Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David akhirnya berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Asia yang dimenanginya di Doha, Qatar empat tahun lalu.
Gambar: NICOL berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara individu wanita pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.
Kemenangan pingat emas diperolehi selepas beliau menewaskan Annie Au dari Hong Kong 11-8,8-11,11-6,11-7 pada finals sebentar tadi.
Terdahulu, Nicol tidak berdepan masalah untuk melangkah ke final acara perseorangan wanita Sukan Asia 2010 selepas mengalahkan rakan senegaranya, Low Wee Wern 11-9, 11-3, 11-4 di Gimnasium Bandar Sukan Asia, Guangzhou semalam.
Bintang berusia 28 tahun itu dijadualkan berdepan pemain Hong Kong, Annie Au Wing Chi yang menewaskan rakan senegaranya, Chan Ho Ling 11-7, 2-11, 11-9, 11-9 dalam satu lagi pertemuan separuh akhir.
Nicol yang baru ditabalkan juara dunia buat kali kelima September lalu, yakin peluangnya cerah untuk menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen Malaysia berdasarkan rekod pertemuannya dengan Annie sebelum ini.
"Saya pernah mengalahkan Annie dalam beberapa pertemuan sebelum ini, jadi saya rasa jika berdasarkan rekod ini, mungkin saya mampu memenangi pingat emas pada Sukan Asia kali ini.
"Tetapi saya tidak mahu terlalu yakin dengan situasi ini, dalam permainan segalanya boleh berlaku dan ia bergantung kepada suasana perlawanan itu nanti.
"Namun sudah pasti saya mahu mempertahankan gelaran yang dimenangi empat tahun lalu. Bukan mudah untuk mempertahankan sesuatu gelaran kerana ramai pencabar akan cuba merampasnya.
"Bagaimanapun, saya akan cuba sedaya upaya tidak menghampakan Malaysia," kata Nicol semalam.
Pemain yang dikenali Duracell Bunny ini ternyata bukan tandingan Wee Wern pada aksi separuh akhir semalam.
Kejayaan mudah ke atas Wee Wern membuktikan bahawa Nicol mempunyai kelebihan dari segi tenaga berbanding Annie yang terpaksa bermain dalam empat set sebelum menang ke atas Ho Ling.
Ulasan GB
Tahniah dari seluruh rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan