21 Nov 2010

Azlan Iskandar Raih Pingat Emas Kelima Untuk Negara

Azlan Iskandar raih pingat kelima negara Sukan Asia

Cita-cita Mohd Azlan Iskandar yang berhasrat untuk menghadiahkan pingat emas kepada negara akhirnya menjadi kenyataan.

Mohd Azlan memenangi pingat emas kelima buat Malaysia pada Sukan Asia Guangzhou, China, selepas mengalahkan Aamir Atlas Khan dari Pakistan 11-6, 11-7 dan 11-6 pada perlawanan akhir skuasy individu lelaki, hari ini.

Azlan sebelum ini telah menumpaskan pemain India Saurav Ghosal 11-5, 6-11, 11-5 dan 12-10 pada perlawanan yang memakan masa 68 minit.

Beliau menduduki ranking ke 15 dunia dan kemenangan pingat emas di dalam Sukan Asia ini dijangka dapat membatu beliau memperbaiki ranking dunia tersebut.

Sementara itu, Ratu skuasy negara yang juga pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David mengekalkan kejuaraannya bagi tahun keenam berturut-turut. Beliau berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Asia yang dimenanginya di Doha, Qatar empat tahun lalu selepas beliau menewaskan Annie Au dari Hong Kong 11-8,8-11,11-6,11-7.


Tiada ulasan: