21 Nov 2010

Setelah Membaham Wang FELDA, UMNO Tubuhkan BAPAK Untuk Bunuh ANAK

Isu Felda: Bapak pro-BN ‘lawan’ Anak diterajui Exco PAS

SHAH ALAM, 21 Nov — Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) merupakan alternatif baru bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sekiranya terdapat sebarang masalah, perkara dan isu yang membabitkan warga peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan Bapak yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merestui penubuhan Bapak dan berharap ia memberikan faedah kepada semua warga Felda terutamanya menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan di kalangan warga Felda,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Bapak di sini hari ini.

Kini, pemimpin PAS mengetuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda.

Presidennya ialah Mazlan Aliman merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan ia mempunyai ahli seramai 2,000 orang. Ia telah mengadakan konvensyen nasional pada 20 Februari lalu di Jerantut, Pahang.

Dipetik Bernama, Ahmad berkata, Bapak dianggotai oleh 317 sukarelawan yang bersedia menerima aduan dan cadangan yang dikemukakan warga Felda tentang sesuatu isu dan

berusaha menyelesaikan dalam tempoh paling minimum antara seminggu dan dua minggu hari bekerja.

Katanya, Bapak merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan.

Beliau berkata walaupun Felda mempunyai saluran aduannya sendiri, penubuhan Bapak sangat relevan dalam menangani masalah lain yang dihadapi oleh warga peneroka seperti isu kebajikan dan pendidikan.

Katanya Bapak yang beroperasi di Plaza SunwayMas di Seksyen 9 di sini, menerima aduan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu melalui pelbagai kaedah termasuk faksimili, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), portal atau talian bebas tol 1-800-88-4943.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno turut mencadangkan supaya GWGF menjadi anggota gabungan Barisan Nasional (BN) agar sama-sama dapat berjuang dan menjaga kebajikan serta masa depan warga peneroka. -TMI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haa elok laa tu.. apa kata warga felda pakat ramai-ramai mengadu serentak dengan BAPAK, kita tengok boleh kaa masalah selesai dalam masa seminggu dua!!

masalah bertahun-tahun pun tak selesai, nak selesaikan dalam masa 2 minggu!! barua punya timbalan menteri.

Tanpa Nama berkata...

Harapkan pada BAPAK Haruan, rasminya nak makan ANAK. Sadis-sadis pada siapa yang percaya kepada BAPAK yang susah nak bayar nafkah anak-anaknya selama ini.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tengok wayang P.Ramlee (al-Fatehah), Anak Bapak, kedua-dua watak utamanya komidian.