Peguam: Kes polis tembak mati naik 17 kali ganda
Jumlah kematian akibat ditembak polis telah meningkat 17 kali ganda sejak 2001, dakwa kumpulan pejuang hak asasi dan reform perundangan, Lawyers for Liberty.
Kesimpulan itu dibuat berdasarkan pengakuan seorang pegawai polis dari ibu pejabat polis di Bukit Aman pada perbicaraan kes hasutan P Uthayakumar hari ini yang mendedahkan terdapat 82 kes tembak mati oleh polis pada tahun 2008 manakala 88 lagi dicatatkan pada tahun 2009.
Kumpulan itu berhujah perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan yang mendadak berbanding hanya lima kes pada tahun 2001.
“Dengan statistik seumpama itu, kami tidak boleh dipersalahkan bagi membuat rumusan bahawa polis menembak sesuka hati dan mencabuli undang-undang, peraturan dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO),” kata Lawyers for Liberty dalam satu kenyataan.
Kumpulan itu mendakwa sejak akhir-akhir ini jumlah yang ditembak mati termasuk ke atas mereka yang tiada justifikasi dan tidak mengikut undang-undang.
“(Mangsa) nyata melarikan diri dari polis atau anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam apabila ditahan untuk kesalahan kecil atau mereka 'diserang' dan polis hanya menembak balas sebagai mempertahankan diri walaupun tiada bukti bagi membuat dakwaan seumpama itu.
“Dalam kes-kes ini, pegawai kanan polis dan kerajaan secara buta tuli mempertahankan pasukan polis dan enggan melihat kemungkinan anggota yang terbabit secara tergesa-gesa atau tanpa justifikasi melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian,” petik kenyataan itu lagi.
Merujuk kes terbaru apabila tiga pemuda di Shah Alam yang ditembak mati, kumpulan itu berkata pemangku ketua polis Selangor, A Thaiveegan membuat kenyataan yang tidak masuk akal apabila mendakwa mereka adalah 'penjenayah berpengalaman' dan adalah sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai “Geng Minyak”.
“Polis mendakwa suspek menyerbu dengan parang dan polis menembak ketika mempertahankan diri di mana kemungkinan besar mereka dibunuh dengan kejam oleh polis,” petik kenyataan itu.
Lawyers for Liberty merujuk kes kematian Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22,yang ditembak oleh polis pada 20 nNovember lalu di Shah Alam.
Keluarga mangsa mendakwa kecederaan menunjukkan semua pemuda ditembak seolah-olah gaya hukuman bunuh. -mk

1 ulasan:
Wak rasa amat tidak adil untuk mengambilkira semua kes.
Supaya adil maka secara rasionalnya kenalah diketepikan kes ditembak polis yang mangsa tembak itu sedang melakukan kesalahan merbahaya seperti merompak, jelas bersenjata dan boleh membahayakan polis, Lari dari polis dengan kecurigaan. Bagaimana dengan mereka yang telah melakukan rompakan bersenjata puluhan kali, nak disoal dengan lemah lembut ke ? Tugas polis berisiko maut, ngerti nggak ? Untuk cari pengaruh wak minta carilah isu lain....
Catat Ulasan