Sultan Selangor kecewa ada Melayu pertikai kedudukan Raja, bangsa sendiri
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah baginda sedih dan dukacita kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu.
Baginda bertitah golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.
"Matlamat mereka agar sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan, dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, adalah amat tidak bertepatan," titah baginda pada majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan – Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.
Sultan Sharafuddin bertitah terdapat juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’.
Titahnya, baginda percaya perbuatan itu dilakukan golongan berkenaan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik mereka.
Sultan Sharafuddin bertitah adakah orang Melayu kini tidak berbangga dan megah dengan bangsa sendiri sehingga ada yang sanggup menggadaikan perkataan ‘Melayu’ untuk dikuburkan serta lenyap daripada mata dunia.
Baginda bertitah kisah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris juga tertera perkataan ‘Tanah Melayu’ dan ‘Raja-Raja Melayu’ dan ini menunjukkan penulis Barat berkenaan mengiktiraf bangsa Melayu yang memulakan sejarah di negara ini.
"Beta berasa sedih dengan generasi sekarang yang malu untuk mengaku diri mereka seorang Melayu.
"Di sini beta ingin menyatakan bahawa bukanlah tujuan beta untuk menyalakan api perkauman, tetapi ingin menyatakan kepada kita semua bahawa kita mesti berbangga dengan negeri Selangor yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum iaitu kaum Cina, India dan Melayu, serta kaum-kaum yang lain," titah baginda.
Titahnya, keamanan di Selangor boleh dibanggakan kepada dunia luar kerana negeri itu mempunyai tamadun yang maju dengan kepesatan ekonomi terbina atas keharmonian ketiga-tiga kaum.-Bernama
Ulasan GB
Perjuangan bila bukan dengan ilmu dan hikmah inilah jadinya. Hnya bersandarkan ucapan retorika tetapi isinya hampas.
Ia menyusahkan PR, bukan memudahkan. Ia memudharatkan perjuangan bukan memenafaatkan.
Ingat, pengundi Melayu atas pagar belum dapat menerima hal penyerangan ke atas institusi bangsa. Jangan kerana nakkan sokongan bukan-Melayu, kita melanggar adab susila bangsa sendiri sedangkan bukan-Melayu tak berani melakukan demikian.
Dan kita nak serah memo kepada DYMM Yang Dipertuan Agong pada 5 Dis di atas isu SYABAS. Bagaimana boleh berjaya jika PKR sudah pun menyerang ketuanan Melayu yang disimbolkan oleh DYMM Agong sendiri?
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah baginda sedih dan dukacita kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu.
Baginda bertitah golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.
"Matlamat mereka agar sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan, dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, adalah amat tidak bertepatan," titah baginda pada majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan – Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini.
Sultan Sharafuddin bertitah terdapat juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’.
Titahnya, baginda percaya perbuatan itu dilakukan golongan berkenaan untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan politik mereka.
Sultan Sharafuddin bertitah adakah orang Melayu kini tidak berbangga dan megah dengan bangsa sendiri sehingga ada yang sanggup menggadaikan perkataan ‘Melayu’ untuk dikuburkan serta lenyap daripada mata dunia.
Baginda bertitah kisah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris juga tertera perkataan ‘Tanah Melayu’ dan ‘Raja-Raja Melayu’ dan ini menunjukkan penulis Barat berkenaan mengiktiraf bangsa Melayu yang memulakan sejarah di negara ini.
"Beta berasa sedih dengan generasi sekarang yang malu untuk mengaku diri mereka seorang Melayu.
"Di sini beta ingin menyatakan bahawa bukanlah tujuan beta untuk menyalakan api perkauman, tetapi ingin menyatakan kepada kita semua bahawa kita mesti berbangga dengan negeri Selangor yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum iaitu kaum Cina, India dan Melayu, serta kaum-kaum yang lain," titah baginda.
