5 Mac 2011

Guru-guru Lain Beri Sokongan Moral Kepada Guru Cabul Yang Terlampau Ini?

Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu.

Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan seorang rakan perempuannya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes.

Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.

“Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.

“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,” katanya.

Azaraorni membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan semula kes. Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. Harian Metro pada 28 Februari lalu melaporkan gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah diberkas polis selepas didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. Difahamkan, guru lelaki itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir perhimpunan sekolah. Sumber berkata, dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

Ulasan GB

Yang anehnya, kisah guru cabul ini mendapat sokongan moral dari guru-guru lain. Agaknya guru-guru itu semua sekepala dengan si pencabiul yang seorang itu, suka meraba murid-murid? Dan suka anak-anak mereka kena raba?

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul ke guru ni benar2 meraba pelajar2nya atau dia difitnah oleh pelajar2 tersebut.Saya pernah terbaca kisah seorang ayah merogol anaknya sendiri tapi....setelah dia merengkok di dalam penjara dia mengaku kepada seorang pegawai penjara di tidak melakukannya.Kalau anak sendiri yang hidup liar sanggup memfitnah seoarang bapa , Tidak mungkinkah pelajar juga sanggup memfitnah guru sendiri??????

sengkuang berkata...

saya guru yg hadir bagi sokongan moral tu lebih tahu keadaan sekolah dan pelajar yg didenda tu...
kita tak pasti sama ada niat dia betul atau terpesong
apa pun nanti kita tunggu perbicaraan

pue berkata...

tgk2 bdk2 sngaja nak kenakan guru disiplin tu..bdk2 zaman skarang bkn blh dipercayai sgt... hanya ALLAH sahaja yg tahu...

Tanpa Nama berkata...

Bukan menyokong membuta tuli ..dah terbukti ke dia bersalah?

Tanpa Nama berkata...

slm...

kenapa guru2 lain beri sokongan?

-mngkin krn pljr2 2 mmg pljr2 brmslh
-mngkin guru itu difitnah

kita hanya dgr sebelah pihak shj...
tp
klu btl guru ni mmg btl2 mncabul
mmg x layak jd guru....Hampehhh

Pak Oncu berkata...

Bro gua bukan guru,,,,, tapi gua nak sokong juga cikgu ni,,,,,,,,,, budak budak dajal yg ponteng sekolah tu mereka cipta tuduahan terdadap cikgu nya,,, perkara ini memang banyak berlaku,,,,,,,,,, lu jgn lah menjatuhan hukum pada cikgu tu,,,, sama lah ramai manusia yg menyokong anuar ibrahim dalam kes main jubur,,,,termasuk lah gua,,, kerana gua yakin anuar tak bersalah,,,, agak agak lah bro jika nak tulis,,,,,,,,, maaf bro kerana kasar sikit ,,,,

ZAMAN berkata...

semua kebenaran akan terjawab di mahkamah nanti, tapi yang penting murid2 tu pun bukan baik sangat, sekarang pun guru2 dah malas nak ajar lebih2, sebab bila rotan report polis, bila pegang report polis lepas tu saman, aku dulu masa sekolah kalau kena rotan ngan guru tak berani report kat mak bapak, kalau report lagi kena tambah rotan silap2 kena lempang lagi dengan bapak.........

Tanpa Nama berkata...

adakah memang benar guru tersebut mencabul pelajar-pelajar tersebut. mungkin kerana guru-guru lain amat kenal dengan pelajar tersebut, menyebabkan mereka menunjukkan sokongan tersebut. ramai kini pelajar sek men yg tak senonoh. ini mungkin kes balas dendam. zaman sekarang bukan lagi calar kereta guru sahaja, bahkan bakar rumah guru pun pernah terjadi. jangan terlalu cepat menghukum.

fiQ berkata...

xboleh ckp cmtu gak gb..mane tau bdk2 nkl tu pakat2 nk kenekan ckgu ni..kesian dia..

Fidodido berkata...

Masa raba rs syok jer. Bila djatuhi hukuman, mula bg alasan penyara tunggal, buat dulu baru fikir. Tahu la bkhidmat 23 tahun, tp adab kna jaga la. Tugas jer cikgu, tp wt perangai kaki raba.

Tanpa Nama berkata...

mustahil budak2 tu berpakat.

kalau setakat 3-4 orang tu mungkin, ini sampai 11 orang.

tangan cikgu tu patut dikerat 11.

tangan mereka yg menyokong tindakan cikgu tu sepatutnya dikerat jugak.

bila anak dan isteri kena raba nanti mungkin masa tu baru nak akur wujudnya guru yang miang dan gatal.

ctmardhiah, kelang berkata...

kepada anon pertama di atas yang menyatakan pelajar itu memfitnah guru.

betulkah pelajar itu memfitnah guru tersebut yang dengan sebab itu guru-guru lain menyokongnya?

kalau guru-guru lain tahu perkara sebenarnya kenapa tak betulkan kenyataan dengan menyatakan "hal yg sebenarnya"?

malah guru-guru lain boleh membuat aduan polis jika tahu "keadaan sebenarnya" dengan mendakwa pelajar2 berkenaan menipu. Kenapa tak buat laporan polis?

yang sebenarnya, keadaan sebenarnya ialah guru itu memang mencabul murid2 berkenaan. Guru tersebut mengambil kesempatan dari jawatannya sebagai guru disiplin untuk mencabul pelajar perempuan.

