Keterujaan pemimpin MCA dalam projek-projek mega berbanding kepentingan rakyat merupakan budaya yang sangat tidak sihat.
Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Komtar, Georgetown pada 20 November 2010.
Kong Cho Ha harus menjelaskan apa salahnya MMC-Gamuda JV Sdn. Bhd. mengeluarkan surat jaminan bagi melindungi kepentingan awam berhubung masalah banjir tatkala Kementerian Pengangkutan boleh mengeluarkan surat jaminan untuk syarikat swasta membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.85 bilion.
Keterujaan pemimpin MCA dalam projek-projek mega berbanding kepentingan rakyat merupakan budaya yang sangat tidak sihat. Menteri Pengangkutan, Kong Cho Ha terus mengeluarkan kritikan tidak berasas ke atas arahan berhenti kerja Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (EDTP) bernilai RM13 bilion walaupun arahan berhenti kerja itu telah ditarik balik apabila kontraktor mematuhi permintaan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengeluarkan surat jaminan bertulis bagi melindungi warga awam dengan langkah-langkah mencegah banjir.
Gesaan Cho Ha berhubung arahan berhenti kerja itu tidak sepatutnya dikeluarkan dari awal lagi kerana kontraktor boleh memberi sebarang penerangan, tertinggal fakta kritikal dalam melindungi kepentingan awam dengan surat jaminan bertulis. Saya tidak faham bagaimana kerajaan negeri telah membuat pusingan balik atau U-turn dengan mengalah dan menarik balik arahan berhenti kerja, apabila kontraktor telah mematuhi sepenuhnya 2 syarat dalam bentuk bertulis yakni :-
* akan menanggung semua kerugian jika banjir besar yang melanda Kedah turut menimpa Pulau Pinang ekoran projek tersebut.
* mesti juga mengalih serta meruntuhkan apa jua struktur binaan yang menyebabkan takungan atau limpahan air jika berlakunya banjir.
Kong Cho Ha harus menjelaskan apa salahnya MMC-Gamuda JV Sdn Bhd mengeluarkan surat jaminan melindungi orang awam berhubung masalah banjir ketika Kementerian Pengangkutan boleh mengeluarkan surat jaminan kepada syarikat swasta membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.85 bilion? Atau ini bermakna syarikat swasta lebih penting dari warga awam?
Sehingga hari ini, kontraktor memberi kerjasama dan tidak membantah apabila arahan berhenti kerja itu dikeluarkan. Saya ingin mengingatkan Cho Ha bahawa rakyat adalah tuan sebenar, bukan kontraktor atau Kementerian Pengangkutan.
Cho Ha juga memutar-belit isu ini dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri sengaja menjadikan kehidupan lebih sukar dengan tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam projek-projek mega. Serangan seperti ini adalah tidak berasas kerana jika ini benar, kerajaan negeri tidak akan meluluskan projek bernilai RM13 bilion itu.
Choa Ha sepatutnya jelas bahawa isu ini hanyalah satu, yakni gesaan kerajaan negeri kepada kontraktor untuk mengeluarkan surat jaminan bertulis berkenaan langkah-langkah mencegah banjir tetapi beliau sebaliknya pula menegaskan tiada keperluan mengenainya. Perkara ini telah selesai apabila kontraktor mematuhi sepenuhnya permintaan kerajaan negeri mengenai surat jaminan bertulis tersebut.
Banjir besar yang melanda Kedah telah menunjukkan bahawa ukuran kawalan banjir biasa oleh kontraktor selepas runding cara sepenuhnya bersama JPS dan JKR tidak lagi boleh digunakan. Kerajaan negeri, oleh itu, memilih untuk mengguna pakai pendekatan pro-aktif dalam pengurusan krisis banjir dengan mengambil pendekatan awalan yang bermatlamat mengurangkan kesan buruk akibat banjir.
Kong Cho Ha seharusnya menyedari bahawa kediaman dan kehidupan rakyat, berbilion ringgit hasil pelaburan taman industri berteknologi tinggi di Prai dan Bukit Minyak kini berdepan risiko banjir. Pulau Pinang dan 1.6 juta penduduk pulau mutiara ini tidak mampu menanggung bebanan akibat banjir seperti yang berlaku di Kedah baru-baru ini dan semua langkah berjaga-jaga harus diambil bagi memastikan jika banjir berlaku, kerugian dalam diminimakan.
LIM GUAN ENG

2 ulasan:
Itu ler akibatnyer kalau banyak sangat bercakap yg tak masok akai.Tindakan LGE utk dapat hitam putih dr MMC-Gamuda patutnyer disokong,bukan dikritik/bangkang.LGE nak jager rakyatnyer,bukan jager peghotnyer sajer,mcm komer.Majoriti ghakyat dah sokong dier,jadi dier pulak kener jager ghakyatnyer.Menteghi tu kener ingat,dier dapat jadi MP sbb ghakyat pilih dier.Jangan ler biler dah naik,kepaler ghakyat pulak yg kamu pijak.Politik,politik juger..jangan sbb banyak sangat berpolitik,ghakyat susah.
macam UMNO juga hidup untuk pemimpin dan koperat, bukannya untuk rakyat macam pakatan rakyat
Catat Ulasan