Titahnya, keamanan di Selangor boleh dibanggakan kepada dunia luar kerana negeri itu mempunyai tamadun yang maju dengan kepesatan ekonomi terbina atas keharmonian ketiga-tiga kaum.-Bernama
Ucapan Dasar Pres PKR: Silap serang Ketuanan Melayu
Umno dengan ketuanan Melayu dan PKR memerangi ketuanan Melayu. Siapa yang tersepit dalam mencari keberuntungan politik? Dalam keghairahan mencari sokongan politik kita jangan sampai terlampau.
Tema paling tidak kena, serangan bertali arus, perbincangan demi perbincangan sokongan demi sokongan total NGO Melayu menyukarkan jalan PR ke Putrajaya. Ini adalah satu bentuk ucapan dasar yang silap.
Realitinya kawasan parlimen berpengundi Melayu masih kekal 2/3 dan PR akan gagal secara total PRU13 untuk saingi Umno Bn. Ucapan dasar Presiden PKR memberi talian hayat untuk Umno terus kekal PRU 13. Dan silap percaturan Selangor juga bakal jatuh kembali ke tangan Umno Bn.
Hari ini saja ucapan Azmin Ali akan memerangi Ketuanan Melayu, mula dikitar. Dan pengitaran berita tersebut sudah mula masuk ke rumah rumah pengundi negara Melayu seluruh negara.
Berita ini rancak diagendakan, pusingan ini PR akan kalah ?
Banyak pihak persoal sikap Wan Azizah bidas ketuanan Melayu, agungkan Anwar
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mempersoal sikap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan, semata-mata untuk meraih sokongan bukan Melayu.
Mereka juga mempertikaikan sikap Dr Wan Azizah yang mengagung-agungkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat PKR yang dianggapnya sebagai anugerah tuhan untuk memimpin rakyat negara ini.Mereka berpendapat kenyataan Presiden PKR mengenai ketuanan Melayu memberi implikasi besar terhadap negara, institusi Raja-Raja Melayu, di samping menjadikan bangsa Melayu mundur.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata konsep itu seharusnya diperbaiki bukan disanggah kerana pelaksanaan berkaitan kedudukan istimewa Melayu perlu lebih telus. “Secara perundangan, menghapuskan kedudukan istimewa Melayu bukan semudah menukar pakaian, sebaliknya Perlembagaan Persekutuan yang sarat dengan keistimewaan Melayu dan Islam perlu dipadamkan terlebih dulu.
“Persoalannya, dalam keadaan wujudnya keistimewaan Melayu dan Islam pun kedudukan itu sering dicabar, apakah akan berlaku jika kedudukan berkenaan dihapuskan. “Jika persaingan adil mahu diwujudkan, ia perlu berlaku dalam kedudukan sama pada semua pihak. Dalam sektor swasta dan perniagaan yang dimonopoli bukan Melayu misalnya, persaingan adil tidak berlaku kepada Melayu tetapi perkara ini tidak diperbesarkan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Kelmarin, ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu perlu dihapuskan supaya anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu Bermaruah’.
Beliau juga mendakwa Ketuanan Melayu adalah slogan digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya Melayu bagi kepentingan sendiri.Zainul Rijal juga menolak pandangan tidak tepat, iaitu Ketuanan Melayu bermaksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga memperhambakan bangsa lain.
“Frasa Ketuanan Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi konsep itu kerana kesanggupan Melayu menerima bangsa Cina dan India sebagai warga negara ini.
“Sebagai timbal balik kesanggupan dan kesediaan toleransi serta pengorbanan Melayu, Perlembagaan digubal dan memberi kedudukan istimewa kepada Melayu mengikut Perkara 153 dengan persetujuan saling beri memberi ini disebut sebagai Kontrak Sosial,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan, istilah Ketuanan Melayu perlu dilihat dalam konteks perjuangan Melayu sebelum merdeka yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah pusaka diakui British, selain dirujuk sebagai kedaulatan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah, kesal kerana Dr Wan Azizah memomokkan bangsanya sendiri.“Sepuluh kali pun PKR mahu mendapatkan sokongan kaum lain, tidak perlulah memomokkan bangsa sendiri.