- ctmardhiah

Tanpa Nama berkata...

tak mustahil juga: guru2 itu juga berpakat untuk melindungi guru disiplin tersebut.

Tanpa Nama berkata...

guru-guru lelaki sekarang ni memang ramai yg miang keladi kerana tidak diasuh dengan petunjuk Ilahi.

Ia adalah dasar dari satu sistem pendidikan yang tidak mengutamakan akhlak yang kemudiannya melahirkan guru hipokrit dan bukan guru-guru beriman.

Guru sedemikian mencemarkan nama baik kaum guru seluruhnya dan amat wajar - jika nanti terbukti kesalahannya - dihukum dengan hukuman yang paling berat.

Tanpa Nama berkata...

hamba Allah.
Nasib guru sekarang berbeza dengan guru zaman dulu. dulu guru disanjung tinggi kerana ketegasannya mengajar anak bangsa untuk menjadikan mereka orang yang berguna. Tetapi sekarang, guru dikeji kerana ketegasannya dalam mendidik anak bangsa yang semakin dirosakkkan oleh budaya negatif tingkah lakunya.... jika dulu anak murid ikut cakap guru, tetapi sekarang guru terpaksa 'TABIK' dengan anak murid....!!! Apalah nasib guru2 sekarang???

Tanpa Nama berkata...

Guru ini ada tauliah ke jadi 'doktor'. apa dengan rasa degupan jantung atas dada murid PEREMPUAN dapat tahu tahap kesihatat mereka? Murid perempuan sensitif dgn perlakuan sebegini..

Tanpa Nama berkata...

kalau dipikir logiknya, cuba tengok kenyataan pelajar tu, bahawanya cikgu disiplin telah membuat pemeriksaan kesihatan sebanyak 2 kali dimana kali kedua dilakukan didalam baju...kan nampak sangat memang di sengajakan..sepekara lagi....dah di soal siasat ke semua pelajar sebelum menuduh pelajar itu membuat fitnah...? satu lagi alasan cikgu kepada pelajar tersebut kononnya dia nak buat pemeriksaan kesihatan sebelum di rotan,kan tak munasabah namanya,ada ke patut nak dirotan di tapak tangan nak buat pemeriksaan kesihatan di dada pelajar perempuan tu...? abis macam mana pula bila pelajar lelaki yang buat kesalahan, adakah cikgu termabit akan buat pemeriksaan sebegitu rupa sehingga memasukan tangannya kedalam baju pelajar terbabit?.....renung-renungkan lah...harap makamah buat keputusan yang adil..

zas zachary berkata...

Assalamualaikum,

Pertuduhan yg dibuat sblm terbukti bersalah...inilah undang2 thagut.

1. Apakah akan berlaku jk guru ini tidak bersalah?
2. Siapakh yg akan membersihkn nama beliau & ahli keluarga beliau nanti?
3. Siapakh 11 murid tersebut? Pihak sekolah perlu kemukakan rekod disiplin mereka & siarkn keterangan mereka agar mykt dpt menilai kesahihan pertuduhan yg berat ini.
4. Knp media begitu cepat myiarkn berita bergambar atas kes2 sebegini? Sedangkn kes2 salah laku artis & pemimpin politik byk diselindung? Malah muka di'kabur'kn demi mjaga maruah.
5. Kes begini juga perlu diselesaikn di mahkamah syariah & bkn melalui undang2 manusia...

"Lindunglah diri kamu & keluarga kamu dr api neraka yg bahan bakarnya adalah terdiri drp jin & manusia2 yg fasik"

SH berkata...

tiada yang mustahil. saya pun pernah handle kes di mahkamah pertuduhan rogol dan hisap oleh anak tiri. seronok bukan main cerita perfect, tapi tiada koyakan. iksh! budak sekarang dendam pelik sungguh.

ini pula guru disiplin, siapa tak marah.

Bukan backup cuma nak cerita budak sekarang bukan macam dulu - www.hishamnazir.com

Tanpa Nama berkata...

komen gb nampak bodoh...dah menghukum

Tanpa Nama berkata...

skrg ni ramai cikgu-cikgu syaitan...
cikgu perogol pun ramai.

nmpk muka macam baik..

Tanpa Nama berkata...

bukan murid je mcm2 hal... cikgu pun semakin x ikhlas mengajar... mengajar sebagai alasan nak dpt gaji.. pernah dgr seorg cikgu merungut kerana terpakse ganti kelas cikgu yg cuti bersalin... rase sedih sbb xde keikhlasan nak mengajar lagi..