEMANG AGRESIF...MEMANG BETUL KATA TUN M...MELAYU MUDAH LUPO.....MUDAH SELESO..ASAL BOLEH MAKAN...ADA RUMAH..ADA KERETA..ADA KERJA...LANTAK KAU ORG LAH BERGADUH...JANJI AKU N FAMILI AKU BOLEH HIDUP....BOLEH GI SANA...GI SINI....JGN SAMPAI PENYOKONG PR JH BOSAN DGN APA YG BERLAKU...JGN SAMPAI KUAR DR MULUT MRK...UMNO KE..BN KE...PAS KE..PKR KE...PR KE...SAMA JE.....

Tanpa Nama berkata...

SPR baru UMNO, gerakan seperti BERSIH kenapa tiada lagi?

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS dah jadi bacul agaknya, kenapa tak gerakkan tentangan menuntut ketelusan SPR?