“Jika PKR tidak mahu ketuanan Melayu, itu haknya. Jika mahu kritik pun, itu haknya. Tapi jangan samakan ketuanan Melayu dengan bangsa yang hancur kerana kezaliman seperti kisah dalam al-Quran. Perjuangan Melayu berbeza, kita tidak zalim, sebaliknya inklusif,” tambahnya.
Timbalan Pengerusi Majlis Veteran Umno, Datuk Mohd Zaid Sirat pula mempersoalkan kedudukan Presiden PKR itu yang tidak mahu menerima kebangkitan dan kejayaan bangsanya sendiri.
“Segala-galanya kerana mahu kembalikan pengaruh yang makin terhakis, mendapatkan simpati Melayu dan sokongan bangsa bukan Melayu,” katanya.
Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), Rahimuddin Md Harun, menganggap ia ucapan pemimpin yang terdesak dan kecewa terutama apabila sejak kebelakangan ini, Melayu mula sedar.
“Malah ramai (orang Melayu) menjauhkan diri dari PKR, dan pada masa sama Azizah cuba memperoleh dan meyakinkan lagi bangsa Cina dan India mengenai keterbukaan PKR,” katanya.
Pemerhati politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussein pula berkata, kenyataan Dr Wan Azizah bertujuan mengembalikan kepercayaan dan sokongan ahli PKR yang dilihat semakin luntur dengan krisis keyakinan kepimpinan parti.
“Ini jelas satu bentuk ketaksuban. Dalam agama pun tak boleh memuja keterlaluan walaupun seorang pemimpin,” katanya.
Beliau mengulas tindakan Wan Azizah menyifatkan Anwar, “insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan kepada kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat”.
Pengerusi Sekretariat Melayu Muda, Wan Azrain Wan Adnan pula berkata ia terpulang kepada ahli PKR untuk menilai dan mentafsir sama ada kenyataan Wan Azizah yang juga isteri Anwar itu berasas atau sebaliknya. -perantaukite
PKR: Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.
"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.
"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.
Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.
"Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.
"Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain)," katanya.
"Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu."
'Jangan serah tengkok'
Tegasnya dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.
Menyentuh soal "survival Melayu dan agama Islam", Dr Wan Azizah berkata isu itu tidak dapat diselesaikan ia dilihat "melalui teropong Umno dan para kuncunya".
"Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik
berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.
Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah juga dilihat memujuk anggota PKR mengenai isu pemilihan parti yang dikritik pelbagai pihak.
"Selesaikanlah masalah kita bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak".
"Usah serahkan tengkok kita kepada pihak media musuh dengan mendedahkan kelemahan kita.
"Biar membara di hati, tetapi tetap dingin di kepala," katanya memetik kata-kata tokoh Indonesia Muhammad Natsir. - mk
Ulasan GB
Perjuangan bila bukan dengan ilmu dan hikmah inilah jadinya. Hnya bersandarkan ucapan retorika tetapi isinya hampas.
Ia menyusahkan PR, bukan memudahkan. Ia memudharatkan perjuangan bukan memenafaatkan.
Ingat, pengundi Melayu atas pagar belum dapat menerima hal penyerangan ke atas institusi bangsa. Jangan kerana nakkan sokongan bukan-Melayu, kita melanggar adab susila bangsa sendiri sedangkan bukan-Melayu tak berani melakukan demikian.
Dan kita nak serah memo kepada DYMM Yang Dipertuan Agong pada 5 Dis di atas isu SYABAS. Bagaimana boleh berjaya jika PKR sudah pun menyerang ketuanan Melayu yang disimbolkan oleh DYMM Agong sendiri?
13 ulasan:
tolak ketuanan melayu...
hanya ketuanan Islam, siapa bagi lesen melayu jadi tuan di bumi malaysia ni???
tuan hanya atas kertas ... pada habuk tak tarak!!!!
