Mustaffa ulang desak tangguh pemilihan PKR
Naib Presiden PKR Mustaffa Kamili Ayub hari ini mengulangi desakan supaya pemilihan PKR ditangguhkan kerana kelompongan dalam pengurusan pemilihan parti itu didakwa masih berterusan.
Katanya, terdapat beberapa aduan tambahan sedang dibuat, termasuk oleh beberapa calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memfailkan kes khusus untuk disiasat.
"Ingin ditegaskan bahawa saya meneruskan bertanding jawatan timbalan presiden dalam protes," katanya yang mencuba nasib merusi kerusi timbalan presiden.
"Dalam erti kata (lain), kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan."
Ulasan GB
Sudah terlewat Mustaffa. Sepatutnya jika anda benar-benar berjiwa pemimpin, awak telah menyatakan pendirian tegas awak lebih awal sebelum ini dengan mengundur diri dari bertanding.
Sekarang, orang Azmin akan melemparkan pelbagai tuduhan kepada awak jika awak mengulangi desakan untuk mengadakan pemilihan sepertimana mereka lakukan terhadap Zaid.
Anda telah pun terjerat dengan proses "turn-over" sepertimana GB telah ulaskan sebelum ini.

2 ulasan:
Tunggulah giliran kamu, bersabar. Belum tentu Pakatan ke PJ. Yang kamu berabis berhantam sesama sendiri tu pasal ape...
imej pkr cukup-cukup tercalar dengan ketidakcekapan pengurusan pemilihan ini, presiden terlalu lembab bertindak. lepas ni tak payahlah nak kutuk2 spr.. pkr langsung tak boleh jadi contoh
Catat Ulasan