6 Nov 2010

Pemilihan PKR Diadakan Juga Walaupun Tengah Kontroversi

Pemilihan PKR yang memasuki minggu kedua hari ini menyaksikan sebanyak 12 cabang lagi akan meneruskan pengundian mereka bagi memilih calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan pemimpin sayap-sayap parti.

Cabang tersebut meliputi dua negeri - 11 di Sabah dan satu cabang di Pasir Mas, Kelantan akan menjalankan pemilihan mereka pagi ini.

Proses pengundian akan berjalan antara 10 pagi hingga 4 petang. Keputusannya pula dijangka lebih awal berbanding minggu lalu ekoran jumlah cabang yang terlibat lebih sedikit.

Selain bagi menentukan nasib calon bertanding, peratus keluar mengundi antara tumpuan pemerhati politik hari ini.

Minggu lalu, kehadiran dalam pemilihan PKR amat rendah apabila hanya 9 peratus sahaja yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

PKR mempunyai kira-kira 400,000 anggotanya di seluruh negara.

Manakala sebanyak sembilan cabang - kesemuanya di Sabah - lagi akan mengadakan pemilihan mereka keesokan hari.

Daripada 68 cabang yang telah mengadakan pemilihan mereka minggu lalu, naib preisden Azmin Ali mendahului bagi jawatan timbalan presiden dengan sejumlah 3,051 undi.

Manakala pesaing rapatnya, Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim pula memperolehi 2,529, sementara Ketua PKR Perak Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 1,149 undi.

Ulasan GB

Sekalipun telah diminta oleh calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub supaya pemilihan ditangguhkan supaya semua isu yang dipertikaikan diselesaikan terlebih dahulu, PKR nampaknya seperti memekakkan telinga terhadap tuntutan itu.

Samalah seperti gesaan beberapa pihak supaya PKR menangguhkan pemilihan semasa kempen pilihanraya N45 Galas berlansung kelmarin. Lansung tak diindahkan.

GB pun dah sebut banyak kali, tangguhkan! Pergi cari kat arkib.

Malah pemilihan berlansung juga sewaktu pertandingan akhir bolasepak Juara Malaysia 2010 diadakan dan negeri yang dijadikan pilihan untuk pengundian pusingan pertama di dalam pemilihan pula ialah Kelantan yang terlibat di dalam perlawanan akhir tersebut! Selain itu timbul pula masalah logistik, tong undi kata mereka tersalah hantar! Punya ler banyak alasan untuk mempastikan Zaid tewas.

Ia seperti mahu segera agenda/konspirasi mereka terlaksana. Menggambarkan juga betapa kemaruknya pimpinan PKR untuk mempastikan calon-calon pilihan mereka cepat-cepat dinobatkan ke jawatan-jawatan yang ditentukan.

Bila keputusan diumumkan, bertukar 3 kali. Sekejap Azmin mendahului kemudian Zaid, Azmin balik. Kecoh sekecoh-kecohnya. Yang bikin kecoh siapa? Itu Setiausaha Agungnya yang sepatutnya tidak masuk campur dalam soal pemilihan, tetapi nak sangat konspirasi pihak atasan terlaksana, tebal muka jalankan jugak.

Sekarang ni musim banjir. Tangguhkanlah pemilihan. Kerah semua tak kira siapa, calon ke tidak, pergi bantu mangsa-mangsa banjir. Laksanakan yang utama terlebih dahulu. Untuk rakyat. Untuk kemanusiaan. Kerana Tuhan. Bukan berebut jawatan. Takut sangat Zaid menang dan Azmin kalah. Apa ler punya manusia yang ada di dalam barisan pimpinan tertinggi PKR ni?


5 ulasan:

adf55650 berkata...

Berbaloi ke mengundi? Undi Nur Izzah masuk kereta lain, keluar kereta dah bertambah 80 undi. Undi Zaid asik berubah je kejap naik kejap turun. Yang pasti undi Azmin mestipotong. Di Kapar ahli berdaftar 3251, undi masuk lebih 4 ribu.
Baik tanyer je kpd Nuar siape die nak lantik. Barulah betul demokrasi.

Anak Sungai Derhaka berkata...

Salam Tuan..

Saya Ahli PKR.. dulu AJK AMK kini AJK Cabang Permatang Pauh..

Bagi saya pemilihan ni terlalu menyakitkan hati..

Rasanya penangguhan adalah suatu yang tidak akan dilakukan selagi Azmin terus mendahului...

Tanpa Nama berkata...

Apabila diberikan pujaan dan pujian melampau kepada Anwar inilah jadinya.

Dia jadi diktator. Semua dia nak atur.

Tanpa Nama berkata...

aku pun dah naik menyampah dengan budaya PKR ni. Lebih2 lagi dpt tahu dari kwn2 di cabang2 Azmin sudah tabur wang untuk beli undi.

gi mamposlah kalau dah serupa dgn UMNO.

Tanpa Nama berkata...

HJ ROZALI,

dulu aku panggil belajor dgn ALY`HAM TUN GAPAR BABA tak dak,pemilihan yg membosankan ahli PKR cabang...