Tanpa rakyat siapalah raja???
sama2 kita tunggu dan kita lihat... adakah Sultan melayu akan menolong Rakyat Selangor tidak kira apa bangsa dan agama. Kerana Rakyat selngor tak kira bangsa (islam) selalu mengaminkan doa setiap khutbah Jumaat memohon Rahmat Allah buat Sultan.
sokong sgt kata-kata GB.
bodoh melantun-lantun pkr ni.
ketuanan melayu diserangnya sedangkan parti sendiri byk benda busuk tak dibersihkan.
sepatutnya serang umno, bukannya ketuanan melayu. sebab pengundi atas pagar akan melihat dan menyangkakan bahawa pr dah x perjuangkan bangsa melayu. dengan sendirinya undi org melayu kepada pr akan merudum di dalam pilihanraya akan datang.
salam....x abih2 pasal ketuanan melayu....mana dia ketuanan melayu...ketuanan UMNO adalah...dulu kg berembang kena roboh..mana raja-raja melayu...poorah...ingat...adanya raja krn adanya rakyat..jgn jd spt melaka....sejarah kesultananya yg panjang lenyap.....angakara sapa...angkara raja sendiri ..x hormat kpd rakyat....dlu masa UMNO perintah selangor..x da plak raja bersilat pasal ketuanan melayu...pasal apa...raja hanya simbol...tiada kuasa...siapa yg tarik kuasa raja..British...kemudian UMNO..ada ke PR tarik kuasa raja...aku naik meluat melihat tigkah laku raja yg kadang kala x bertempat bercakap pasal politik..nampak sgt bias...mungkin sudah terlalu lama duduk bwh naungan UMNO....sejarah x boleh dipadam...ingat....siapa yg membawa British masuk ke selangor....benda semua ada dlm buku sejarah....
Tuan GB
kalau sepintas lalu bila memahami kata-kata PRES PKR memanglah akan menyebabkan orang melayu akan HILANG keyakinan.
kalau kita amati betul-betul MAKSUD KETUANAN MELAYU itu sebenarnya untuk siapa...RAJA, PEMIMPIN YANG MEMERINTAH atau RAKYAT?
saya bersyukur dengan kehidupan saya hari ini, cukup pakai, cukup makan, ada tempat berteduh yang selesa dan pekerjaan yang mampu menampung hidup tapi saban hari saya melintasi jalan ke pusat bandar saya akan selalu melihat flat di sungai besi yang majoritinya diduduki oleh orang MELAYU.
kalau dulu kita boleh lihat orang cina pun tinggal di flat tapi kini sesudah 53 tahun UMNO memerintah orang MELAYU berada pada takuk yang sama. Adakah ini HASILNYA dari LAUNGAN ketuanan melayu? adakah orang melayu benar-benar tidak pandai tingkatkan taraf hidupnya atau UMNO sendiri tidak melindungi HAK KETUANAN MELAYU dengan menerima siapa yang memberinya HADIAH yang tidak diberinya akan dibiarkan?
kita kena pandang kehadapan dan pandangan yang dahulu tak harus dilupakan. LAUNGAN KETUANAN MELAYU akan lenyap semula apabila UMNO kembali menjajah NEGERI-NEGERI yang kini dalam genggaman PR.
Maka tidak salah PRES PKR berkata begitu kerana TANPA PKR melakukan UMNO terlebih dahulu telah melakukannya dan ianya bakal akan BERLAKU semula.
JADI GB tak perlu risau atau menakut-nakutkan rakyat yang saban hari semakin MATANG apa itu MAKSUD KETUANAN MELAYU.
PRU13, ramalan saya PR kalah teruk, Selangor akan dirampas semula oleh UMNO APCO kerana undi Melayu untuk PR akan merosot. PKR punya pasal.
presiden pkr = tunggul kayu
naib presiden pkr = wakil umno
Gandingan azmin dan hassan ali adalah yang terbaik untuk umno selangor.
Ketuanan melayu nampak asabiahnya.. sedangkan islam menolak konsep asabiah.. Ketuanan islam ada betulnya.. ketuanan rakyat nampak demokrasinya.. "government of the people, by the people, and for the people"..
Salam anti ketuanan melayu semua,
"Ketuanan" bknlah bermaksud org melayu adalah tuan kpd bangsa2 lain, itu kena faham, "tuan" yg dimaksudkan hanyalah keatas beberapa keistimewaan yg diperuntukkan didlm perlembagaan.
Tuan bknlah bermaksud "boss".
Mungkin kita tak merasa apa2 keistimewaan secara langsung tapi tanpa kita sedari kita dpt manfaat secara general.
x dinafikan mmg ade pihak yg dpt "keistimewaan" berlebihan bebanding rayat kebanyakkan.
Kenapa nak sgt hilang "tongkat" yg dlm keadaan bertongkat pon kita x dpt bersaing secara effektif.
Cuba fikir, dlm sukan pon diasingkan ikut kategori, remaja, atas 18, amatur, novis, professional. Ini smua krn apa? .... klu pdg x sama, pihak yg ada kelebihan / kekuatan sjlah yg akan mnang... org yg lemah? Contoh mudah .... sukan Asia, Msia dpt brape emas as compared to China?
Org melayu dah adakah kekuatan utk bersaing?..... adalah, tapi, berapa kerat?
W/pon sesetgh kita kecewa dgn raja melayu, tapi mereka masih mempunyai kuasa dlm perlembagaan, sambil mnyelamatkan institusi raja,org melayu / islam jga dpt manfaat.
Soalan saya, beranikah kita mempertaruhkan nasib melayu / islam ke atas bangsa lain sekalipon kita marah / benci trhdp current gomen.
Pendapat saya, pendekatan shj yg perlu diperbaiki.
Pendapat saya, isi ketuanan melayu yang diutarakan oleh Wan Azizah hanya beliaulah yang patut huraikan dengan sejelasnya supaya semua rakyat faham apa yang dimaksudkan. Jika isu ketuanan melayu yang diucapkan banyak mengelirukan rakyat dan dikelirukan lebih baik jangan diutarakan dalam ucapan, nanti bagi pihak yang tidak faham maksud sebenar yang hendak disampaikan akan membawa keburukan kepada parti. Sebab setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza tentang ketuanan melayu. Diharap kita semua berhati-hati apabila menyentuh isu ini.
Ketuanan Melayu sudah lenya(p pada tahun 1948 tatkala Dato Onn Jaafar(Presiden UMNO)menerima Gagasan Persekutuan Tanah Melayu dari British.Gagasan Malayan Union yang ditentang keras oleh segenap lapasan orang Melayu pada tahun 1946,sudah tidak bererti lagi kerana UMNO sudah menerima Gagasan PTM.Perlembagaan Lord Reid (Perlembagaan Malaysia)memberi pengiktirafan penuh,negara ini bukan lagi milik orang Melayu 100%.Ini ditambah,dizaman Mahathir Kutty,kekebalan Raja-Raja Melayu sudah ditiadakan.
DYMM Sultan Selangor wajar membelek-belek buku sejarah "tulin dan benar" yang masih banyak tersimpan diPerpustakaan Negara(kalau belum dihapuskan oleh UMNOlah)untuk mengetahui hakikatnya yang UMNOlah pengkhianat Bangsa Melayu dan Kesultanan Melayu.Ampun Tuanku,mohon buat rujukan yang rapi.
Pak Bakar dah banyak kali tulis. Ketuanan melayu adalah makanan yang lazat dan nikmat untuk umno. Ketuanan melayu adalah talian hayat umno. Siapa yang menjadi Tuan itu cerita lain.
Pemimpin PKR sudah menjolok sarang tebuan. Samada kurang cerdik atau memang dibayar untuk mencetuskan isu tak taulah.
Catat Ulasan